SWCorp Kuala Pilah

  • Home
  • SWCorp Kuala Pilah
Call Directions Website

SWCorp Kuala Pilah "KUTIPAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM"

18/08/2026

Plastik sekali guna hanya digunakan untuk seketika, tetapi kesannya terhadap persekitaran boleh berlarutan selama bertahun-tahun. Dengan memilih alternatif yang boleh diguna semula, kita mampu mengurangkan pencemaran serta memelihara kelestarian persekitaran.

Setiap pilihan yang kita buat pada hari ini menentukan keadaan persekitaran pada masa hadapan. Elak penggunaan plastik sekali guna dan biasakan membawa alternatif yang boleh digunakan semula. Langkah kecil daripada kita mampu membawa perubahan besar kepada bumi.

18/08/2026

Malas asing sampah? Anda mungkin berdepan denda sehingga RM1,000!

Tahukah anda yang pegawai SWCorp telah diberikan kuasa untuk melaksanakan semakan kepada premis bertanah dan premis bertingkat di 7 negeri.

Mereka boleh membuat semakan di tong dan rumah sampah bagi memeriksa pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca di buat oleh isi rumah.

Jika gagal dilaksanakan oleh isi rumah, Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) akan dikeluarkan oleh Penguat kuasa di mana Kertas Siasatan akan dibuka untuk diberikan kompaun minimum RM50 bagi premis bertanah dan minimum RM100 bagi premis bertingkat.

Bagi premis bertanah, tindakan akan dikenakan kepada penghuni atau pemilik premis, manakala bagi kediaman bertingkat tindakan penguatkuasaan akan dikenakan kepada Badan Pengurusan Harta Bersama (JMB).

Sekiranya kompaun gagal dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, maka pihak SWCorp akan membawa kes ke Mahkamah dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000.00.

Pelaksanaan penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (SAS) adalah untuk menyemai budaya mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori di kalangan masyarakat.

Tindakan penguatkuasaan ini adalah langkah terakhir dan hanya akan diambil sekiranya masyarakat masih ingkar untuk melakukan pengasingan sisa pepejal.

Jadi, pastikan anda asingkan sisa sebagai rutin harian. Langkah kecil hari ini mampu memberi impak besar kepada alam sekitar untuk generasi akan datang.

18/08/2026

🌿🏃 ZERO WASTE TEMIANG 2026 🏃🌿
Satu Acara. Dua Pengalaman. Satu Misi Kelestarian.

Ayuh sertai ZERO WASTE TEMIANG 2026 dan bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sambil menyokong kelestarian alam sekitar.

Pilih acara yang sesuai dengan anda!
🏃 10KM Open Run 🏆 Rebut hadiah wang tunai yang menarik. 🎁 Pelbagai manfaat penyertaan eksklusif menanti anda.
🚶 5KM Fun Walk 👨‍👩‍👧‍👦 Sesuai untuk seisi keluarga. 🌿 Santai, menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

✨ Setiap peserta akan menerima:
👕 Baju Eksklusif Event
🏅 Pingat Penamat Eksklusif
🎫 Nombor Bib
📜 E-Sijil
💧 Refreshment
🎁 Cabutan Bertuah
🎉 Hadiah Istimewa (kategori terpilih)

🔥 PROMOSI SUPER EARLY BIRD
Daftar sebelum 15 Julai 2026 dan nikmati harga istimewa:
🏃 10KM Open Run – RM60
🚶 5KM Fun Walk – RM35

📅 Tarikh: 5 September 2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Temiang, Negeri Sembilan

https://maps.app.goo.gl/fV3Z5wZGNRDfQGa59

🌐 Daftar sekarang:
https://nfsevent1.myshoppegram.com/products/zero-waste-temiang-run-2026

📌 Syarat Penyertaan
✔ Peserta hendaklah berada dalam keadaan sihat dan berkeupayaan untuk menyertai acara. ✔ Semua yuran penyertaan yang telah dibuat adalah tidak boleh dipulangkan dan tidak boleh dipindah milik.

🌱 Jom Berlari. Jom Berjalan. Jom Lestari!
Tempah slot anda hari ini dan bersama-sama kita melangkah ke arah masa depan yang lebih bersih, hijau dan lestari. 💚

📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
📱 http://wasap.my/60184648980/ZWTR
📱 http://wasap.my/60135488584/ZWTR
📱 http://wasap.my/60196816379/ZWTR

12/08/2026

SWCorp Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat berkhidmat kepada YB Siow Kong Choon atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan & Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan yang baharu.
Tahniah YB.




12/08/2026
11/08/2026

Penggunaan bekas makanan guna semula merupakan salah satu langkah mudah untuk mengurangkan sisa plastik sekali guna. Selain lebih mesra alam, amalan ini juga membantu mengurangkan pencemaran serta menyokong usaha memelihara kelestarian persekitaran.

Bersama-sama kita jadikan amalan guna semula sebagai budaya harian demi masa depan yang bersih, indah dan sejahtera.

Operasi Penguatkuasaan Sisa Pepejal Pembinaan (CND)📍 11 Ogos 2026 | Kuala PilahDalam usaha memperkukuh penguatkuasaan se...
11/08/2026

Operasi Penguatkuasaan Sisa Pepejal Pembinaan (CND)
📍 11 Ogos 2026 | Kuala Pilah

Dalam usaha memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan tahap pematuhan terhadap pengurusan sisa pepejal, SWCorp telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Sisa Pepejal Pembinaan (CND) di sekitar Kuala Pilah.

Operasi ini melibatkan pemeriksaan terhadap premis di Taman Impian Utama. Hasil semakan mendapati, pemaju telah melantik kontraktor pembinaan yang berlesen. Semua pemaju / kontraktor Pembinaan wajib menyediakan tong roro semasa menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian premis. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah sub peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi Sisa Pepejal Pembinaan) 2018 Akta 672.

SWCorp akan terus mempergiat aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan sentiasa berada pada tahap yang baik, sekali gus menyokong usaha merealisasikan persekitaran yang bersih, sihat dan lestari demi kesejahteraan masyarakat.




11/08/2026

Menurut laporan oleh World Economic Forum, jika trend penggunaan dan pembuangan plastik terus berterusan, menjelang tahun 2050 lautan berpotensi mengandungi lebih banyak plastik daripada ikan mengikut berat.

Setiap plastik sekali guna yang kita gunakan hari ini mungkin hanya digunakan selama beberapa minit, namun kesannya boleh kekal di alam sekitar selama ratusan tahun. Sebahagiannya akhirnya memasuki sungai dan lautan sebelum terurai menjadi mikroplastik yang mengancam hidupan marin serta memasuki rantaian makanan.

Perubahan bermula dengan pilihan kecil yang kita buat setiap hari.

♻️ Tolak plastik sekali guna apabila tidak diperlukan.
♻️ Bawa bekas makanan dan botol minuman sendiri.
♻️ Pilih alternatif yang boleh digunakan berulang kali.

Jangan guna plastik sekali guna.
Bumi terjaga, masa depan terpelihara.

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064817941

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed contractor?

Share