JRS Supplies and Services

JRS Supplies and Services Accepting booking for electricity and wiring services,heating, ventilation and air conditioner services.

In addition, we also provide catering services and supplies catfish for Sibu Area Only.

๐Ÿ“ฆ TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN, PEMBUNGKUSAN & PENGURUSAN PRODUKPada 29 Ogos 2026, para peserta telah menyertai sesi ...
02/09/2026

๐Ÿ“ฆ TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN, PEMBUNGKUSAN & PENGURUSAN PRODUK

Pada 29 Ogos 2026, para peserta telah menyertai sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan, Pembungkusan dan Pengurusan Produk yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mengurus produk secara lebih profesional dan berdaya saing.

Sepanjang sesi ini, peserta berpeluang menimba ilmu baharu berkaitan proses pendaftaran perniagaan, kepentingan pembungkusan yang menarik serta pengurusan produk yang lebih sistematik bagi meningkatkan nilai dan keyakinan pelanggan.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi langkah permulaan ke arah membangunkan perniagaan yang lebih berjaya.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA โ€“ 31 OGOS! โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMerdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ31 Ogos menjadi simbol perju...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA โ€“ 31 OGOS! โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

31 Ogos menjadi simbol perjuangan, keberanian dan pengorbanan generasi terdahulu dalam mencapai kemerdekaan yang kita nikmati hari ini.

Marilah kita bersama-sama menghargai jasa para pejuang dan terus memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan cinta kepada tanah air. Walaupun kita berbeza kaum, budaya dan latar belakang, kita tetap berdiri sebagai satu keluarga besar Malaysia. ๐Ÿค๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga dan terus bersama-sama membina Malaysia yang lebih aman, maju dan sejahtera. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Kebangsaan Malaysia!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐ŸŽ‰

๐ŸŒ™โœจ SALAM MAULIDUR RASUL 2026 โœจ๐ŸŒ™Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam yang meraikannya.Semoga ...
25/08/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM MAULIDUR RASUL 2026 โœจ๐ŸŒ™

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam yang meraikannya.

Semoga sambutan yang penuh bermakna ini menjadi kesempatan untuk kita mengenang nilai-nilai murni yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW seperti kasih sayang, kejujuran, kesabaran, saling menghormati dan berbuat kebaikan kepada sesama insan. ๐Ÿค

๐ŸŒฟ Marilah kita bersama-sama menyemai keharmonian, mengeratkan silaturahim dan membina masyarakat yang saling menghormati tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026.
Semoga sambutan ini membawa kedamaian, keharmonian dan kebaikan kepada kita semua. ๐Ÿ’šโœจ

๐Ÿค Menyokong PKPMJSTeam JRS Supplies and Services berkesempatan melawat booth Persatuan Kebajikan Petani Maju Jaya Sibu (...
09/08/2026

๐Ÿค Menyokong PKPMJS

Team JRS Supplies and Services berkesempatan melawat booth Persatuan Kebajikan Petani Maju Jaya Sibu (PKPMJS) sempena Program Sarawakku Sayang. ๐Ÿ’š

Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan serta menyokong usaha PKPMJS dalam memperkasakan komuniti dan produk tempatan Sarawak. ๐ŸŒฑโœจ

๐ŸŒฑ Amali Pengurusan Air & Sistem Solar dalam Hidroponik Takungan ๐ŸŒฑHari ini peserta telah mengikuti sesi amali yang member...
03/08/2026

๐ŸŒฑ Amali Pengurusan Air & Sistem Solar dalam Hidroponik Takungan ๐ŸŒฑ

Hari ini peserta telah mengikuti sesi amali yang memberi pendedahan kepada pengurusan sistem hidroponik takungan dengan penekanan terhadap penggunaan air dan sistem solar.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
โœ… Pengurusan Air & Sistem Solar
โœ… Amali Hidroponik Takungan

Peserta berpeluang mempelajari kaedah pengurusan air yang cekap, memahami fungsi sistem solar dalam menyokong operasi hidroponik, serta mengendalikan sistem hidroponik takungan secara praktikal.

Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat membantu peserta mengaplikasikan teknologi pertanian yang lebih cekap, menjimatkan kos, dan mesra alam.

๐ŸŒฟ Bersama membina pertanian yang lebih moden, mampan dan berdaya saing.

- Pembenihan /Pembajaan๐ŸŒฑ Amali Pengurusan Rangka Hidroponik & Penyediaan Media Tanaman ๐ŸŒฑPeserta telah mengikuti sesi ama...
03/08/2026

- Pembenihan /Pembajaan

๐ŸŒฑ Amali Pengurusan Rangka Hidroponik & Penyediaan Media Tanaman ๐ŸŒฑ

Peserta telah mengikuti sesi amali yang memberi pendedahan secara praktikal mengenai penyediaan sistem dan media tanaman bagi hidroponik serta fertigasi.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
โœ… Pengurusan Rangka Hidroponik
โœ… Pembuatan Media Hidroponik
โœ… Pembuatan Media Fertigasi
โœ… Amali Pembenihan & Pembajaan

Melalui latihan ini, peserta mempelajari cara menyediakan rangka hidroponik yang betul, menghasilkan media tanaman yang sesuai untuk sistem hidroponik dan fertigasi, serta menguasai teknik pembenihan dan pembajaan bagi memastikan pertumbuhan tanaman yang optimum.

Ilmu dan kemahiran yang diperoleh diharap dapat membantu peserta mengaplikasikan amalan pertanian moden yang lebih produktif, cekap dan mampan.

๐ŸŒฟ Bersama memperkasakan sektor pertanian melalui teknologi dan inovasi.

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK 2026                                                              ๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿ–ค                   ...
22/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK 2026 ๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿ–ค

Semoga sambutan tahun ini terus menyemarakkan semangat perpaduan dan mengukuhkan lagi jati diri kita. Bersama-samalah kita menjaga keharmonian dan meneruskan kesinambungan kemajuan negeri yang kita cintai ini.

Agi Idup, Agi Ngelaban! Sarawak Maju Makmur!

๐ŸŽ‰ MERARAU SERUMPU (POTLUCK) PRA GAWAI 2026 ๐ŸŽ‰JRS Supplies and Services (JRSSS) bersama komuniti setempat telah mengadakan...
29/05/2026

๐ŸŽ‰ MERARAU SERUMPU (POTLUCK) PRA GAWAI 2026 ๐ŸŽ‰

JRS Supplies and Services (JRSSS) bersama komuniti setempat telah mengadakan sambutan Pra Gawai yang berlangsung dengan penuh meriah, harmoni dan semangat kekeluargaan ๐ŸŒพโœจ

Turut hadir memeriahkan acara ialah:
๐Ÿค Persatuan Kebajikan Petani Maju Jaya Sibu
๐Ÿค Persatuan Komuniti Ruyak Serembai Julau

Program โ€œMerarau Serumpu (Potluck)โ€ ini dianjurkan sebagai acara awal sebelum tibanya sambutan Hari Gawai Dayak yang sebenar. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memeriahkan suasana antaranya:
๐Ÿถ Pekit Ai Tuak
๐ŸŽฎ Main Asal
๐ŸŽค Karaoke
๐ŸŒณ Ranyai Pra Gawai
โœจ dan pelbagai lagi aktiviti komuniti

Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara komuniti, malah menjadi platform untuk memelihara adat, budaya serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang latar belakang.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan dan budaya gotong-royong terus dikekalkan demi generasi akan datang โค๏ธ

Gayu Guru Gerai Nyamai ๐Ÿ™

โœ๏ธ Salam Good Friday โœ๏ธPihak JRS Supplies and Services ingin mengucapkan Selamat Menyambut Good Friday kepada semua pela...
03/04/2026

โœ๏ธ Salam Good Friday โœ๏ธ

Pihak JRS Supplies and Services ingin mengucapkan Selamat Menyambut Good Friday kepada semua pelanggan dan rakan-rakan yang meraikannya.

Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan jiwa, kekuatan hati serta harapan baru dalam kehidupan anda.

Teruskan melangkah dengan keyakinan dan semangat yang positif dalam setiap usaha yang dilakukan. ๐Ÿ™

IKLAN JAWATAN KOSONG: JULAUPEMBANTU OPERASI TERNAKAN & TANI MODENKami mencari calon yang rajin, amanah, dan berminat mem...
10/03/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG: JULAU

PEMBANTU OPERASI TERNAKAN & TANI MODEN

Kami mencari calon yang rajin, amanah, dan berminat mempelajari Teknologi Pertanian Moden untuk membantu menguruskan unit pengeluaran.

๐Ÿ•’ JADUAL KERJA (5 JAM SEHARI):
Sesi Pagi: Bermula jam 08.00 Pagi (3 Jam)
Sesi Petang: Bermula jam 02.30 Petang (2 Jam)

๐Ÿ“‹ SKOP TUGASAN UTAMA:
Operasi Ternakan: Makan/minum pelbagai ternakan, kebersihan reban, & kutipan hasil.

Operasi Tani Moden:
Pengurusan sistem Hidroponik & Fertigasi.
Penyeliaan sistem RAS (Recirculating Aquaculture System).
Kawalan perosak (Racun Organik & Kimia).
Penghasilan Baja & Makanan Ternakan sendiri.
Tugasan Luar & Am: Mengutip buah-buahan, menebas, dan kerja am yang ditentukan kemudian.

๐Ÿ’ฐ KADAR UPAH HARIAN /PERSESI & INSENTIF KHAS:
Upah Harian: RM20.00 Sehari (Untuk 5 jam kerja).
Insentif Kehadiran: Bonus tambahan bagi pekerja yang tidak ponteng.
Elaun Minyak Motor: Bantuan kos minyak disediakan.
Penyertaan Program: Peluang menyertai latihan/kursus teknikal pertanian.
Saguhati: Hasil kebun/buah-buahan mengikut budi bicara.

๐ŸŽ“ SYARAT KELAYAKAN:
Lebih -18 tahun
Minima- Darjah 6 / PMR (Boleh membaca & menulis untuk rekod buku log).
Calon SPM atau lebih tinggi amat dialu-alukan.
Calon Latihan Industri digalakkan.
Jujur, amanah, integriti tinggi, menepati masa, & berminat menambah ilmu.
Menetap di sekitar kawasan Julau.
Mempunyai kenderaan sendiri (kereta/motosikal) untuk ke tempat kerja.
Tempoh Percubaan 1-3 minggu.

Jika berminat, sila scan atau copy link dibawah: https://tinyurl.com/JulaujawatanPOTT2026

Address

Sibu
Sibu
96000

Telephone

+60148839298

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JRS Supplies and Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share