07/06/2026
Selain pemilihan material yang sesuai dan design yang in trend, perancangan cabinet juga perlu fokus pada fungsi yang betul-betul kena dengan keperluan owner.
Contohnya untuk rumah ni, owner perlukan 2 hidden pocket door cabinet supaya ruang nampak lebih kemas, clean dan tidak terlalu serabut bila cabinet digunakan setiap hari. Pocket door ni sangat praktikal sebab pintu cabinet boleh disorok masuk ke bahagian tepi, jadi ia tak mengganggu laluan, tak makan ruang, dan sesuai untuk area yang selalu digunakan seperti dry kitchen, pantry atau appliance cabinet.
Bila design dan functionality dirancang sekali, hasil akhir bukan sahaja nampak cantik, tapi lebih selesa, tersusun dan mudah digunakan untuk jangka masa panjang. Custom cabinet yang baik ialah cabinet yang bukan hanya ikut trend, tapi ikut cara owner guna ruang tersebut setiap hari.