05/07/2017
C U L T U R A L L A N D S C A P E.
Cultural landscape/ landscape budaya merupakan satu cabang yang penting dalam merancang suatu rekabentuk landskap yang berjaya. Landskap budaya merupakan suatu bahagian di mana setiap atkitek landskap perlu meneliti perkara yang merangkumi budaya sekeliling bagi tapak yang ingin dibangunkan. Bidang ini amat penting sama ada untuk pembangunan baru ataupun pemuliharaan kawasan sedia ada. Proses seperti 'pemuliharaan' , 'pemeliharaan', 'pemasangan semula', dan 'pembinaan semula' merupakan langkah yang familiar dalam cabang ini.
Landskap budaya juga bukan hanya boleh dilihat melalui mata kasar sahaja, ia terbahagi kepada dua iaitu 'Tangible cutural' & 'intangible cultural'
Tangible cultural merupakan budaya yang boleh dilihat dan disentuh secara fizikal seperti : senibina, warna, pakaian, makanan, susunan struktur binaan dll.
Intangible cultural p**a merupakan budaya yang tidak boleh dilihat dan dirasa secara fizikal seperti: kepercayaan, pantang larang, sejarah, mistik dll.
Gabungan kedua-dua bahagian di atas serta penggunaan pendekatan yang tepat akan menghasilkan sesuatu yang amat menarik dari segi senibina landskap. Jika semua arkitek landskap mengambil berat mengenai perkara ini, budaya kita akan dapat dipelihara walaupun negara semakin membangun.