Ansal Inap Desa

Ansal Inap Desa Ansal Inap Desa menawarkan tempat penginapan yang selesa di perkampungan Melayu dan dikelilingi suasana kampung yang mendamaikan serta udara yang bersih.
(2)

Address

Batu 25, Kg Jus
Selandar
77500

General information

Ansal Inap Desa menawarkan penginapan yang unik iaitu di rumah yang berkonsepkan rumah Melayu Melaka lama. Terletak di tengah-tengah Kampung Jus iaitu satu perkampungan yang mendamaikan dan jauh daripada bandar. Mempunyai udara yang bersih dan suasana kampung yang tenang. Ansal Inap Desa adalah mempunyai ciri sebuah rumah Melayu Melaka Lama yang masih dikekalkan ciri-ciri Rumah Melaka tradisional iaitu mempunyai tangga batu di hadapan, anjung yang luas, tingkap papan dan binaan daripada papan. Sebuah bilik dilengkapi dengan pendingin hawa dan semua bilik dilengkapi dengan kipas. Boleh menempatkan sehingga 15 orang dalam satu masa kerana rumah yang sangat luas. Terdapat 1 bilik air dan 1 tandas yang berasingan. Pengunjung diberikan kelengkapan serta kemudahan memasak dan disediakan tempat berbbq. Juga disediakan mesin membasuh untuk membasuh pakaian yang kotor jika menginap lama. Ansal Inap Desa sesuai untuk pengunjung dikalangan keluarga, peminat-peminat ikan, pencinta kedamaian dan orang bandar yang inginkan merasai kehidupan di kampung. Di Kampung Jus, pengunjung boleh memancing ikan atau menjaring ikan di Empangan Jus. Selain itu, pengunjung boleh melawat ladang ternakan Ansal Ternak di mana di sana, pengunjung boleh merasai memberi makan kambing, rusa, ikan keli afrika gergasi dan landak. Satu pengalaman yang sungguh menarik itu dirakamkan dalam memori hidup :).

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ansal Inap Desa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ansal Inap Desa:

Share

Rasai Ketenangan & Kedamaian Hidup di Kampung

Ansal Inap Desa terletak di dalam Kampung Jus, Selandar, Melaka. Ansal Inap desa menyediakan rumah penginapan kepada pengunjung dengan berkonsepkan rumah tradisional Melayu Melaka. Lokasi Ansal Inap Desa berhampiran dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batang Melaka, Kolej Komuniti Selandar, Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILP) dan Hutan Lipur Bukit Batu Lebah.

Rumah yang sangat luas dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur (1 bilik berhawa dingin, 4 bilik berkipas), ruang tamu yang SUPER LUAS, dapur yang LUAS dan tempat BBQ yang LUAS. Ansal Inap Desa dilengkapi dengan perkakasan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, tv juga kelengkapan memasak yang LENGKAP. Ansal Inap Desa boleh menerima kunjungan sehingga 20 orang. Tilam TOTO dan bantal tambahan disediakan.

Uniknya rumah ini, pengunjung dapat merasai ketenangan dan kedamaian hidup di kampung. Melihat kesegaran pepohonan yang menghijau. Jika BERTUAH, pengunjung dapat menikmati pelbagai keenakan buah-buahan tempatan milik tuan rumah.

Selain itu, apa yang sangat menarik adalah, pengunjung boleh melawat sebuah pusat ternakan yang popular di Melaka iaitu Ansal Ternak Agrofarm. Di sana pengunjung boleh mengambil peluang memberi makan ternakan seperti kambing, rusa, landak, itik dan ikan keli afrika gergasi. Pengalaman yang menarik yang WAJIB diabadikan dengan foto memberi makan dan bermain dengan si rusa.