Pakar Ubahsuai Rumah, Pakar Grill Dan Pendawaian Domestik Sandakan

Pakar Ubahsuai Rumah, Pakar Grill Dan Pendawaian Domestik  Sandakan PAKAR DALAM BIDANG:-

1. Bina Rumah Atas Tanah Sendiri.
2. Ubahsuai Rumah dan Pejabat
3. Stainless S
(1)

KHAS BUAT PENDUDUK TAMAN BAYU IDAMAN, BATU PUTIH, SANDAKAN.Untuk makluman, kami di Pakar Bina Rumah Sabah memperkenalkan...
09/08/2026

KHAS BUAT PENDUDUK TAMAN BAYU IDAMAN, BATU PUTIH, SANDAKAN.

Untuk makluman, kami di Pakar Bina Rumah Sabah memperkenalkan Pakej Ubahsuai Rumah di Taman Bayu Idaman, Batu Putih Sandakan. Harga Pakej serendah RM28K Sahaja untuk ubahsuai lengkap dalam rumah.

Kepada tuan rumah yg telah mendapat kunci rumah dan bercadang untuk membuat ubahsuai rumah baru anda, boleh hubungi kami utk Temujanji Lawatan Tapak.

Just swipe up for details & appointmenr for site visit.

wasap.my/60137599915/TamanBayuIdaman

πŸ‘·πŸ»πŸ‘·πŸ»πŸ‘·πŸ»

Salam & Selamat Tengah hari Tuan2 & Puan2..Alhamdulillah dengan limpah rahmat-Nya Projek Ubahsuai dalaman major lengkap ...
30/07/2026

Salam & Selamat Tengah hari Tuan2 & Puan2..

Alhamdulillah dengan limpah rahmat-Nya Projek Ubahsuai dalaman major lengkap dgn dekorasi ini merupakan projek kami di Apartment Sri Wijaya, Batu 8 Sandakan, Sabah.

KOS KESELURUHAN UNTUK PROJEK INI BERNILAI RM58,000.00. kos termasuk upah dan barang juga termasuk membekal electrical appliances. Tema yang dipilih oleh tuan rumah untuk projek kali ini Klasik Moden.

Untuk makluman selain membuat ubahsuai major pada unit apartment inii, kami juga diberi amanah untuk membuat internal decoration sesuai yang diminta oleh customer. Alhamdulillah. Projek ubahsuai ini telah siap sepenuhnya pada April 2026. Skop kerja yang terlibat untuk projek kali ini ialah:-

1. Membuat Plaster Ceiling di Ruang Tamu, desain yang dipilih oleh tuan rumah litebox.
2. Membuat Table top concrete di kawasan dapur, membekal sinki dan kepala paip premium.
3. Membuat Kitchen Cabinet Hanging and Bottom.
4. Menukar mozek baru di kawasan dapur kering dengan susunan mozek jenis herringbone.
5. Membuat cabinet TV di ruang tamu design English Style.
6. Memasang reflect mirror dan fluted panel pada dinding dining room.
7. Membekal dan memasang tingkap sliding di kawasan laundry yard.
8. Membuat wardrobe saiz XXL di master bedroom
9. Membuat kepada katil dengan memasang fluted panel lengkap dengan litebox.
10. Membuat half wood panel pada lorong bilik.
11. Menngecat semuaa pintu bilik lgkap dengan frame pintu.
12. Membekal dan memasang Sliding+Swing mirror door antara dining room ke dapur.
13. Menukar paip dari meter utama kepada paip PVC kerana tekanan air rendah dan bila ditukar alhamdulillah tekanan air kuat.
14. Mengecat kesemua dinding dalaman rumah sebagai kemasan akhir.
15. Kemasan akhir.

Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang begitu baik kepada kami.. Apabila tuan rumah baik dgn kita, in shaa Allah kita sebagai Kontraktor akn "All out" dan pastikan apa yang tuan rumah inginkan akn terlaksana, Alhamdulillah kerana mmberi kepercayaan kepada kami untuk mengubahsuai rumah anda.

Kepada pelanggan / future customer yg baru dapat kunci di Sri Indah Condominium dan berminat untuk membuat ubahsuai rumah, jangan malu & segan untuk bertanyakan PAKEJ & Sebutharga dari kami dengan Klik link di bawah untuk terus ke whatsap kami:-

-->> wasap.my/60137599915/Sriwijaya

Salam Yaumul Jumu’ah & Selamat Pagi semua..Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk kami memuatnaik...
24/07/2026

Salam Yaumul Jumu’ah & Selamat Pagi semua..

Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk kami memuatnaik gambar projek yang terbaru ke dalam Page Pakar Ubahsuai Rumah Sandakan. Bertujuan memberi inspirasi dan idea buat warga page dan future client kami yang bercadang untuk mengubahsuai rumah major di kawasan Sabah amnya dan Sandakan khusunya.

Alhamdulillah juga dengan limpah rahmat-Nya Projek Kali ini bertempat di Taman Seri Labuk. Projek Sambung dapur dan kerja tambahan lain. Kos keseluruhan projek ini bernilai RM107,000.00 termasuk kerja tambahan. Antara skop kerja yang dibuat untuk projek kali ini adalah seperti di bawh:-

1. Extend kawasan laman belakang menjadi bangunan yang ditambah untuk dijadikan dapur.
2. Laman belakang yang diextend terbahagi kepada 3 bahagian iaitu dapur kering, dapur basah dan kawasan laundry (open shed).
3. Memnuat tandas baru di kawasan dapur
4. Mengubahsuai layout dalaman bilik master bedroom, iaitu membesarkan ruangan bilik dan tandas di master bedroom diubahsuai menjadi tandas moden.
5. Lengkap dengan pemasangan mozek pada dinding dan lantai laman belakang yang diextend.
6. Termasuk pemasangan atap dan plaster ceiling di kawasan yang diextend.
7. Termasuk membuat table top di kawasan dapur yang diextend.
8. Mengubahsuai kawasan bekas dapur lama kepada ruangan kerja *work station) sebelum masuk ke dapur baru.
9. Memasang sliding door dari ruang makan ke dapur baru yang diextend.
10. Membuat Plaster ceiling di kawasan ruang tamu dan ruang makan.
11. MPendawaian domestik pada keseluruhan dalaman rumah dad car porch.
12. Mengubahsuai atap car porch lengkap dengan pemasangan plaster ceiling baru di kawasan car porch.
13. Memasang mozek pada kesemua lantai car porch.
14. Membuat dinding (tembok) di kiri dan kana dinding car porch.
15. Mengubahsuai tiang main gate di kawasan car porch dengan melebarkan tiang main gate.
16. Membuat stainless steel main gate.
17. Memasang autogate pada main gate.
18. Mengecat kesemua dinding dalaman dan luaran rumah sebagai kemasan akhir.

Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kerana mmberi kepercayaan kepada kami untuk mengubahsuai rumah anda.

Kepada pelanggan / future customer yg berminat untuk membuat ubahsuai rumah terutama disekitar Sandakan, jangan malu & segan untuk bertanyakan PAKEJ & Sebutharga dari kami dengan Klik link di bawah untuk terus ke whatsap kami.

-->> wasap.my/60137599915/PakejUbahsuaiRumahSabah

Salam & Very Good Morning Everyone. 😊Another projects, installation 3 units of water meter at Jalan Cheng Ho, Batu 12.Lo...
21/07/2026

Salam & Very Good Morning Everyone. 😊

Another projects, installation 3 units of water meter at Jalan Cheng Ho, Batu 12.

Looking to apply for a new water meter? Just Swipe up for details & inquiries πŸ‘·πŸ»β€β™‚οΈπŸ‘·πŸ»β€β™‚οΈπŸ‘·πŸ»β€β™‚οΈ

Salam & Selamat Petang semua..Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk kami memuatnaik gambar proje...
13/07/2026

Salam & Selamat Petang semua..

Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk kami memuatnaik gambar projek ke Page Pakar Ubahsuai Rumah Sandakan untuk tatapan dan rujukan buat warga page yang bercadang untuk mengubahsuai rumah.

Alhamdulillah dengan limpah rahmat-Nya Projek Kali ini bertempat di Taman Astana Heights, Sandakan, Kami diamanahkan untuk membuat furniture cabinet seperti dinyatakan di bawah:-
1. TV Cabinet.
2. ⁠Devider cabinet

Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kerana mmberi kepercayaan kepada kami untuk mencantikkan rumah anda. Kepada pelanggan / future customer yg berminat untuk membuat ubahsuai rumah terutama disekitar Sandakan, jangan malu & segan untuk bertanyakan PAKEJ & Sebutharga dari kami dengan Klik link di bawah untuk terus ke whatsap kami.

-->> wasap.my/60137599915/FurnitureCabinet

KHAS BUAT PENDUDUK TAMAN BILLION, SANDAKAN.Untuk makluman, kami di Pakar Bina Rumah Sabah memperkenalkan Pakej Ubahsuai ...
09/07/2026

KHAS BUAT PENDUDUK TAMAN BILLION, SANDAKAN.

Untuk makluman, kami di Pakar Bina Rumah Sabah memperkenalkan Pakej Ubahsuai Rumah di Taman Billion Sandakan. Harga Pakej serendah RM48K Sahaja untuk ubahsuai lengkap dalam rumah.

Kepada tuan rumah yg telah mendapat kunci rumah dan bercadang untuk membuat ubahsuai rumah baru anda, boleh hubungi kami utk Temujanji Lawatan Tapak.

Just swipe up for details & appointmenr for site visit.

wasap.my/60137599915/TamanBillion

πŸ‘·πŸ»πŸ‘·πŸ»πŸ‘·πŸ»

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua.Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Hari ini kami berbesar hati untuk berkon...
07/07/2026

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Hari ini kami berbesar hati untuk berkongsi salah satu projek yang telah berjaya disiapkan oleh pasukan kami. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan rujukan buat warga page serta bakal pelanggan yang merancang untuk membina rumah di atas tanah sendiri atau membina bangunan institusi pendidikan di Sabah.

πŸ“ Lokasi Projek: Daerah Telupid, Sabah

Bagi projek kali ini, kami telah diberi amanah untuk membina Kompleks Sekolah Maahad Tahfiz, merangkumi beberapa bangunan dan kerja-kerja berkaitan.

Skop kerja yang telah dilaksanakan:
βœ… Pembinaan bangunan Sekolah Maahad Tahfiz 2 tingkat (70 kaki Γ— 25 kaki).
βœ… Pembinaan sebuah bangunan surau.
βœ… Pembinaan bangunan kantin 2 tingkat.
βœ… Kerja-kerja sistem perpaipan bagi keseluruhan bangunan.
βœ… Kerja-kerja pendawaian elektrik domestik bagi semua bangunan.
βœ… Fabrikasi dan pemasangan gril untuk semua tingkap serta pintu gelangsar.
βœ… Fabrikasi dan pemasangan handrail bagi kawasan open shed di tingkat atas kantin.
βœ… Fabrikasi dan pemasangan handrail tangga jenis stainless steel.
βœ… Kerja-kerja kemasan akhir sehingga projek siap sepenuhnya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pelanggan atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menyiapkan projek pembinaan Sekolah Maahad Tahfiz ini. Kepercayaan anda merupakan satu amanah yang sentiasa kami laksanakan dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.

🏑 Merancang untuk membina rumah atau bangunan di Sabah?

Kami menyediakan perkhidmatan pembinaan dari peringkat perancangan sehingga projek siap sepenuhnya, termasuk:
β€’ Rumah kediaman
β€’ Bangunan sekolah
β€’ Surau & masjid
β€’ Bangunan komersial
β€’ Kerja ubah suai
β€’ Pendawaian elektrik
β€’ Sistem perpaipan
β€’ Kerja-kerja besi dan keluli

πŸ“² Untuk mendapatkan pakej pembinaan atau sebut harga, hubungi kami melalui WhatsApp:

πŸ‘‰ wasap.my/60137599915/BinaRumahSabah

Semoga setiap hasil kerja yang kami laksanakan menjadi manfaat kepada masyarakat dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas segala limpah kurnia rezeki yang Engkau anugerahkan kepada kami.

Salam & Selamat Pagi semua..Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk kami memuatnaik gambar projek ...
01/07/2026

Salam & Selamat Pagi semua..

Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk kami memuatnaik gambar projek yang terbaru ke dalam Page Pakar Ubahsuai Rumah Sandakan untuk tatapan dan rujukan buat warga page dan future client kami yang bercadang untuk mengubahsuai rumah di Taman Nasalim Fasa 3 khususnya dan kawasan Sandakan amnya. Projek kali ini termasuk kerja tambahan lain bernilai RM100,000.00 sahaja (Intermediate corner Lot).

Alhamdulillah dengan limpah rahmat-Nya Projek Kali ini bertempat di perumahan baru Taman Nasalim Fasa 3. Projek Sambung dapur dan kerja tambahan lain. Antara skop kerja yang dibuat untuk projek kali ini adalah seperti di bawh:-

1. Extend kawasan laman belakang menjadi bangunan yang ditambah.
2. Laman belakang yang diextend terbahagi kepada 2 bahagian iaitu dapur kering dan rumah kucing.
3. Lengkap dengan sistem perpaipan untuk kawasan laman belakang yang diextend.
4. Lengkap dengan sistem pendawaian elektrik bagi kawasan yang diextend.
5. Lengkap dengan pemasangan mozek pada dinding dan lantai laman belakang yang diextend.
6. Termasuk pemasangan atap dan plaster ceiling di kawasan yang diextend.
7. Termasuk membuat table top di kawasan dapur yang diextend.
8. Membuat ruang untuk bilik tangki air dan mesin basuh di kawasan dapur kering.
9. Memasang sliding door dari ruang makan ke dapur baru yang diextend.
10. Membuat Plaster ceiling di kawasan ruang tamu hingga ke kawasan ruang makan.
11. Mengubahsuai kawasan Master Bedroom dengan merobohkan pembahagi bilik dan extend bilik utama supaya menjadi lebih luas.
12. Membuat pendawaian domestik bagi keseluruhan dalaman rumah.
13. Melantai kawasan depan car porch (kawasan tanah).
14. Membuat pemasangan grill pada kesemua tingkap dan pintu rumah.
15. Kemasan akhir.

Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kerana mmberi kepercayaan kepada kami untuk mengubahsuai rumah anda.

Kepada pelanggan / future customer yg berminat untuk membuat ubahsuai rumah terutama disekitar Sandakan, jangan malu & segan untuk bertanyakan PAKEJ & Sebutharga dari kami dengan Klik link di bawah untuk terus ke whatsap kami.

-->> wasap.my/60137599915/PakejUbahsuaiJati

KHAS BUAT PENDUDUK PARKLANE GARDEN, JNDAH JAYA.Untuk makluman, kami di Pakar Bina Rumah Sabah memperkenalkan Pakej Ubahs...
07/05/2026

KHAS BUAT PENDUDUK PARKLANE GARDEN, JNDAH JAYA.

Untuk makluman, kami di Pakar Bina Rumah Sabah memperkenalkan Pakej Ubahsuai Rumah di Parklane Garden, Indah Jaya Sandakan. Harga Pakej bermula serendah RM32.8K Sahaja!

Kepada tuan rumah yg telah mendapat kunci rumah dan bercadang untuk membuat ubahsuai rumah baru anda, boleh hubungi kami utk Temujanji Lawatan Tapak.

Just swipe up for details & appointmenr for site visit.
wasap.my/60137599915/ParklaneGarden
πŸ‘·πŸ»πŸ‘·πŸ»πŸ‘·πŸ»

NOTIS KENAIKAN HARGA PERKHIDMATANUBAHSUAI RUMAHTuan/Puan yang dihormati,Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah d...
18/04/2026

NOTIS KENAIKAN HARGA PERKHIDMATAN
UBAHSUAI RUMAH

Tuan/Puan yang dihormati,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa berikutan peningkatan kos bahan binaan dan kos operasi yang berlaku sejak kebelakangan ini, pihak kami terpaksa membuat pelarasan harga bagi perkhidmatan ubahsuai rumah.

Sehubungan itu, kenaikan harga sebanyak 10% akan dikenakan ke atas semua sebutharga sedia ada.

Butiran pelaksanaan adalah seperti berikut:

1. Tarikh kuat kuasa: 1 Mei 2026
2. Sebutharga yang telah dikeluarkan sebelum 1 Mei 2026 tetapi belum disahkan, akan disemak semula dan tertakluk kepada pelarasan harga baharu.
3. Sebutharga yang telah disahkan dan kerja telah dimulakan sebelum 1 Mei 2026 adalah kekal pada harga asal tanpa sebarang kenaikan.

Pihak kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan daripada pihak tuan/puan. Segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Pengurus Projek,
JFA SUPPLIER ENTERPRISE
Pakar Ubahsuai Rumah Sandakan.
πŸ“ž 013-759 9915

Address

Bandar Letat Jaya, Blok J Tingkat Bawah, Jalan Lintas Utara
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 12:30

Telephone

+60137599915

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakar Ubahsuai Rumah, Pakar Grill Dan Pendawaian Domestik Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category