Tasblock Malaysia

Call Directions Website Contact the business

Tasblock Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tasblock Malaysia, No. 22A, Jalan kesidang 1, Rawang.

Company Reg : TASBLOCK (M) SDN BHD
201401017009 (1093095-H)

At Tasblock we’re redefining modern construction through innovation, sustainability, and circular design - powered by Tasblock’s next-gen IBS system.

Audit Kilang Tasblock bagi Pembaharuan Pensijilan oleh CIDB 6 Julai 2026 | Rawang Corporate Industrial ParkTasblock (M) ...
07/07/2026

Audit Kilang Tasblock bagi Pembaharuan Pensijilan oleh CIDB

6 Julai 2026 | Rawang Corporate Industrial Park

Tasblock (M) Sdn. Bhd. telah menjalani sesi audit kilang bagi tujuan pembaharuan pensijilan CPA, CIS 24 serta PPS (Perakuan Pematuhan Standard).

Sesi audit yang berlangsung selama kira-kira 2 jam ini telah dihadiri oleh wakil CREAM dan CIDB IBS. Audit merangkumi semakan dokumentasi serta pemeriksaan fasiliti pembuatan di Kilang Tasblock bagi memastikan setiap proses pengeluaran memenuhi standard yang telah ditetapkan.

Audit tahunan ini merupakan komitmen berterusan Tasblock dalam memastikan setiap produk yang dihasilkan mengekalkan kualiti yang tinggi, di samping menjadi platform untuk kami terus menambah baik proses pembuatan, pengurusan fasiliti serta sistem penyampaian produk agar lebih cekap, tersusun dan profesional.

Komitmen kami adalah untuk terus memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan serta menyokong pembangunan industri pembinaan yang lebih berkualiti dan mampan.

Jom bina bersama IBS Tasblock – teknologi bahan binaan termaju yang menawarkan pembinaan lebih pantas, berkualiti dan efisien.

Tasblock – We Build Infinity.

Pembentangan Teknologi IBS Tasblock di Ibu Pejabat JKRTasblock (M) Sdn. Bhd. berbesar hati diberikan peluang untuk menga...
07/07/2026

Pembentangan Teknologi IBS Tasblock di Ibu Pejabat JKR

Tasblock (M) Sdn. Bhd. berbesar hati diberikan peluang untuk mengadakan sesi pembentangan kepada pihak JKR Cawangan Kerja Pendidikan di Ibu Pejabat JKR. Sesi ini telah dihadiri oleh para pegawai yang terlibat dan disampaikan oleh CEO Tasblock, Puan Nor Hasima.

Dalam sesi ini, kami berkongsi mengenai teknologi IBS Tasblock serta pengalaman pelaksanaan projek-projek yang telah berjaya disiapkan bersama JKR. Antara yang diketengahkan ialah projek pembinaan bangunan sekolah pada tahun 2017 yang melibatkan 4 buah sekolah dengan 34 buah bilik darjah, yang berjaya disiapkan dalam tempoh keseluruhan hanya 5 bulan.

Salah satu pencapaian yang menjadi kebanggaan ialah pembinaan SJKC Yu Ying, melibatkan 6 buah bilik darjah yang berjaya disiapkan dalam tempoh kira-kira 2 bulan menggunakan sistem IBS Tasblock.

Pencapaian ini membuktikan bahawa teknologi bahan binaan IBS Tasblock mampu mempercepatkan tempoh pembinaan, meningkatkan kawalan kualiti, serta menjadi penyelesaian yang praktikal dan berkesan untuk pembangunan infrastruktur, khususnya bangunan pendidikan.

Kami berharap lebih banyak agensi dan pihak berkepentingan dapat memanfaatkan teknologi ini bagi merealisasikan projek-projek pembinaan yang lebih pantas, berkualiti dan mampan pada masa hadapan.

Membina Masa Depan Pembinaan Bersama Teknologi IBS Tasblock Flexi-fitJumaat - 3 Julai 2026, Tasblock (M) Sdn. Bhd. berbe...
06/07/2026

Membina Masa Depan Pembinaan Bersama Teknologi IBS Tasblock Flexi-fit

Jumaat - 3 Julai 2026, Tasblock (M) Sdn. Bhd. berbesar hati mengadakan sesi pembentangan komprehensif mengenai Teknologi IBS Tasblock Flexi-fit kepada pihak Encorp.

Sesi pembentangan ini telah dihadiri oleh Ahmad Harzimi Mohd Tai, Ketua Pegawai Eksekutif Encorp, bersama barisan pengurusan Encorp serta wakil daripada FPMSB. Pihak Tasblock p**a diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif,Pn Hasima, yang menyampaikan pembentangan, dengan kehadiran Pengerusi Tasblock, Dato' Aminuddin Che Hassan, serta barisan pengurusan syarikat.

Pembentangan merangkumi penerangan menyeluruh mengenai produk, teknologi, kelebihan sistem IBS Tasblock Flexi-fit serta potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan projek-projek di bawah Encorp dan juga projek-projek berkaitan FELDA.

Kami amat menghargai peluang untuk berkongsi inovasi yang dibangunkan oleh Tasblock dan percaya bahawa kerjasama seperti ini mampu mempercepatkan penggunaan teknologi pembinaan yang lebih berkualiti, cekap, mampan dan berdaya saing.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak projek berasaskan teknologi IBS, sekali gus memberi manfaat kepada industri pembinaan, komuniti dan negara.

Terima kasih kepada pihak Encorp dan FPMSB atas kesudian meluangkan masa serta kesediaan meneroka peluang kerjasama bersama Tasblock.

Lawatan Strategik Tasblock ke GMITasblock telah mengadakan lawatan ke German-Malaysian Institute (GMI) bagi meneroka pel...
11/06/2026

Lawatan Strategik Tasblock ke GMI

Tasblock telah mengadakan lawatan ke German-Malaysian Institute (GMI) bagi meneroka peluang kerjasama antara institusi pendidikan dan industri dalam melahirkan tenaga mahir yang memenuhi keperluan semasa industri.

Perbincangan tertumpu kepada keperluan kepakaran dalam bidang mekatronik, mekanikal, penyelenggaraan mesin, pembangunan mould, SOP, keselamatan serta aspek pengurusan pengeluaran yang berkaitan dengan operasi kilang Tasblock.

Lawatan ini telah disambut oleh CEO GMI, Hj Solihin, bersama Puan Salwani daripada Bahagian Pembangunan Perniagaan serta dua orang pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam Manufacturing Management dan Machine Assembly.

Alhamdulillah, sesi perkongsian dan perbincangan yang berlangsung selama hampir dua jam berjalan dengan amat baik dan memberi impak yang positif kepada kedua-dua pihak. Diharapkan hubungan strategik ini dapat diteruskan bagi memanfaatkan kepakaran masing-masing, di samping membuka lebih banyak peluang latihan industri, pembangunan bakat serta peluang pekerjaan kepada para pelajar dalam sektor pembuatan dan pembinaan.

Rasai sendiri teknologi pembinaan masa depan!Masih tertanya-tanya bagaimana TVET dan teknologi IBS mampu membuka peluang...
05/06/2026

Rasai sendiri teknologi pembinaan masa depan!
Masih tertanya-tanya bagaimana TVET dan teknologi IBS mampu membuka peluang kerjaya yang luas?

Kini peluangnya di depan mata!

πŸŽ‰ Jom hadir ke Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya pada 5 – 7 Jun 2026, bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

🌟 Kunjungi reruai Tasblock dan alami sendiri teknologi IBS Tasblock β€” sistem pembinaan moden yang pantas, bersih dan mudah dipasang. Semua dijemput hadir termasuk pelajar, belia, ibu bapa dan profesional!

πŸ€” Pernah bayangkan bina rumah dengan sistem modular moden?
πŸ€” Ingin tahu kemahiran pembinaan yang sedang menjadi permintaan tinggi industri?

Di sini anda bukan sahaja boleh lihat demo teknologi, malah berpeluang meneroka dunia TVET dan peluang kerjaya dalam industri pembinaan moden.

✨ Datang dengan rasa ingin tahu, p**ang dengan ilmu dan inspirasi baharu.

πŸ“ Hari TVET Negara 2026
πŸ—“οΈ 5 – 7 Jun 2026
πŸ“Œ Dataran Putrajaya
πŸ•˜ 9.00 pagi – 10.00 malam

πŸ”₯ Jangan dengar cerita sahaja β€” datang, cuba dan rasai sendiri pengalaman IBS Tasblock yang membentuk masa depan pembinaan Malaysia!

TVET & IBS bukan masa depan β€” ia sudah bermula sekarang. Jumpa anda di sana! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

24/05/2026

Jom kepada siapa2 yang nak tahu ttg teknologi pembinaan dari Tasblock boleh join Hari TVET Negara pada 5-7 Jun 2026 di Putrajaya.

Kami akan buka booth dan beekongsi kepada anda semua. Jom singgah dan follow.

Nak bina boleh, nak jadi kontraktor boleh, nak DIY pon boleh. Nak tahu2 dan kenal2 pon boleh.

Thank you to CIDB Malaysia and the High Commission of the United Republic of Tanzania for the opportunity and collaborat...
22/05/2026

Thank you to CIDB Malaysia and the High Commission of the United Republic of Tanzania for the opportunity and collaborative platform provided.

We truly appreciate the visit, discussions, and knowledge sharing sessions that have opened up potential collaboration opportunities between Malaysia and Tanzania, particularly in construction project development and the transfer of IBS Tasblock technology.

We hope this relationship marks the beginning of a long-term partnership that will bring mutual benefits to both parties. We remain committed and look forward to delivering more projects while expanding the use of faster, modern, and sustainable construction technology in Tanzania in the future.

Looking forward to a successful collaboration ahead.

21/05/2026
Tasblock (M) Sdn Bhd turut serta dalam program Road To Growth (R2G) anjuran Malaysian Technology Development Corporation...
14/05/2026

Tasblock (M) Sdn Bhd turut serta dalam program Road To Growth (R2G) anjuran Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan mempamerkan teknologi bahan binaan Tasblock yang telah menerima Sijil MySTI.

Program ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan bagi melihat potensi syarikat dan teknologi tempatan untuk diketengahkan dalam projek-projek kerajaan serta menyokong penggunaan produk tempatan dalam industri pembinaan.

Terima kasih kepada pihak Malaysian Technology Development Corporation atas peluang dan platform yang diberikan untuk memperkenalkan teknologi Tasblock kepada lebih banyak pihak industri dan agensi kerajaan.

Pada 12 April 2026, pihak Kolej Komuniti Segamat telah mengadakan lawatan ke kilang Tasblock (M) Sdn Bhd di Rawang yang ...
13/05/2026

Pada 12 April 2026, pihak Kolej Komuniti Segamat telah mengadakan lawatan ke kilang Tasblock (M) Sdn Bhd di Rawang yang dihadiri oleh 5 orang pengajar dan 4 orang pelajar.

Lawatan ini bertujuan untuk meneroka teknologi pembinaan terkini yang dibangunkan oleh Tasblock serta memahami solusi pembinaan yang lebih mudah, cepat dan berkualiti sejajar dengan perkembangan industri pembinaan moden.

Sesi dimulakan dengan perkongsian teknologi dan penerangan oleh En. Hatim berkaitan sistem IBS Tasblock, aplikasi produk serta potensi penggunaannya dalam industri pembinaan masa kini.

Para delegasi turut dibawa melawat ruang lobi dan kilang pembuatan bagi melihat sendiri proses penghasilan produk serta teknologi yang digunakan dalam operasi Tasblock.

Terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Segamat atas lawatan dan perbincangan yang sangat baik. Semoga jalinan ini dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama serta pendedahan teknologi kepada tenaga pengajar dan pelajar pada masa akan datang.

Address

No. 22A, Jalan Kesidang 1
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tasblock Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tasblock Malaysia:

Share