26/02/2025
๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฅ๐จ๐ ๐๐ ๐๐ฃ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐ง๐๐ ๐๐ข๐ก๐ง๐ฅ๐๐๐ง๐ข๐ฅ
Sebagai pemilik rumah, anda mungkin teruja untuk memulakan projek pembinaan atau ubah suai rumah impian anda.
Namun, sebelum memulakan projek ini, penting untuk memahami hak anda sebagai pemilik rumah yang membayar perkhidmatan kontraktor yang anda lantik.
Ini dapat mengurangkan risiko seperti penipuan, pembinaan tidak berkualiti, atau kontraktor yang tidak menyiapkan kontrak setelah menerima bayaran.
10 Hak Pemilik Rumah Yang Perlu Anda Tahu
๐ญ. ๐ ๐ฒ๐บ๐ถ๐น๐ถ๐ต ๐๐ผ๐ป๐๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐๐๐ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
Anda berhak memilih kontraktor berdaftar CIDB yang telah memenuhi syarat dan diiktiraf oleh pihak berwajib bagi mengelakkan anda dikampoun atau didenda kerana melanggar peratuan dan undang-undang di bawah Akta 520.
Status pendaftaran kontraktor boleh dilakukan melalui portal rasmi CIDB sebelum memulakan projek melalui capaian https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/reglocalsearchcontractor.vbhtml.
๐ฎ. ๐ ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ฐ๐ถ
Anda berhak menerima sebut harga bertulis yang merangkumi perincian kerja, spesifikasi bahan yang akan digunakan dan harga yang jelas. Ini membantu untuk mengukur kesahihan kuantiti kerja yang dilaksanakan berbanding dengan tuntutan bayaran oleh kontraktor
๐ฏ. ๐ ๐ฒ๐ป๐ถ๐น๐ฎ๐ถ ๐ฅ๐ฒ๐ธ๐ผ๐ฑ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ฒ๐ฝ๐๐๐ฎ๐๐ถ ๐๐ผ๐ป๐๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ผ๐ฟ
Sebelum memilih kontraktor, anda berhak meminta rekod projek mereka dan ulasan pelanggan lama. Lawatan ke tapak projek sebelumnya membantu menilai kualiti kerja dan kepuasan hati pelanggan mereka. Pastikan kontraktor mempunyai pengalaman yang relevan dan rekod yang baik dalam industri dan pasaran pembinaan.
๐ฐ. ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ง๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป
Anda berhak membandingkan tawaran daripada sekurang-kurangnya dari tiga kontraktor. Ini membantu pemilihan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan tempoh masa. Perbandingan ini juga memastikan anda mendapat nilai terbaik untuk rumah anda.
๐ฑ. ๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐ป๐ท๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ป๐๐ฟ๐ฎ๐ธ
Anda berhak mengetahui perincian setiap klausa dalam kontrak, termasuk skop kerja, tempoh projek, kos dan syarat pembayaran. Jangan ragu meminta penjelasan jika ada terma yang tidak jelas. Kontrak yang jelas melindungi hak anda dan mengelakkan pertikaian di masa hadapan.
๐ฒ. ๐ ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ท๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ธ๐ป๐ถ๐ธ๐ฎ๐น
Anda juga berhak meminta kontraktor memberikan penerangan terperinci tentang bahan, reka bentuk dan kaedah kerja. Ini memastikan anda memahami keseluruhan proses pembinaan dan memastikan bahan dan kaedah yang digunakan setimpal dengan apa yang dibayar. Penjelasan ini juga membantu anda membuat keputusan yang lebih baik jika timbul ketidakpastian.
๐ณ. ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐๐ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ
Anda hanya perlu membayar berdasarkan kemajuan kerja yang diselesaikan. Elakkan membuat bayaran pendahuluan yang terlalu besar atau di luar terma kontrak. Pembayaran berkala mengikut kemajuan kerja akan memastikan projek berjalan lancar dan mengurangkan risiko kerugian.
๐ด. ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ถ๐ฝ๐๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ป๐๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ผ๐ฟ
Jika kontraktor tidak mematuhi syarat kontrak atau melakukan penipuan, anda berhak melaporkannya kepada CIDB untuk tindakan selanjutnya. CIDB akan menyiasat aduan anda dan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak anda sekiranya siasatan mendapati kontraktor telah sengaja melakukan penipuan tersebut.
๐ต. ๐ ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ถ๐บ๐ฎ ๐๐ฎ๐๐ถ๐น ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ถ๐ป๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐น๐ถ๐๐ถ
Anda berhak menerima hasil pembinaan yang memenuhi standard kualiti dan keselamatan CIDB. Pastikan kontraktor mematuhi spesifikasi yang dipersetujui dan menyediakan laporan kemajuan kerja secara berkala. Ini memastikan projek anda selesai dengan sempurna.
๐ญ๐ฌ. ๐๐ฎ๐ธ ๐ ๐ฒ๐ป๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ป๐๐ฟ๐ฎ๐ธ
Anda berhak menamatkan kontrak jika kontraktor gagal mematuhi peraturan atau syarat yang ditetapkan. Ini melindungi kepentingan anda dan keluarga daripada kerugian atau masalah yang timbul apabila kontraktor gagal melaksanakan tanggungjawabnya mengikut ikatan kontrak yang telah dipersetujui.
Dengan memahami hak ini, anda boleh memastikan projek pembinaan atau ubah suai rumah berjalan lancar dan mengelakkan masalah seperti penipuan atau kerja tidak berkualiti.
Selamat membina dan mengubahsuai rumah.
&UbahsuaiRumah