Rakan Alam Sekitar

Rakan Alam Sekitar Facebook Rasmi Rakan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar

SEMANGAT PATRIOTISME & KELESTARIAN MEWARNAI PROGRAM JOM GEREK MERDEKA 2026 !11 September 2026 - Rakan Alam Sekitar (RAS)...
11/09/2026

SEMANGAT PATRIOTISME & KELESTARIAN MEWARNAI PROGRAM JOM GEREK MERDEKA 2026 !

11 September 2026 - Rakan Alam Sekitar (RAS) bersama KESAS dan PUSPANITA Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan Program Jom Gerek Merdeka Sempena Hari Kemerdekaan 2026 bagi menyemarakkan semangat patriotisme, di samping menyampaikan mesej pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar kepada para peserta.

Acara perlepasan program telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), YBrs. Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, bersama Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Puan Nor Aziah binti Jaafar.

Program kayuhan santai ini bukan sahaja menjadi platform untuk menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan, malah turut menggalakkan gaya hidup sihat dan amalan mobiliti rendah karbon. Melalui aktiviti ini, kesedaran serta peranan setiap individu dalam memelihara kebersihan dan kelestarian alam sekitar terus diperkasakan demi kesejahteraan bersama.

Bertemakan “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, program ini menghimpunkan warga KESAS, ahli PUSPANITA serta ahli RAS dalam aktiviti kayuhan santai sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Semangat cintakan negara dan alam sekitar dizahirkan melalui penglibatan aktif para peserta sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Ayuh terus menyemarakkan semangat patriotisme dan memelihara alam sekitar kerana setiap tindakan kecil mampu membawa perubahan yang besar.







RAS TURUN PADANG SEMPENA PROGRAM ECOMARINE 2.0 DI SEGARI, LUMUT!1 Ogos 2026 | Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Seg...
03/08/2026

RAS TURUN PADANG SEMPENA PROGRAM ECOMARINE 2.0 DI SEGARI, LUMUT!

1 Ogos 2026 | Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Segari, Lumut, Perak.

Rakan Alam Sekitar (RAS) turut memeriahkan Program ECOMARINE 2.0 anjuran Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan IJM Industry dengan membawa mesej pemeliharaan alam sekitar kepada para peserta.

Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) daripada Bahagian Komunikasi Strategik, Ibu Pejabat, Tuan Ahmad Bukhori bin Najmi telah menyampaikan taklimat di dalam sesi Pocket Talk bagi memperkenalkan inisiatif Rakan Alam Sekitar (RAS) serta berkongsi maklumat mengenai Kampus Lestari Anugerah Alam Sekitar (KLAAS). Semoga lebih ramai rakyat Malaysia tampil menjadi ejen perubahan dalam memupuk budaya cintakan alam sekitar.

Bertemakan "Protecting Nature, Preserving Tomorrow", program ini menghimpunkan seramai 80 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar UTP dan kakitangan IJM Industry. Pelbagai aktiviti CSR telah dilaksanakan termasuk gotong-royong membersihkan kawasan santuari penyu serta kerja-kerja pembersihan dan pengindahan kawasan.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Bersama-sama kita terus memelihara alam sekitar kerana setiap tindakan kecil mampu membawa perubahan yang besar.

Belum sertai Rakan Alam Sekitar (RAS)?
Jom daftar dan bersama kami menjadi ejen perubahan demi kelestarian alam sekitar!



.0

PROGRAM ZLNG BOND BEYOND BOUNDARIES WORLD ENVIRONMENT DAY 2026🌎🌳🌻04 Julai 2026, SIPITANG - Jabatan Alam Sekitar Cawangan...
08/07/2026

PROGRAM ZLNG BOND BEYOND BOUNDARIES WORLD ENVIRONMENT DAY 2026
🌎🌳🌻

04 Julai 2026, SIPITANG - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sipitang telah hadir menjayakan Program Sambutan Alam Sekitar Sedunia 2026 Peringkat Projek ZLNG, bertempat di Pantai Merintaman, Sipitang. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti dan generasi muda mengenai pemeliharaan alam sekitar, matlamat pembangunan lestari serta tanggungjawab bersama dalam menjaga kesejahteraan alam sekitar. Program yang dihadiri kira-kira 150 orang turut melibatkan agensi seperti Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Pejabat Daerah Sipitang, Majlis Daerah Sipitang, Petronas serta kontraktor-kontrakor utama. Kehadiran pelajar-pelajar dari SMK Pengiran Omar turut menambah kemeriahan program.

Antara pengisian program yang telah dilaksanakan adalah sesi perkongsian ringkas dari JAS dan JPAS, aktiviti beach plogging, serta pertandingan sukan tradisional. Dianggarkan sekitar 500 kg sisa pepejal berjaya dikumpulkan di akhir program. Wakil JAS turut menjadi penyampai hadiah kepada pemenang pertandingan.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada JAS Sabah atas penglibatan dan sokongan dalam menjayakan Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026.


Program Rakan Lestari 2026 Sempena Hari Landskap NegaraAnjuran Majlis Daerah Kuala Penyu, Sabah 🌎🌳🌻18 Jun 2026, Kuala Pe...
20/06/2026

Program Rakan Lestari 2026 Sempena Hari Landskap Negara
Anjuran Majlis Daerah Kuala Penyu, Sabah 🌎🌳🌻

18 Jun 2026, Kuala Penyu - MDKP telah menjemput Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sipitang dalam menjayakan Program Rakan Lestari 2026 di Dewan Monsoi Avenue, Pekan Kuala Penyu. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pemeliharaan alam sekitar, amalan lestari serta tanggungjawab bersama dalam menjaga kesejahteraan alam sekitar. Program yang dirasmikan oleh Tuan DO Kuala Penyu, Nelson Domil Oluk ini dihadiri sekitar 150 peserta.

Antara pengisian program yang telah dilaksanakan adalah pengumpulan minyak masak, majalah dan pakaian terpakai, aktiviti gotong royong, penanaman pokok serta ceramah Anti Pembakaran Terbuka dari wakil JAS Cawangan Sipitang.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada JAS Sabah atas penglibatan dan sokongan dalam menjayakan Program Rakan Lestari 2026 Kuala Penyu.



📢 HEBAHAN PROGRAMDengan hormatnya dimaklumkan bahawa Simposium Pengurusan Alam Sekitar akan diadakan seperti ketetapan b...
30/04/2026

📢 HEBAHAN PROGRAM

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Simposium Pengurusan Alam Sekitar akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 14 – 15 Julai 2026
📍 Bangi Avenue Convention Centre, Bangi

Simposium ini dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu, pengukuhan jaringan profesional serta penerokaan solusi praktikal berkaitan pengurusan alam sekitar dan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sehubungan itu, semua pihak yang berminat adalah dijemput untuk menyertai program ini. Pendaftaran kini dibuka dan tempat adalah terhad.

Sekian, terima kasih.

🌿 Kelestarian bukan pilihan, tetapi tanggungjawab bersama.
Industri hari ini berdepan cabaran yang semakin kompleks dalam pengurusan alam sekitar sama ada dari segi pematuhan perundangan hingga pelaksanaan amalan terbaik yang mampan.

Justeru, Simposium Pengurusan Alam Sekitar: “Kelestarian Alam Sekitar: Tanggungjawab Kita Bersama” hadir sebagai platform eksklusif yang menghimpunkan pihak industri, juru perunding, akademia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta strategi terkini dalam menangani isu-isu alam sekitar secara lebih efektif.

💡 Sertai kami untuk mendapatkan insight terkini, memperkukuh jaringan profesional dan meneroka solusi praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam operasi organisasi anda dan seterusnya meningkatkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

🚀 Tempat adalah terhad, daftar sekarang di pautan ( https://q.me-qr.com/6tqxyw6d ) dan jadilah sebahagian daripada perubahan.



📢 Jom Sertai Siaran Langsung Podcast!Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan Podcast Sempena ...
08/04/2026

📢 Jom Sertai Siaran Langsung Podcast!

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan Podcast Sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa (Siri 2) dengan tajuk:

♻️ “E-Waste: Ancaman Senyap di Rumah”
🗓 Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 10:00 pagi
📍 Platform: Facebook & YouTube Jabatan Alam Sekitar

Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana!

HEBAHAN SESI PODCAST BERSEMPENA SAMBUTAN HARI PENGUAT KUASA JABATAN ALAM SEKITAR 2026

Satu Podcast bertajuk "E-Waste: Ancaman Senyap di Rumah" akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
Masa: 10.00 Pagi

Tuan/ puan adalah dijemput untuk menyertai sesi podcast ini melalui siaran live media sosial Jabatan.
Sijil penyertaan akan diberikan.




🌿8 Disember 2025, Tawau, Sabah  - AKTIVITI KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH (CAWANGAN TA...
09/12/2025

🌿8 Disember 2025, Tawau, Sabah - AKTIVITI KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH (CAWANGAN TAWAU) SEMPENA LAWATAN SAMBIL BELAJAR TADIKA PASTI NURUL MAWARDAH TAWAU KE TAMAN BUKIT TAWAU, SABAH🌴


05/12/2025

Anda ada peralatan elektrik atau elektronik yang sudah tidak digunakan? Telefon lama, komputer, atau barangan elektronik lain yang rosak? Jom hantar untuk dikitar semula dan dapatkan hadiah misteri!

📍 Pekarangan Dataran Putrajaya
📅 5 – 7 Disember 2025
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam

Datang ke reruai NRES untuk menikmati pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik untuk semua.





Keputusan Pemenang Utama Aktiviti Pertandingan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Negeri Sabah 2025 anjuran Jabatan Alam Se...
20/11/2025

Keputusan Pemenang Utama Aktiviti Pertandingan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Negeri Sabah 2025 anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JAS) bersama Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar (KePKAS)

Pertandingan Melukis bertemakan Perubahan Iklim
Pertandingan Infografik Alam Sekitar bertemakan Kelestarian Alam
Pertandingan Fotografi bertemakan Keindahan Alam


HEBAHAN SESI PODCAST SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025Satu Podcast bertajuk “Aduan Tepat, Tindakan Lebih Cepat”   ak...
13/11/2025

HEBAHAN SESI PODCAST SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025

Satu Podcast bertajuk “Aduan Tepat, Tindakan Lebih Cepat” akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 20 November 2025 (Khamis)
Masa: 3.00 Petang

Tuan/ puan adalah dijemput untuk menyertai sesi podcast ini melalui siaran live media sosial Jabatan.
Sijil penyertaan akan diberikan.




Address

Presint 4
Putrajaya
62574

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+61300882727

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Alam Sekitar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share