28/02/2023
Nak buat rumah sebiji bukan murah!
-Kontraktor VS tukang-
Al kisah pak Abu nak buat rumah pencen di Lukut berkeluasan 2200 kaki persegi. Pak Abu buat lah survey sana-sini bandingkan harga.
Pak Abu ke office Kontraktor A di bangunan pencakar langit tertinggi di Negeri Sembilan. Kontraktor A bagi harga tahun 2023. Sekaki Kontraktor A cas RM225.00! A-Z dia buat dari proses plan sampai cuci rumah. Agreement, lesen CIDB semua lengkap sampai nati setem. Jumlahnya jadi RM495,000.00. Terkejut pak Abu & anak-anak dia. Pegi umrah balik hari ke apa? Terus pak Abu bangun dan balik.
Esoknya Pak Abu ke kedai mamak untuk meeting bersama Kontraktor B, seorang kontraktor di kampung Pak Abu. Kontraktor B bagi harga 5 tahun lepas. RM145.00 sekaki. Plan pak Abu cari arkitek sendiri, tak reti katanya... Total jadi RM319,000.00 + kos arkitek. Agreement ada tapi lesen CIDB tak ada. Beza harga RM176,000.00 dengan Kontraktor A. Senyum pak Abu dengan anak-anak.
Tapi…. Jiran pak Abu ada pesan, nanti telefon tukang yang buat rumah kawan dia di Puchong. Lagi murah!
LAGI MURAH?! Pak Abu termenung panjang.. kalau dapat jimat lagi, boleh la Pak Abu dan anak-anak melancong di New Zealand sementara tunggu rumah siap. 💭💭💭
Malam tu terus pak Abu telefon Tukang Sipol (bukan nama sebenar). Belum bincang lagi sipol dah beritahu pak Abu jangan lah upah Kontraktor. Untungnya terlalu besar, sendangkan kos kamu baru berapa jerr. Sipol beri harga kepada pak Abu dalam lipatan kertas.
“Tunggu saya balik baru buka ye boss!”, bilang sipol.
Terbeliak mata Pak Abu bila sipol balik. Sebab apa? harga sipol RM198,000.00 sahaja! Jauh di bawah bajet Pak Abu. RM90.00 sekaki! Tergelak Pak Abu dengan anak-anak. Boleh la baki selebihnya letak dalam pelaburan yang Mak Ani dan kawan-kawan promot! Seminggu je dah balik modal boleh buat rumah lagi sebiji!
Terus Pak Abu call Sipol. esoknya sipol datang tersipu-sipu malu nak mintak deposit RM30,000.00 sebagai pertunangan kerja.
3 hari selepas deposit, sipol dan 1 orang pekerja datang ke tanah Pak Abu dan buat ukuran. 7 hari selepas itu Pak Abu bayar lagi kepada sipol RM20,000.00 selepas siap korek lubang tapak gajah. Budak nak hantar duit balik ke kampung katanya.
Setelah sebulan sipol dan pekerja dia buat kerja, pak Abu tercuit hati nak tanya sipol. “Kau ada permit tak wak?”. Perlahan je suara sipol jawab: “kosong bos…..”
Pak Abu sebenarnya tak kisah hal berkenaan. Asalkan pak Abu dapat buat rumah & jimat.
Masa berlalu. Setelah 3 bulan sipol buat kerja, pak Abu dah bayar RM90,000.00 kepada sipol. Rumah pak Abu baru nampak lubang tingkap. Beam bumbung belum naik. Sipol nak ikat batu dulu sebelum naik beam. Lebih kuat katanya. Pak Abu dah mula risau. Baki bayaran dah hampir ke tahap 50% dari keseluruhan harga. Kerja masih di bawah 40%.
Nak dijadikan cerita, selepas naik beam bumbung, sipol minta lagi duit RM30,000.00 dari pak Abu. Merah telinga pak Abu menahan marah. Kata sipol, pekerja dah ada 5 orang, dia nak kena bayar gaji, beli materials, beli makanan, beri pinjam pekerja. Duit pak Abu beri kepadanya sebelum ini dah habis. Pak Abu beri kata dua kepada sipol, siapkan rumah sampai tile bumbung dan plaster dinding luar dalam, pak Abu akan bayar. “Atau aku cari tukang lain!” Kata pak Abu mengugut sipol. Niat pak Abu hanya untuk menakutkan sipol.
Berlalulah sipol dari rumah sewa pak Abu sambil menggaru kepala. “Macam mana aku nak sambung kerja kalau duit tak ada?”. Tiba di rumah, sipol membuat kira-kira. 40% dari duit diterima dari pak Abu, di buat untuk gaji dan perbelanjaan pekerja. 20% untuk membeli barang. 40%? 40% dari jumlah duit di bayar pak Abu telah dihantar balik ke kampung oleh sipol dah pekerja-pekerja sipol. Jumlah hampir RM40,000.00 tu!
Bergegar kepala sipol memikirkan masalah itu sepanjang minggu. Akhirnya sipol terlalu tertekan dan memilih untuk memadamkan telefon bimbit.
Pak Abu? Pak Abu hairan bila sipol dan pekerjanya dah seminggu tak datang kerja. Pak Abu ingat mereka cuti. Pak Abu cuba untuk telefon sipol, dah dua minggu tak ada jawapan, pak Abu mula risau. Rumah sipol tak tau dekat mana, salinan passport sipol pun tak pernah minta, nombor telefon pekerja sipol pun tak ada. Company? CIDB? Jauh sekali.
Pak Abu buntu. Pak Abu telefon Kontraktor A untuk meminta nasihat, bagaimanakah cara untuk selesai kan isu ini. “Maaf Pak Abu, kami tak nak masuk campur!”. Aduh
Pak Abu cuba menebalkan muka dan call sahabat kampung nya - Kontraktor B. Apa kata beliau? “tak ada cara untuk kau dapatkan balik duit kau tu!”. Sebab apa? Sipol tak ada permit, tak ada passport. Kalau report ke polis sekalipun, pak Abu juga akan kena.
Dah jatuh ditimpa tangga. 5 bulan selepas rumah pak Abu terbengkalai, pihak berkuasa tempatan p**a datang serbu tanah pak Abu! Binaan pak Abu tak ada permit. Saman atau roboh!
Pak Abu menyesal, terkilan dan tertekan. Dah terlajak perahu tak boleh undur. Kerugian pak Abu 100%. Rumah terbengkalai pak Abu disaman oleh KKM kerana menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Setelah tiga tahun, pak Abu korek simpanan beliau dah memanggil kontraktor C untuk sambung kerja. Kontraktor C memberikan harga RM450,000.00 untuk menyiapkan kerja dan merobohkan lebih separuh dari binaan yang dibuat sipol kerana dikhuatiri tidak “cukup syarat”. Alhamdulillah kontraktor C berdaftar dengan CIDB dan membuat agreement. Akhirnya setelah 5 tahun pak Abu menunggu, rumah beliau siap. Dengan jumlah keseluruhan RM540,000.00 + RM10,000.00 denda.
Sekarang kita boleh nampak harga Kontraktor A lagi murah dari jumlah kerugian ditanggung pak Abu. Kerana nak berjimat, pak Abu malah kerugian. Bukan salah untuk berjimat. Tapi kita harus berhati-hati. Dalam dunia ni kalau nak sesuatu, kita kena lepaskan sesuatu. Maksudnya, kalau nak berjimat, kita harus menurunkan kehendak. Kalau sebut harga sekaki RM220.00 melebihi bajet, bincanglah dengan kontraktor anda. Kemungkinan kontraktor boleh mengurangkan kerja-kerja lain. Contohnya dari cat lima enam color mungkin boleh jadi satu color.
Dan jangan lupa buat homework! Ambil tahu spec barang terutama barang untuk structure. Tahu perbezaan gred barang yang ada dipasaran. Elakkan ditipu di tapak bina. Harga diberi patut boleh dapat besi BS y16, yang sampai di tapak CQ y12. Naya pak Karim.
Pak Karim? Tu cerita lain p**ak. Nanti lah cerita.
~cerita di atas di olah dari kejadian sebenar~
Tak percaya terp**ang 😬
Kalau nak cari kontraktor berdaftar dengan CIDB, hubungi saya. Tak jadi tak apa, saya s**a bersembang. *gambar sekadar hiasan*
Whatsapp: +60 16-253 5591