11/10/2026
Apakah Fungsi Overload pada Inverter Solar yang MBE pasang?
Sistem baru (New Model Inverter), jika berlaku overload, inverter akan bypass load using ke TNB secara automatik (penjimatan pada bill elektrik akan terganggu)
Untuk sistem pemasangan solar MBE, kami masih lagi menggunakan sistem yang lama (error code pada inverter bila berlaku overload using) kerana sistem tersebut sangat relaven untuk menjana penjimatan bill elektrik yang maksimum, cuma disiplin pengguna perlu ada dalam menguruskan penggunaan equipment semasa
Jika ada majlis tertentu di rumah atau memerlukan penggunaan load yang lebih tinggi (bill elektrik akan melambung), pengguna boleh switch ON bypass function yang telah disediakan
MBE telah menyediakan suatu sistem yang begitu sistematik kepada pelanggan yang menggunakan service pemasangan solar daripada kami, cuma untuk mendapatkan penjimatan bill elektrik yang sangat banyak, pengguna sendiri perlu menahan diri dari perbuatan pembaziran dan perlu ada disiplin yang ketat (melainkan mereka ada budget yang sangat besar untuk pemasangan sistem solar yang kilowatt lebih besar bagi menampung keseluruhan load serentak)
Ibarat mahu dapatkan bentuk tubuh yang cantik, perlulah jaga pemakanan. Jika tidak sanggup menahan diri dari nafsu makan, tidak usahlah berbual / berfikir tentang tubuh idaman
Dr. Mohd Azrizal Aziman
Pakar Solar Malaysia