Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG

Call Directions

Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia.

KD SRI PINANG merupakan sebuah unit Pasukan Simpanan Sukarela TLDM tertua di Malaysia, berperanan melahirkan modal insan yang berjiwa patriotik daripada kalangan orang awam Malaysia untuk dilatih dengan kemahiran tentera laut supaya mempu menyumbang kepada kedaulatan negara Malaysia tidak kira ketika waktu aman mahupun waktu darurat.

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗣𝗦𝗦𝗧𝗟𝗗𝗠Majlis pemakaian pangkat dan kepakaran anggota PSSTLDM telah disem...
29/10/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗣𝗦𝗦𝗧𝗟𝗗𝗠

Majlis pemakaian pangkat dan kepakaran anggota PSSTLDM telah disempurnakan oleh Kdr So Lea Kun PSSTLDM, Pegawai Memerintah KD SRI PINANG.

Laskar Muda Nor Sapika binti Satimin menyertai perkhidmatan PSSTLDM pada 6 Mei 2025 dan telah dinaikkan ke pangkat Laskar Kelas II PNK berkuat kuasa mulai 1 Okt 26.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Laskar Kelas II PNK Nor Sapika binti Satimin atas kenaikan pangkat tersebut. Semoga beliau terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti, profesionalisme serta dedikasi demi kecemerlangan pasukan dan perkhidmatan.

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧, 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗗 𝗦𝗥𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 (𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝗛𝗜𝗡𝗚...
28/10/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧, 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗗 𝗦𝗥𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 (𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲)

Tahniah diucapkan kepada dua (2) anggota KD SRI PINANG atas kenaikan pangkat yang berkuat kuasa mulai 1 Okt 26:

🎖️ BM PAP (GI) Mohd Shahril Anuar bin Abdullah – dinaikkan pangkat ke Pemangku Bintara Kanan PAP.

🎖️ LK I BDI Mohammad Syafiq bin Shamsuddin – dinaikkan pangkat ke Laskar Kanan BDI.

Warga KD SRI PINANG turut meraikan LK II TNL Lister Septeni Yusup sempena kelahiran anak pertama. Semoga kehadiran cahaya mata ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan menyemarakkan lagi kasih sayang dalam keluarga.

Majlis turut diserikan dengan sambutan hari kelahiran anggota yang dilahirkan pada bulan Julai hingga September 2026 sebagai tanda penghargaan serta usaha mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga.

Semoga majlis ini terus mengeratkan silaturahim, menyemai semangat kekeluargaan dan memperkukuh esprit de corps dalam kalangan warga TLDM dan PSSTLDM KD SRI PINANG. ⚓️

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗛𝗔𝗦𝗡) 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2026...
27/10/2026

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗛𝗔𝗦𝗡) 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2026 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 24 Oktober 2026 (Sabtu) di Setia Fontaines, Bertam, Pulau Pinang

Program ini berteraskan matlamat memperkasa kesedaran awam terhadap kelestarian ekosistem menerusi pelbagai pengisian bermakna seperti Envirowalk, pertandingan mewarna bagi mencungkil kreativiti kanak-kanak, pertandingan street soccer dan kayak.

Sekalung tahniah diucapkan kepada KD SRI PINANG atas pengiktirafan sebagai Rakan Strategik Jabatan Alam Sekitar dalam menjayakan program kelestarian alam sekitar sepanjang 2026 yang telah disempurnakan oleh Exco Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, YB Dato' Seri Sundarajoo A/L Somu. Penghargaan telah diterima oleh Pegawai Memerintah KD SRI PINANG, Kdr So Lea Kun PSSTLDM.

Komitmen terhadap kelestarian alam dan kesejahteraan komuniti terus menjadi teras perjuangan bersama. Alam sekitar, tanggungjawab bersama.🌍🤝

Strategik

26/10/2026

𝗞𝗗 𝗦𝗥𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗜𝗣𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗟𝗔𝗨𝗧 (𝗔𝗜𝗧𝗟) 𝟮𝟬𝟮𝟲

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2026 - Keunggulan inovasi, kreativiti dan semangat kerja berpasukan membuahkan hasil apabila Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK) KD SRI PINANG berjaya mengharumkan nama unit dengan meraih dua anugerah naib johan dalam dua kategori berbeza dalam Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL) 2026.

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain semasa Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Hari Integriti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan. Tema sambutan pada tahun ini adalah 'Inovasi Dicipta, Kualiti Dijana, Integriti Diperkasa'.

Sebanyak 2 projek KIK yang dilaksanakan secara hibrid bersama Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Universiti Sains Malaysia (USM). Kump**an pertama, Face EX8 dengan projek _Fast & Easy Waterproofing_ (FEW) iaitu penambahbaikan kaedah kerja pembaikan lantai tandas bagi mencegah kerosakan lantai yang lebih serius telah memperoleh naib johan bagi kategori hibrid/ penyampaian perkhidmatan, membawa p**ang wang tunai RM3,000.00 dan sijil penghargaan.

Kump**an kedua p**a, Face EX9 dengan projek Modul Penghasilan Cendawan Tiram Kaedah Mycoboost iaitu panduan penanaman cendawan kaedah moden bagi meningkatkan pendapatan golongan B40 telah memperoleh naib johan bagi kategori hibrid/ sosial, membawa p**ang wang tunai RM3,000.00 dan sijil penghargaan

Pertandingan Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL) tahun 2026 telah diadakan bermula 5 sehingga 7 Mei 2026 di KD SRI GOMBAK, Kuala Lumpur. Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan dengan penyertaan sebanyak 40 kump**an inovasi.

Pencapaian berganda ini menyerlahkan keupayaan kump**an hibrid KIK KD SRI PINANG dan JPPF USM dalam membangunkan inovasi yang berorientasikan penyelesaian masalah sebenar, merentas agensi dan juga sebahagian daripada usaha membentuk warga kerja yang kreatif, berdaya saing, proaktif, peningkatan kompetensi dan berkeupayaan menghasilkan idea yang boleh dilaksanakan.

Kejayaan ini dapat memberikan semangat kepada warga PSSTLDM KD SRI PINANG untuk terus menyumbang kepada unit terutama dalam bidang inovasi dan kualiti kerja untuk kebaikan dan pembangunan di masa hadapan.

Pasukan KIK KD SRI PINANG dalam peringkat persediaan bagi mewakili TLDM ke Anugerah Inovasi Angkatan Tentera Malaysia (AIATM) dan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) yang dijadualkan pada tahun 2027.

𝗞𝗗 𝗦𝗥𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗜𝗣𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗟𝗔𝗨𝗧 (𝗔𝗜𝗧𝗟) 𝟮𝟬𝟮𝟲Kuala Lumpur, 23 Oktober 2026 - ...
25/10/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗨𝗭𝗜𝗨𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 Warga PSSTLDM KD SRI PINANG telah mengadakan lawatan ke Muzium Negeri Pulau Pinang...
24/10/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗨𝗭𝗜𝗨𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

Warga PSSTLDM KD SRI PINANG telah mengadakan lawatan ke Muzium Negeri Pulau Pinang pada 17 Okt 26 yang terletak di Lebuh Farquhar, Georgetown, Pulau Pinang.

Muzium Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 1965 dan menjadi institusi penting dalam pemeliharaan sejarah, budaya dan warisan Negeri Pulau Pinang. Bangunan muzium ini telah diiktiraf sebagai tapak warisan negeri mengikut Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang dan Bangunan Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Muzium ini telah ditutup pada April 2017 bagi memberi laluan kepada kerja pemulihan dan naik taraf yang dilakukan secara menyeluruh dan telah dibuka semula pada bulan Julai 2026.

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚Tiga buah kapal perang dari Armada Pasifik Tentera Laut Rusia iai...
17/10/2026

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

Tiga buah kapal perang dari Armada Pasifik Tentera Laut Rusia iaitu RFS Marshal Shaposhnikov, RFS Admiral Tributs dan RFS Pechenga telah berlabuh di North Butterworth Container Terminal (NBCT), Pulau Pinang pada 11 Okt 26.

Tujuan lawatan kapal-kapal tersebut adalah sebahagian daripada siri pelayaran Armada Pasifik Rusia di rantau Asia-Pasifik bagi tujuan diplomasi pertahanan serta mengukuhkan hubungan maritim antarabangsa.

Turut hadir adalah Laksamana Pertama Ahmad Sapuan Fathi bin Hj Muhammad, Timbalan Panglima Armada Barat, Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Resident Nava Officer (RNO) Pulau Pinang dan KD SRI PINANG.

𝙄𝙉𝙏𝙀𝙂𝙍𝘼𝙏𝙀𝘿 𝙏𝙀𝘼𝙈 𝙏𝙍𝘼𝙄𝙉𝙄𝙉𝙂 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲Kursus 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘨𝘳𝘢𝘵𝘦𝘥 𝘛𝘦𝘢𝘮 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 Siri 2 Tahun 2026 (ITT 2/26) telah berjaya dil...
15/10/2026

𝙄𝙉𝙏𝙀𝙂𝙍𝘼𝙏𝙀𝘿 𝙏𝙀𝘼𝙈 𝙏𝙍𝘼𝙄𝙉𝙄𝙉𝙂 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Kursus 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘨𝘳𝘢𝘵𝘦𝘥 𝘛𝘦𝘢𝘮 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 Siri 2 Tahun 2026 (ITT 2/26) telah berjaya dilaksanakan pada 10 Okt 26 bertempat di Markas Pasukan Simpanan (MPS) TLDM dengan penglibatan Unit Bawah Naungan.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan 𝘑𝘰𝘪𝘯𝘵 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘗𝘭𝘢𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨 (JOP), 𝘑𝘰𝘪𝘯𝘵 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘵𝘢𝘳𝘺 𝘈𝘱𝘱𝘳𝘦𝘤𝘪𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘗𝘳𝘰𝘤𝘦𝘴𝘴 (JMAP) dan 𝘑𝘰𝘪𝘯𝘵 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘭𝘭𝘪𝘨𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘗𝘳𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘌𝘯𝘷𝘪𝘳𝘰𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 (JIPOE) selaras dengan amalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pada sesi akhir kursus, peserta telah membentangkan hasil kerja melalui perbincangan kump**an untuk mengaplikasikan JOP, JMAP dan JIPOE berdasarkan senario yang telah diberikan.

Kursus ini telah dapat meningkatkan kefahaman berkaitan perancangan dan persiapan yang patut dilaksanakan sekiranya berlaku suatu insiden sama ada dalam keadaan aman ataupun krisis berdasarkan panduan yang telah ditetapkan dan juga kerjasama dengan rakan strategik iaitu Angkatan Tentera Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗣𝗦𝗦𝗧𝗟𝗗𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗕𝗟𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗞𝗘-𝟱𝟬 𝗞𝗗 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗡𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲Perbarisan sempena Sambutan...
11/10/2026

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗣𝗦𝗦𝗧𝗟𝗗𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗕𝗟𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗞𝗘-𝟱𝟬 𝗞𝗗 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗡𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲

Perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) PSSTLDM dan Jubli Emas Ke-50 KD SRI MEDINI telah diadakan pada 10 Okt 26 bertempat di Pangkalan TLDM Johor Bahru. Program ini melibatkan semua warga TLDM dan PSSTLDM dari Markas Pasukan Simpanan (MPS) TLDM dan Unit Bawah Naungan (UBN).

Penyampaian hadiah bagi kategori Unit Bawah Naungan Terbaik, Pegawai PSSTLDM Terbaik, Bintara PSSTLDM Terbaik dan Laskar PSSTLDM Terbaik bagi peringkat Markas Pasukan Simpanan TLDM Tahun 2026 turut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Pertama Mohd Hasnan bin Mohd Hanafiah, Panglima Pasukan Simpanan TLDM.

Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:

Unit Bawah Naungan Terbaik : KD SRI LIKAS.

Pegawai Terbaik : Lt Kdr Ts. Muhamad Shafiq bin Saari PSSTLDM (KD SRI PINANG).

Bintara Terbaik: PW I PNK Juliyati binti Miktar (PSTL Sandakan).

Laskar Terbaik: LK KOM Noorinah binti Santrih (PSTL Labuan).

Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan lagi motivasi warga PSSTLDM untuk terus menyumbang dan kekal aktif di unit masing-masing.

Address

Jalan Akuarium
Penang
11700

Telephone

6046599209

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan PSS TLDM KD SRI PINANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby contractors