08/05/2025
07hb May 2025
Penerimaan Notis Pengusiran
Akhirnya ..kami penduduk Kampung Jimpangah St John terpaksa akur dengan keputusan Mahkamah. Kami diberi tempoh 2 minggu untuk mengosongkan tanah ini.
Namun, kami masih berharap ..kami meraih jasa baik dan simpati dari pihak Kerajaan agar dapat membantu kami.
Seperti sedia maklum, kami tinggal di sini adalah berdasarkan permohonan kami sejak tahun 1992. Surat maklum balas sehingga peringkat dalam proses pewartaan. Dan rujukan semula dibuat sehingga tahun 2005 namun tiada maklum balas. Apabila pelbagai kemudahan daripada kerajaan dibina di tanah ini,seperti dewan ,tangki air graviti ,jalan raya tiang elektrik dan macam2 lagi..kami pun beranggapan tanah ini sudah pun diiktiraf menjadi tanah perkampungan.
Namun apa yg berlaku,adalah sebalik nya. Tiba2 ada yg membeli tanah ini. Dan mendakwa kami menceroboh dan membina tanpa izin beliau. Kami di saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu .
Sehingga keputusan Mahkamah keluar ,berpihak kepada pemilik sekarang, atas alasan permohonan kami ditolak selepas LUC pada tahun 2023.
Kami bukan orang senang, rata-rata kami berstatus B40 dan ada yg eKasih. Mana kami mampu untuk terus upah peguam lagi ke Mahkamah Rayuan.
Oleh itu, kami mohon agar pihak Yang Amat
Berhormat Ketua Menteri atau YDP Tun dapat menolong kami.
Kami sayang kampung kami. Ada sebahagian orang kampung ..adalah bekas pekerja ladang getah sejak zaman British lagi. Kami di sini bukan PTI..Kami orang asli Sabah. Orang KDMR.
Kami mohon sangat2 , pihak Kerajaan dapat membantu kami.
Terima kasih semua yg mendoakan kami.
Terima kasih Consumers Front of Sabah -cfos wakil NGO yang banyak membantu kami.
(stjohn)