Sinar Eja Engineering & Supply Sdn Bhd

  • Home
  • Sinar Eja Engineering & Supply Sdn Bhd

Sinar Eja Engineering & Supply Sdn Bhd Sinar Eja menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk memudahkan hidup anda seperti berikut:

1. Ubai Suai Rumah
2. Pendawaiwan Elektrik
3. Perpaipan
4. Terima Kasih

Membekal barang-barang binaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami dari FB Messenger.

27/02/2022

Jika anda perlu perkhidmatan seperti di bawah, boleh hubungi Sinar Eja!
-Ubahsuai keseluruhan rumah
-Kerja pembinaan rumah & tambah tingkat rumah
-Pelukis pelan, landskap
-Kelulusan Majlis Perbandaran
-Ubahsuai ruang tamu/dapur/bilik tidur
-Civil Engineering
-Tambah tingkat rumah
-Kerja pendawaian & perpaipan
-Pembinaan bumbung & plaster siling
-Plumbing $ sewerage
-Pagar dan pintu besi (kerja besi)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami dari link di bawah! 👇
👉 https://mywa.link/sinareja 👈
atau email dekat [email protected]

26/02/2022

Harga yang kami berikan kepada pelanggan telah merangkumi segala material termasuk kemasan seperti cat , tile, alatan tandas dan sinki.

Sekiranya pelanggan ingin membekalkan barangan tersebut, pihak kami akan memberikan rebat kepada pelanggan dengan menolaknya dari keseluruhan harga kerja. Pihak kami akan memaklumkan bajet yang kami beri bagi setiap alatan tersebut kepada pelanggan.

Hanya bagi kerja tile pihak kami tidak benarkan ia dibeli terus oleh pelanggan. ini kerana sekiranya berlaku kekurangan tile tersebut atau lebihan belian, pihak pelanggan terpaksa menanggung kerugian kerana perlu membeli lebih tile atau pembaziran kerana telah terlebih beli.

Bagi tile, pihak kami telah menyediakan bajet yang telah ditetapkan, pihak pelanggan boleh mencari tile tersebut di ledai-kedai tile mengikut pilihan sendiri atau pergi ke kedai tile pembekal kami diiringi oleh kami untuk mendapatkan kadar harga diskaun tile tersebut. Pihak pelanggan hanya perlu menulis no siri tile tersebut sahaja dan harganya, pihak kami akan ke kedai tersebut dan membuat pembelian. Dengan cara ini, pihak pelanggan tidak perlu menanggung kerugian terlebih beli atau terkurang beli tile tersebut dan pihak kami yang akan menguruskan hal pembelian.

Sekiranya tile dibeli melebihi bajet yang telah ditetapkan, pelanggan hanya perlu menambah kos harga tile tersebut sahaja. Pihak kami akan memaklumkan keseluruhan harga bajet tile yang diberi kepada pelanggan sebelum pembelian tile di buat bagi mengelakkan pelanggan curiga nilai bajet yang kami beri.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami dari link di bawah! 👇
👉 https://mywa.link/sinareja 👈
atau email dekat [email protected]

25/02/2022

Jangan membuat keputusan ketika sedang marah, jangan membuat janji sewaktu sedang gembira. ~Saidina Ali Bin Abi Talib

23/02/2022

Bagaiman bayaran perlu dibuat dan bila masa perlu dibayar?

Pihak kami menerima bayaran dalam online transfer, bank in dan juga wang tunai. Pihak syarikat akan mengeluarkan invois bayaran kepada pelanggan bagi membuat bayaran, dan resit rasmi akan dikeluarkan oleh pihak syarikat. Tempoh bayaran perlu dibuat dalam masa 7 hari selepas invois bayaran dikeluarkan (ada terkandung didalam kontrak).

Segala bentuk bayaran, pertambahan kerja (addendum) dan juga sebarang pemberitahuan akan pihak kami maklumkan kepada pelanggan dalam bentuk surat menyurat supaya pihak pelanggan tidak perlu rasa khuatir dan risau sekiranya terdapat sebarang bayaran tersembunyi dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami dari link di bawah! 👇
👉 https://mywa.link/sinareja 👈
atau email dekat [email protected]

20/02/2022

Waranti syarikat kami terbahagi kepada dua, iaitu waranti kemasan dan waranti struktur.

Waranti kemasan adalah waranti bagi kerja baik pulih kemasan rumah. Sekiranya berlaku kebocoran paip, atap bocor, plug tidak berfungsi, warna cat pudar, tile tertanggal, keretakan plaster dan lain-lain melibatkan kemasan, pihak akan datang memperbaiki kerosakkan tersebut secara percuma. Kebiasaannya, waranti akan diberi selama setahun bagi rumah yang dibina, dan enam bulan bagi renovasi.

Waranti struktur p**a melibatkan struktur rumah. sekiranya berlaku keretakan pada struktur, kegagalan struktur rumah, pihak kami akan bertanggungjawab dan baik pulih akan dilakukan. Bagi rumah yang kami bina, kebiasannya waranti struktur diberi selama satu tahun dan kerja renovasi selama enam bulan.

Waranti hanya meliputi kerja yang dilakukan oleh kami sahaja dan sub kontraktor dibawah kami. Waranti kami tidak meliputi bencana alam seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh. Waranti juga tidak meliputi akibat kecuaian pihak ketiga yang merosakkan kerja yang telah kami lakukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami dari link di bawah! 👇
👉 https://mywa.link/sinareja 👈
atau email dekat [email protected]

19/02/2022

Apakaah itu pelan lakaran, pelan arkitek dan pelan struktur?

Pelan Lakaran
Pelan lakaran atau schematic drawing adalah pelan konsep yang akan dikeluarkan oleh pelukis pelan untuk di tunjuk kepada pelanggan. Lukisan tersebut dalam bentuk pandangan atas dan dalam bentuk 3 dimensi bergantung kepada permintaan pelanggan. Pihak kami akan membawa pelan lakaran tersebut untuk dibincang bersama pelanggan sekiranya terdapat sebarang perubahan yang ingin dilakukan.

Pelan Arkitek
Pelan arkitek atau architectural drawing adalah pelan yang akan dikeluarkan oleh pelukis pelan setelah pelan lakaran yang dibincang bersama pelanggan telah dipersetujui. Pelan tersebut akan disahkan oleh seorang arkitek profesional (mengikut keperluan). Sekiranya terdapat lagi perubahan yang ingin dilakukan setelah pelan arkitek dikeluarkan, kos untuk membuat perubahan di dalam pelan tersebut adalah tinggi, oleh itu pelanggan dinasihatkan supaya berbincang dan meneliti pelan lakaran terlebih dahulu bersama kami sebelum pelan arkitek dikeluarkan.

Pelan Struktur
Pelan struktur akan dikeluarkan setelah pelan arkitek siap. Pelan struktur adalah pelan yang diperlukan oleh kontraktor (pihak kami) untuk membuat struktur rumah. Pelan struktur tersebut akan disahkan oleh seorang jurutera professional.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami dari link di bawah! 👇
👉 https://mywa.link/sinareja 👈
atau email dekat [email protected]

18/02/2022

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang namak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~Cecil B. DeMille

13/02/2022

Salah satu perkhidmatan yang pihak kami berikan kepada bakal pelanggan Sinar Eja adalah perkhidmatan pengubahsuaian rumah di sekitar Melaka. Perkhidmatan pengubahsuaian yang dilakukan termasuk menambah bangunan, meroboh dan bina semula ataupun ubahsuai ruang sedia ada.

Pengubahsuaian yang dijalankan adalah mengikut rekabentuk dikehendaki pelanggan. Pihak kami akan menasihati spesifikasi sumber yang sesuai digunakan dalam sesuatu projek ubahsuai agar mengikut standard semasa demi jaminan keselesaan dan keselamatan. Pihak kami akan menguruskan juga segala urusan mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa tempatan bagi sesuatu projek ubahsuai demi memastikan projek dijalankan mematuhi undang-undang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami dari link di bawah! 👇
👉 https://mywa.link/sinareja 👈
atau email dekat [email protected]

12/02/2022

Apa kelebihan sekiranya rumah anda memiliki CCC?
Sekiranya rumah anda memiliki CCC, anda boleh insurankan rumah tersebut dan rumah tersebut juga boleh dijual dengan harga pasaran.
Sekiranya rumah tersebut tidak memiliki CCC, bank hanya akan menilai sebagai tapak tanah yang mempunyai rumah yang mana nilaian rumah tersebut kebiasaannya adalah rendah kerana nilai yang diambil kira adalah nilai harga tanah bukannya nilai rumah itu sendiri.

11/02/2022

Ikhlas menerima kesalahan dan belajar dari setiap kesalahan, kerana itu yang akan menjadikanmu kuat dalam menjalani kehidupan.

09/02/2022

Adakah Sinar Eja akan mengeluarkan kontrak bagi dipersetujui bersama?

Pihak kami akan mengeluarkan satu kontrak kerja yang akan ditandatangani oleh pihak pelanggan, seorang saksi, wakil syarikat. Kontrak tersebut juga akan di matikan setem supaya kontrak tersebut adalah sah di sisi undang-undang (legally bind). Butiran kontrak adalah telus dan mudah difahami serta melindungi kedua-dua belah pihak. Kos mengeluarkan kontrak akan ditanggung oleh kami, manakala wang duti setem ditanggung oleh pelanggan (kecuali pihak pelanggan menginginkan lantikkan peguam, yuran guaman perlu ditanggung oleh pelanggan).

Satu salinan kontrak akan diserahkan kepada pelanggan sebagai rujukan. Untuk melihat contoh kontrak, sila klik link berikut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami dari link di bawah! 👇
👉 https://mywa.link/sinareja 👈
atau email dekat [email protected]

FB:

07/02/2022

Bahasa mudahnya, Sinar Eja akan uruskan A-Z. Bermula dari penyediaan pelan rumah, submissson PBT, pembinaan rumah sehinggalah sijil CCC, semua urusan ini akan diuruskan oleh pihak kami. ALL IN ONE!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami dari link di bawah! 👇
👉 https://mywa.link/sinareja 👈
atau email dekat [email protected]

FB:

Address

No. 1-16, Blok Anggerik 2, Jalan Berkat 15, Taman Malim Jaya

75250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sinar Eja Engineering & Supply Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sinar Eja Engineering & Supply Sdn Bhd:

  • Want your business to be the top-listed Contractor?

Share