12/08/2026
FAIZ ELEKTRIK TRADING
Minimum charge kami untuk datang ke rumah pelanggan adalah RM150 hingga ke atas
Ada yang okay, ada juga yang rasa mahal.
Well...
Biar saya ceritakan sedikit apa sebenarnya yang ada di sebalik RM150 tu.
Bila pelanggan call, kami bukan teleport terus muncul depan rumah. 😅
Kami kena susun jadual, gerakkan kenderaan, isi minyak, bawa pekerja, bawa tools dan luangkan masa untuk ke lokasi.
Kadang-kadang perjalanan pergi balik sahaja dah makan masa sejam atau 1jam.
Sampai rumah pelanggan p**a, kami bukan terus pegang Test pen dan multimeter.
Kami kena tengok simptom, cari punca, periksa pendawaian dan tentukan apa sebenarnya yang bermasalah.
Ada kes yang nampak simple.
“Ketatkan benda ni je bang.”
Memang mungkin kerja fizikalnya cuma 10 minit. Tapi tidak fikir risiko apa yang wiringman lalui.
Tapi untuk tahu benda mana yang perlu diketatkan, kenapa ia berlaku dan macam mana nak baiki tanpa timbulkan masalah lain...
itu datang daripada ilmu dan pengalaman.
Sebab dalam kerja pendawaian elektrik, pelanggan sebenarnya bukan bayar semata-mata untuk berapa lama tangan kami bekerja.
Pelanggan bayar untuk penyelesaian.
RM150 dan ke atas tu juga bukan masuk poket bulat-bulat.
Ada petrol, gaji pekerja, KWSP, SOCSO, maintenance kenderaan, tools, kos pengurusan dan macam-macam kos operasi lain.
Semua benda tu tetap berjalan walaupun masalah pelanggan berjaya diselesaikan dalam masa beberapa minit.
Sebab itulah kami tetapkan minimum charge RM150 hingga ke atas.
Kami faham, mahal dan murah ni relatif.
RM150 mungkin nampak mahal untuk kerja 10 minit.
Tapi kalau 10 minit tu berjaya selesaikan masalah yang tuan dah pening selama berbulan2 kena tipu...
mungkin nilainya bukan lagi pada berapa lama kami pegang Test pen dan baranggan elektrik.
Nilainya pada masalah yang berjaya diselesaikan.
Kadang-kadang sesuatu kerja nampak mudah sebab orang yang datang tu memang tahu apa yang dia sedang buat.
Sebab itu juga sebelum kami datang, kami akan maklumkan minimum charge terlebih dahulu.
Kalau sesuai, kita teruskan.
Kalau tak sesuai, tak mengapa.
Pelanggan ada hak untuk memilih pendawaian elektrik yang sesuai dengan bajet masing-masing.
Kami p**a ada tanggungjawab untuk meletakkan harga yang membolehkan syarikat terus berjalan, pekerja dijaga dan kualiti kerja dikekalkan.
Kami tak cuba jadi wiring elektrik paling murah.
Kami cuma cuba bina servis elektrik yang apabila pelanggan telefon, ada team yang boleh datang, ada peralatan yang sesuai, ada orang yang tahu apa yang perlu dibuat...
dan selepas kerja siap, masih ada orang yang boleh dicari.
Itulah sedikit hakikat di sebalik RM150 hingga ke atas kerja2 pendawaian elektrik dan risiko yang dia lalui.
Bukan sekadar berapa minit Test pen dan skru river berpusing. Tapi berapa ramai cust kami kena tipu dengan harga murah.
Tapi nilai sebuah penyelesaian.
Cover seluruh Melaka Tangkak dan Muar Johor.
Nak wiring WhatsApp
Wassap.my/0149368405/nakwiring