KH Road Maintenance Sdn Bhd

Directions

KH Road Maintenance Sdn Bhd Syarikat Pembinaan & Penyelenggaraan Jalan

sekalung tahniah kepada YH. Dato’ Mohd Farid bin Mohd Nor atas penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bersempena...
01/10/2026

sekalung tahniah kepada YH. Dato’ Mohd Farid bin Mohd Nor atas penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

semoga penganugerahan ini menjadi satu penghormatan dan amanah untuk terus berbakti serta memberikan khidmat terbaik kepada negeri dan masyarakat.


selamat ulang tahun kelahiran diucapkan kepada YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang....
01/10/2026

selamat ulang tahun kelahiran diucapkan kepada YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus diberi kekuatan dan keberkatan dalam menjalankan amanah.


29/09/2026

Tiga stesen pemantauan kualiti udara di Pahang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat, iaitu di Rompin (154), Indera Mahkota (135) dan Balok Baru (121) setakat jam 10 pagi.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan kualiti udara semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga khususnya ketika menjalankan aktiviti di luar bangunan.


salam takziah buat keluarga Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali. semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan d...
28/09/2026

salam takziah buat keluarga Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali. semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

ikhlas daripada,
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah & Kakitangan KH Road Maintenance Sdn Bhd

merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrah...
17/09/2026

merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DK., SAAS., SSAP., SIMP.

sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan yang ke-31 pada 17 September 2026, bersamaan 05 Rabiulakhir 1448 Hijrah.

semoga Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan serta terus menaungi rakyat dan negeri Pahang Darul Makmur.

DIRGAHAYU TUANKU.


Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026🇲🇾semoga semangat perpaduan terus menjadi kekuatan kita dalam membina Malaysia yang ...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026🇲🇾

semoga semangat perpaduan terus menjadi kekuatan kita dalam membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

Salam Hari Malaysia daripada,
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah & Kakitangan
KH Road Maintenance Sdn Bhd


15/09/2026

KUANTAN, 15 SEPTEMBER 2026 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan supaya Mufti Negeri Pahang serta masjid-masjid di seluruh negeri melaksanakan solat hajat dan solat sunat Istisqa’ bagi ...

jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti di luar jika tidak diperlukan. semoga semua dalam keadaan baik sentiasa.
15/09/2026

jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti di luar jika tidak diperlukan. semoga semua dalam keadaan baik sentiasa.


Indeks Pencemaran Udara (IPU) Pahang | 15 Sept 2026 | 6.00 Petang

▪️Pemantauan setakat jam 6.00 petang hari ini mendapati lima stesen pemantauan kualiti udara di Negeri Pahang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori TIDAK SIHAT.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan aktiviti yang boleh menjejaskan keadaan udara. Sekiranya mengesan sebarang kegiatan pembakaran terbuka, laporkan segera kepada pihak berwajib supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Layari laman web rasmi JAS EQMS untuk Kualiti Udara terkini : https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 69 TAHUN🇲🇾marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menghargai ke...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 69 TAHUN🇲🇾

marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menghargai keamanan serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam membina sebuah negara yang terus maju, aman dan sejahtera.

semoga semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air terus mekar dalam diri setiap rakyat Malaysia, serta menjadi inspirasi untuk kita bersama-sama memberikan yang terbaik demi negara tercinta.

salam kemerdekaan daripada,
pengerusi, ahli lembaga pengarah & kakitangan
KH Road Maintenance Sdn Bhd.

salam takziah buat keluarga Almarhumah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Dato’ Sri Setia Hajjah Aishah bi...
27/08/2026

salam takziah buat keluarga Almarhumah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Dato’ Sri Setia Hajjah Aishah binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah. 🤲🏻

ikhlas daripada,
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah & Kakitangan
KH Road Maintenance Sdn Bhd.

Address

A15-G, A15-1 & A17-1, Jalan IM 7/18
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KH Road Maintenance Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share