13/08/2026
AKAN DATANGโฆ AISSE'27 KEMBALI LEBIH BESAR!
Susulan kejayaan penganjuran Asia International Security Summit & Expo AISSE'25, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Asia International Security Summit & Expo bakal meneruskan momentum tersebut menerusi AISSE'27 pada 26 hingga 28 Januari 2027 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Dengan skala yang lebih besar dan penyertaan yang lebih meluas, AISSE'27 bakal menjadi platform strategik menghimpunkan pemimpin, pembuat dasar, pengamal keselamatan, pemain industri serta rakan strategik dari dalam dan luar negara untuk berkongsi kepakaran, teknologi, inovasi dan penyelesaian keselamatan masa hadapan.
Antara fokus utama AISSE'27 ialah memperkukuh Malaysia sebagai Security Hub, memperluas peranan sebagai platform keselamatan serantau, serta memperhebat kerjasama sektor awam dan swasta dalam mendepani landskap ancaman keselamatan yang semakin kompleks dan merentas sempadan.
๐
26โ28 Januari 2027
๐ MITEC, Kuala Lumpur
Nantikan AISSE'27 kembali lebih besar, lebih strategik dan lebih berimpak.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) | AISSE'27