Terminex Pest Control Malaysia

Terminex Pest Control Malaysia 199401026401 (SSM REGISTRATION)

08/10/2026

LIPAS PUN ADA RAHSIA?

Ingat dah kenal lipas?
Sebenarnya ada beberapa fakta tentang lipas yang ramai orang TAK TAHU!

Yang last tu memang ramai tersilap faham.

Jangan scroll dulu, tengok sampai habis!


08/10/2026

Nampak elok tak semestinya bebas anai-anai! Jangan tunggu sampai kerosakan nampak.


Rumah nampak elok pun mungkin ada tanda tersembunyi. Jom kenali 5 tanda awal kehadiran anai-anai sebelum kerosakan jadi ...
06/10/2026

Rumah nampak elok pun mungkin ada tanda tersembunyi.

Jom kenali 5 tanda awal kehadiran anai-anai sebelum kerosakan jadi lebih serius.

Check rumah anda, ada tak salah satu tanda ini?


Rumah nampak elok pun mungkin ada tanda tersembunyi. Jom kenali 5 tanda awal kehadiran anai-anai sebelum kerosakan jadi ...
06/10/2026

Rumah nampak elok pun mungkin ada tanda tersembunyi.

Jom kenali 5 tanda awal kehadiran anai-anai sebelum kerosakan jadi lebih serius.

Check rumah anda, ada tak salah satu tanda ini?


05/10/2026

ANAI-ANAI vs SEMUT

Nampak macam sama, tapi sebenarnya sangat berbeza! Kenali perbezaannya sebelum terlambat.

Kenal pasti dulu, baru ambil tindakan!

01/10/2026

Tak nampak, tak semestinya tiada!

Anai-anai mungkin sedang menyerang secara senyap.


29/09/2026

Rabies bukan sekadar gigitan.
Kenali risiko, elakkan kontak dengan haiwan berisiko dan pastikan persekitaran sentiasa terkawal.

Cegah risiko sebelum terlambat.

29/09/2026

Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 31 tahun berada di sekitar Pasar Tani Kekal Changlun, Kedah.

Menurut laporan media berdasarkan keterangan peniaga di kawasan tersebut, isterinya berniaga sayur di situ dan beliau singgah untuk menghantar barang sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Ketika itu terdapat seekor anjing terbiar berhampiran kawasan tersebut.

Mangsa dikatakan membeli roti untuk diberikan kepada anjing berkenaan.

Namun ketika menghampirinya, anjing tersebut menggigit tangannya sehingga berdarah.

Selepas kejadian, mangsa mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

Apa yang disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ialah beliau mempunyai sejarah digigit anjing terbiar pada Ogos 2026 dan telah mendapatkan rawatan selepas kejadian itu, namun TIDAK menerima profilaksis pascapendedahan rabies atau Post-Exposure Prophylaxis (PEP).

Beberapa minggu kemudian, pada 18 September, beliau mula mengalami kelesuan, kelemahan dan kebas pada anggota atas kanan.

Menjelang 22 September, muncul kesukaran menelan, hydrophobia, aerophobia, keresahan serta perubahan tingkah laku.

Beliau mendapatkan rawatan semula pada 23 September sebelum dirujuk dan dimasukkan ke ICU.

Sampel klinikal diambil pada 24 September dan pada 26 September, ujjian makmal mengesahkan jangkitan rabies.

Pada 27 September 2026, beliau meninggal dunia.

Ini merupakan kes rabies manusia pertama yang dilaporkan di Kedah sejak tahun 1998.

Sehingga Ogos 2026, sebanyak 502 kejadian gigitan dan cakaran haiwan telah dilaporkan di Kedah.

Daripada jumlah tersebut, 65.3% melibatkan anjing, 23.1% kucing dan 11.6% haiwan lain.

Satu lagi fakta yang penting: 56.2% daripada kejadian tersebut melibatkan haiwan peliharaan, manakala 43.8% melibatkan haiwan terbiar. Angka ini ialah laporan gigitan dan cakaran bukan bermaksud kesemua haiwan tersebut mempunyai rabies.

Ini penting kerana risiko rabies tidak boleh dinilai hanya dengan melihat sama ada haiwan itu “anjing liar” atau “anjing bela”.

KUBANG PASU SEBENARNYA BERADA DALAM “IMMUNE BELT”

Ada satu konteks kesihatan awam yang mungkin ramai tidak tahu.

Sejak 1955, Malaysia mempunyai kawasan kawalan rabies yang dikenali sebagai “immune belt” zon kira-kira 50 hingga 80 kilometer dari sempadan Thailand yang diberi perhatian khusus bagi pencegahan rabies.

Di Kedah, kawasan immune belt merangkumi Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, S*k, Baling, Kota Setar, Pendang dan Langkawi.

Dalam kawasan ini, kawalan veterinar termasuk pemvaksinan rabies terhadap anjing bertuan, pelesenan serta langkah kawalan lain terhadap populasi anjing.

Maknanya, kejadian di Kubang Pasu ini bukan berlaku di kawasan yang tidak pernah mempunyai perhatian terhadap risiko rabies.

Sebaliknya, Kubang Pasu memang merupakan antara kawasan yang secara sejarah diberi perhatian khusus kerana kedudukannya berhampiran sempadan antarabangsa.

“Immune belt” bagaimanapun bukan bermaksud kawasan itu kebal daripada rabies.

Ia adalah lapisan perlindungan dengan matlamat mengurangkan populasi haiwan yang mudah dijangkiti dan mengurangkan risiko virus menular melalui populasi anjing.

APA YANG SEDANG DILAKUKAN?

Susulan kes ini, JKN Kedah bersama PKD Kubang Pasu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah dan agensi berkaitan telah memperkukuh pengesanan kes, survelan gigitan haiwan, pendidikan kesihatan, penilaian risiko serta kawalan haiwan terbiar di kawasan terlibat.

Siasatan epidemiologi juga sedang dilakukan untuk mengenal pasti sumber jangkitan dan laluan pendedahan dengan lebih tepat.

JPV Kedah turut memaklumkan bahawa kawalan populasi anjing liar sedang dijalankan bersama PBT dalam radius sekitar 10 kilometer di kawasan terjejas.


APA YANG ORANG RAMAI PERLU BUAT?

Kalau digigit atau dicakar anjing, kucing atau mamalia lain yang berisiko, jangan tunggu untuk melihat sama ada haiwan itu “nampak gila” atau tidak.

Cuci luka segera menggunakan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit.

Kemudian dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan dengan segera untuk penilaian risiko rabies dan keperluan PEP.

Untuk pendedahan tertentu, PEP boleh melibatkan vaksin rabies dan rabies immunoglobulin/monoclonal antibody bergantung kepada kategori pendedahan.

Jangan anggap antibiotik atau suntikan tetanus sebagai pengganti vaksin rabies. Ia adalah rawatan yang berbeza.

Dan jika ternampak haiwan yang sakit atau menunjukkan tingkah laku luar biasa, jangan cuba menangkap, memukul atau membunuhnya sendiri.

Laporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau PBT untuk tindakan selamat.

Kes Kedah ini masih dalam siasatan.

Kita belum mempunyai semua jawapan.

Tetapi satu pengajaran sudah cukup jelas:

Dalam rabies, masa selepas gigitan adalah sangat penting.

Jangan tunggu luka menjadi teruk.
Jangan tunggu haiwan mati.
Dan jangan tunggu simptom rabies muncul.

Kerana PEP diberikan untuk mencegah penyakit sebelum virus sampai ke sistem saraf pusat. Apabila gejala klinikal rabies sudah muncul, penyakit ini hampir sentiasa membawa maut.

Rujukan:
[1] Utusan Malaysia, 28 Sept 2026
[2] JKN Kedah, Kenyataan Media Kes Rabies, 27 Sept 2026
[3] Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia – Rabies & Immune Belt
[4] World Health Organization – Rabies & Post-Exposure Prophylaxis

26/09/2026

Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) atas penganjuran Hari Cuci Malaysia & Hari Sungai Sedunia 2026.

Terminex berbesar hati dapat bersama-sama menjayakan program ini demi persekitaran yang lebih bersih, sihat dan lestari.

Bukan sekadar membasmi perosak, tapi menjaga ruang supaya lebih selesa & selamat.Bila perosak datang, kita jangan bagi p...
26/09/2026

Bukan sekadar membasmi perosak, tapi menjaga ruang supaya lebih selesa & selamat.

Bila perosak datang, kita jangan bagi peluang.Serahkan pada yang pakar.

Address

Wisma Terminex, No. 12A Jalan Selasih Indah, Taman Selasih Fasa 1
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terminex Pest Control Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terminex Pest Control Malaysia:

Shortcuts

Share