09/07/2026
Memperkukuh Kompetensi Tenaga Kerja Industri Pembinaan Malaysia π²πΎ
Alhamdulillah, hari ini, Pengiran Adreen bin Pg. Abu Bakar, selaku Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Anak Sabah (PKBAS), bersama Saudara Tadzul Bin Radim, selaku Pengerusi Unit Kompetensi PKBAS, telah mengadakan sesi perbincangan bersama YBhg. Datuk Abdul Rafik Abdul Rajis, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB).
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik antara PKBAS, CIDB Malaysia dan CLAB dalam memperkukuhkan pembangunan kompetensi tenaga kerja industri pembinaan, khususnya di Negeri Sabah.
PKBAS komited untuk membantu memastikan setiap pekerja yang berada di tapak pembinaan adalah pekerja yang telah menjalani latihan, diiktiraf kompetensinya dan memenuhi keperluan akreditasi CIDB, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan, produktiviti serta kualiti industri pembinaan negara.
Insya-Allah, kerjasama ini akan menjadi langkah penting dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja pembinaan yang berkemahiran, profesional dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta pembangunan industri pembinaan yang mampan.
βIndustri yang hebat bermula dengan tenaga kerja yang kompeten.β