Moyog Innovation House

Moyog Innovation House At MIH, we empower rural communities by turning local produce into products and repurposing waste.

Guided by SDG 17: Partnerships for the Goals, we believe success comes from collaboration, creating lasting impact for a sustainable future. πŸ’š

πŸ‡²πŸ‡Ύ KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2026 SINGGAH DI MOYOG INNOVATION HOUSE! πŸ‡²πŸ‡ΎMoyog Innovation House berbesar hati ...
13/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2026 SINGGAH DI MOYOG INNOVATION HOUSE! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Moyog Innovation House berbesar hati menerima kunjungan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 yang melibatkan peserta daripada pelbagai agensi sempena sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Persinggahan kali ini bukan sekadar singgah, tetapi menjadi ruang untuk para peserta belajar, berkarya, berinovasi dan mengenali produk komuniti Moyog.

🌿 Belajar Membuat Noonsom Bambangan
Para peserta berpeluang mempelajari cara menghasilkan Noonsom Bambangan, yang dikendalikan oleh Komuniti Madani Kg. Moyog β€” salah satu warisan makanan tempatan yang terus dipelihara dan diketengahkan oleh komuniti.

🎨 Mengecat Arca Tangan daripada Sisa Polikarbonat
Satu lagi aktiviti istimewa ialah sesi mengecat arca tangan yang diperbuat daripada sisa polikarbonat, hasil kreativiti Japson Wong. Sesi ini turut diketuai oleh Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, menjadikan aktiviti lebih bermakna dalam menyampaikan mesej tentang kreativiti, kelestarian dan kitar semula.

🌺 Garden Slab daripada Pasir Kaca & Simen
Peserta turut menceriakan kawasan Madsiang Community Learning Centre dengan mengecat garden slab flower yang dihasilkan daripada campuran pasir kaca dan simen. Menariknya, warna yang digunakan ialah warna Jalur Gemilang β€” merah, putih, biru dan kuning. πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ›οΈ Booth Produk Inovasi Komuniti Moyog
Komuniti Moyog Innovation House turut membuka booth yang menampilkan pelbagai produk inovasi hasil tani seperti:

🌹 Halwa Roselle
🍍 Dried Pineapple Snack
🌺 Roselle Wine
🍷 Lihing Roselle
🌿 Herbal Tea
🍦 Aiskrim Lihing
dan pelbagai lagi produk komuniti.

πŸ’™ Aktiviti Memacak Bendera
Para peserta turut bersama-sama memacakkan bendera Malaysia di sekitar Madsiang Community Learning Centre, menyemarakkan lagi suasana patriotik dan semangat cintakan negara.

🩡 Special Welcoming Drink daripada MIH
Sebagai tanda sambutan, para peserta dijamu dengan Air Bunga Telang Selasih Ais β€” minuman yang menyegarkan dan sangat sesuai dengan cuaca panas ketika ini.

Kami percaya kemerdekaan bukan hanya tentang kibaran bendera, tetapi juga tentang kebersamaan, kreativiti, kelestarian, warisan dan kekuatan komuniti.

Terima kasih kepada Jabatan Penerangan Penampang kerana memilih Moyog Innovation House sebagai salah satu destinasi persinggahan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih kerana singgah, belajar dan berkarya bersama komuniti kami. Semoga semangat Jalur Gemilang terus berkibar β€” menyatukan kita dalam kepelbagaian.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

2 Ogos 2026 (Sunday) Terima kasih  Dayne David sebab pilih Moyog Innovation House (MIH) sebagai lokasi penganjuran bengk...
04/08/2026

2 Ogos 2026 (Sunday)

Terima kasih Dayne David sebab pilih Moyog Innovation House (MIH) sebagai lokasi penganjuran bengkel. 25 peserta join bengkel ini.

Bengkel ini beri pendedahan baharu kepada komuniti dan membuka peluang untuk peserta mempelajari teknik penghasilan kandungan digital secara kreatif menggunakan smart phone.

Terima kasih Lala Kerry atas perkongsian ilmu dan pengalaman sebagai content creator. Sudah pastinya ilmu yang dikongsikan menjadi inspirasi dan memberi manfaat kepada komuniti untuk mempromosikan produk serta meningkatkan pendapatan.

Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. πŸ™β€οΈ

Program Kejiranan dan Kepimpinan diteruskan dengan siri ceramah bertemakan Hak Kewarganegaraan & Rancangan Malaysia Keti...
23/07/2026

Program Kejiranan dan Kepimpinan diteruskan dengan siri ceramah bertemakan Hak Kewarganegaraan & Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang telah berlangsung pada 19 Julai 2026 (Ahad) di Dewan Gawir, Kg. Madsiang, Penampang dengan penyertaan seramai 80 peserta.

🎀 Penceramah & tajuk ceramah:
β€’ Peguam Jubili Anilik – Gangguan Hartanah Oleh Pihak Lain: Apakah Hak Perundangan Anda?

β€’ Tuan Galus Ahtoi – Kesedaran Hak Pemilikan Tanah: Memahami Isu, Cabaran & Strategi Penyelesaian

β€’ Prof. Dr. Felix Tongkul – Tanah, Rezeki & Pembangunan: Peranan RMK13 Untuk Komuniti Luar Bandar

Program ini memberi pendedahan kepada komuniti mengenai hak-hak mereka sebagai warganegara, isu pemilikan tanah serta peluang pembangunan luar bandar melalui RMK13.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan sesi soal jawab yang aktif. Rata-rata peserta menyatakan rasa puas hati dan bersyukur kerana memperoleh ilmu baharu yang bermanfaat.

Ucapan terima kasih kepada ADUN N26 Moyog, YB Datuk Donald Peter Mojuntin, atas sokongan berterusan terhadap program-program pembangunan komuniti. Penghargaan juga kepada wakil beliau, Tuan Michael Fadilla, atas ucapan perasmian yang penuh inspirasi dan membina kepada semua peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada APPGM SDG, Kementerian Kewangan Malaysia dan Yayasan Hasanah atas kepercayaan dan sokongan kepada Moyog Innovation House dalam menjayakan Program Kejiranan dan Kepimpinan.

🍍 Di sebalik setiap pek Dried Pineapple Snack, ada cerita komuniti yang kami hargai.Nanas yang digunakan bukan datang da...
10/06/2026

🍍 Di sebalik setiap pek Dried Pineapple Snack, ada cerita komuniti yang kami hargai.

Nanas yang digunakan bukan datang dari ladang besar, tetapi daripada petani kecil di Kg Pogunon, Penampang yang menanam secara organik. Setiap kali musim tuaian, hasil yang dihantar tidak banyak β€” kadang-kadang hanya sekitar 87kg sahaja β€” tetapi itulah rezeki yang kami usahakan bersama.

Di Moyog Innovation House, hasil nanas ini diproses dan dikeringkan oleh kumpulan ibu-ibu komuniti yang turut terlibat dalam kerja penyediaan dan pembungkusan produk. Melalui usaha kecil ini, kami berharap dapat membantu menambah pendapatan keluarga sambil mengurangkan pembaziran hasil pertanian tempatan.

Setiap pek yang anda beli bukan sekadar snek sihat, tetapi juga sokongan kepada petani kecil dan wanita komuniti yang berusaha membina kehidupan yang lebih baik.

Syukur kerana sedikit demi sedikit, kita dapat berkembang bersama.

🍍 Xenia Dried Pineapple Snack 🌱 100% Natural 🌱 Tiada Gula Tambahan 🌱 Tiada Pengawet

Membeli produk tempatan bukan sekadar membeli makanan, tetapi turut menyokong komuniti yang menghasilkannya.

πŸπŸ’š

08/05/2026

Centre kami juga boleh digunakan untuk latihan senamrobik anak anak.

Utilized sepenuhnya.

7 May 2026Hari ini, evaluator daripada Universiti Malaysia Sabah telah datang melawat projek di bawah program APPGM-SDG ...
07/05/2026

7 May 2026

Hari ini, evaluator daripada Universiti Malaysia Sabah telah datang melawat projek di bawah program APPGM-SDG bertajuk β€œMemperkasakan Komuniti dengan Penanaman dan Inovasi Roselle.”

Sebelum lawatan ke kebun komuniti di Timpoluon Sokid dan Raganan Mongkusilad Moyog, Dr. Wong dan Ms. Chua telah diberikan taklimat di Moyog Innovation House mengenai perkembangan projek dan penglibatan komuniti.

Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada APPGM-SDG atas peluang memperkasakan 10 wanita di Moyog sehingga mereka kini bukan sahaja petani, tetapi juga usahawan dan inovator produk komuniti.

Antara produk yang dihasilkan ialah Roselle Moringa Tea, Roselle Pandan Tea, Halwa Roselle, Cordial Roselle dan Roselle Wine, termasuk inovasi sambal roselle, tuhau roselle dan kimchi roselle.

Jika dahulu roselle segar dijual sekitar RM5 sekilogram, kini produk nilai tambah mampu mencecah sehingga RM50.

Walaupun pelbagai cabaran dihadapi seperti cuaca tidak menentu, penyakit tanaman dan serangan serangga, komuniti terus berusaha dengan penuh semangat. Terima kasih juga kepada Jabatan Pertanian Penampang atas bantuan dan sokongan yang diberikan, serta kepada Ahli Parlimen P174 Penampang, YB Datuk Ewon Benedick , yang sentiasa menyokong usaha komuniti Moyog.

Walaupun projek ini telah berakhir, kami berharap perkongsian ilmu dan kerjasama antara Moyog Innovation House dan komuniti Moyog akan terus diteruskan demi manfaat dan pembangunan komuniti pada masa hadapan.

Address

Kg Madsiang
Kota Kinabalu
89507

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60164492692

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Moyog Innovation House posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share