Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor " Memperkasa Perkhidmatan Awam Negeri "

17/09/2026

Kreativiti, Psikologi & Kepimpinan!

Peserta Program Onn Leadership Accelerator X Johor Apprentice (OLAXJA) 2026/2027 diberikan tugasan untuk menghasilkan video berkaitan psikologi secara berkumpulan.

Bukan sekadar mencipta video, tetapi turut mengasah kreativiti, komunikasi, kerjasama dan pemahaman peserta terhadap aspek psikologi dalam kehidupan seharian.

Jom kita saksikan hasil kreativiti mereka! 🎥

Nama Kumpulan : J-Warrior
Tajuk : "Aku Okay..."

16/09/2026

Kreativiti, Psikologi & Kepimpinan!

Peserta Program Onn Leadership Accelerator X Johor Apprentice (OLAXJA) 2026/2027 diberikan tugasan untuk menghasilkan video berkaitan psikologi secara berkumpulan.

Bukan sekadar mencipta video, tetapi turut mengasah kreativiti, komunikasi, kerjasama dan pemahaman peserta terhadap aspek psikologi dalam kehidupan seharian.

Jom kita saksikan hasil kreativiti mereka! 🎥

Nama Kumpulan : Jenin Production
Tajuk : Kabut

15/09/2026

Kreativiti, Psikologi & Kepimpinan!

Peserta Program Onn Leadership Accelerator X Johor Apprentice (OLAXJA) 2026/2027 diberikan tugasan untuk menghasilkan video berkaitan psikologi secara berkumpulan.

Bukan sekadar mencipta video, tetapi turut mengasah kreativiti, komunikasi, kerjasama dan pemahaman peserta terhadap aspek psikologi dalam kehidupan seharian.

Jom kita saksikan hasil kreativiti mereka! 🎥

Nama Kumpulan : Dacing
Tajuk : Split

14/09/2026

Kreativiti, Psikologi & Kepimpinan!

Peserta Program Onn Leadership Accelerator X Johor Apprentice (OLAXJA) 2026/2027 diberikan tugasan untuk menghasilkan video berkaitan psikologi secara berkumpulan.

Bukan sekadar mencipta video, tetapi turut mengasah kreativiti, komunikasi, kerjasama dan pemahaman peserta terhadap aspek psikologi dalam kehidupan seharian.

Jom kita saksikan hasil kreativiti mereka! 🎥

Nama Kumpulan : Al-Qayyum
Tajuk : "Am I Good Enough?"

LAWATAN PENANDA ARAS SEKSYEN PENGURUSAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, PEOPLE MATTERS DEPARTMENT, KWSP KE UNIT PSIKOLOGI DAN ...
08/09/2026

LAWATAN PENANDA ARAS SEKSYEN PENGURUSAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, PEOPLE MATTERS DEPARTMENT, KWSP KE UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR.

7 September 2026 (Isnin) | Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Unit Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras daripada Seksyen Pengurusan Psikologi dan Kaunseling, People Matters Department, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 7 September 2026.

Sesi lawatan ini disambut oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ab. Razak bin Khalid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan diiringi oleh Puan Norzamfiza binti Kamaros Zaman, Ketua Pegawai Psikologi, Unit Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pegawai, Ahli Jawatankuasa Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) serta semua anggota BPSM.

Lawatan ini menjadi wadah strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama serta perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik dalam pengurusan psikologi dan kaunseling, khususnya dalam aspek kesejahteraan psikologi, pembangunan modal insan dan pengurusan sumber manusia yang holistik.

Sesi penanda aras ini turut membuka ruang kepada perkongsian pengalaman, pendekatan serta inisiatif yang dilaksanakan oleh kedua-dua organisasi dalam memperkasa perkhidmatan psikologi dan kaunseling ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan, responsif dan berimpak.

2 - 4 SEPTEMBER 2026 (RABU - KHAMIS) | INSTITUT DATO' ONNProgram Onn Leadership Accelerator X Johor Apprentice (OLAXJA) ...
07/09/2026

2 - 4 SEPTEMBER 2026 (RABU - KHAMIS) | INSTITUT DATO' ONN

Program Onn Leadership Accelerator X Johor Apprentice (OLAXJA) 2026/2027 telah dilaksanakan pada 2 hingga 4 September 2026 bertempat di Dewan Seminar, Institut Dato' Onn dengan penyertaan seramai 30 orang peserta.

Program ini bertujuan untuk memperkasa potensi kepimpinan dalam kalangan peserta melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepimpinan yang berkesan, di samping meningkatkan keupayaan peserta dalam aspek psikologi.

Sepanjang program, para peserta telah diberikan pendedahan berkenaan topik Pengurusan Stres Di Tempat Kerja dan Pengukuhan Kesihatan Mental oleh Encik Nor Syazlan bin Abd. Razak, Pengarah Yayasan Warisan Johor, serta Puan Norzamfiza binti Kamaros Zaman, Ketua Pegawai Psikologi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Diharapkan pelaksanaan OLAXJA 2026/2027 ini dapat menjadi platform yang bermakna dalam membentuk generasi pemimpin muda yang berwibawa, berfikiran terbuka dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR: MENELUSURI KEUNIKAN DAN WARISAN BATIK TERENGGANU28 Ogos 2026 |  Noor Arfa Premium Batik, Terengg...
01/09/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR: MENELUSURI KEUNIKAN DAN WARISAN BATIK TERENGGANU

28 Ogos 2026 | Noor Arfa Premium Batik, Terengganu

Pada 28 Ogos 2026, telah diadakan Lawatan Sambil Belajar berkaitan Batik Terengganu ke Noor Arfa Premium Batik sebagai salah satu pengisian dalam program lawatan delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor ke negeri Terengganu.

Lawatan ini memberi peluang kepada para delegasi untuk mengenali dengan lebih dekat seni, warisan dan keunikan batik Terengganu, di samping memperoleh pendedahan mengenai proses penghasilan batik yang merangkumi aspek reka bentuk, pemilihan motif, teknik mencanting, pewarnaan serta penghasilan produk batik yang berkualiti.

Selain menimba ilmu berkaitan seni dan kraf tradisional, lawatan ini turut membuka ruang kepada delegasi untuk memahami peranan industri batik dalam memelihara warisan budaya, memperkasakan ekonomi tempatan serta menyokong pembangunan industri kreatif negara.

Pengalaman ini juga menjadi satu medium perkongsian ilmu dan apresiasi terhadap usaha berterusan dalam memastikan seni warisan batik terus dipelihara, dikembangkan dan diperkenalkan kepada generasi akan datang.
Semoga lawatan seperti ini dapat memperkaya pengetahuan serta pengalaman para delegasi, di samping menyemai penghargaan yang lebih mendalam terhadap khazanah seni dan budaya tempatan.

LAWATAN RASMI DELEGASI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR MENERUSI EKSPEDISI BOT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU27 Ogos 20...
01/09/2026

LAWATAN RASMI DELEGASI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR MENERUSI EKSPEDISI BOT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

27 Ogos 2026 - Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, Terengganu

Pada 27 Ogos 2026, telah berlangsung Lawatan Rasmi Delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor menerusi bot Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai sebahagian daripada pengisian lawatan ke UMT.

Lawatan ini merupakan kesinambungan selepas Majlis Menandatangani Memorandum of Agreement (MOA) antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Universiti Malaysia Terengganu, yang menjadi satu langkah penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Menerusi lawatan ini, delegasi berpeluang mendapatkan pendedahan secara langsung berkaitan persekitaran marin serta melihat dengan lebih dekat kemudahan, kepakaran dan aktiviti berkaitan penyelidikan oseanografi dan alam sekitar yang dilaksanakan oleh pihak UMT.

Pengalaman menerusi ekspedisi bot ini turut memberikan ruang kepada delegasi untuk memahami dengan lebih dekat kepentingan pemeliharaan ekosistem marin, kelestarian alam sekitar serta pengurusan sumber secara berhemah, selaras dengan aspirasi pembangunan mampan.

Kerjasama strategik antara sektor kerajaan dan institusi pengajian tinggi seperti UMT diyakini mampu memperluas perkongsian ilmu dan kepakaran, di samping membuka peluang kepada pelaksanaan inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan modal insan serta kemajuan negeri.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini terus diperkasakan melalui perkongsian kepakaran, pengalaman dan pengetahuan demi merealisasikan aspirasi perkhidmatan awam yang progresif, berdaya saing dan berteraskan pembangunan mampan.

LAWATAN RASMI KE INSTITUTE OSEANOGRAFI & SEKITARAN (INOS), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU27 Ogos 2026 | Universiti Malay...
01/09/2026

LAWATAN RASMI KE INSTITUTE OSEANOGRAFI & SEKITARAN (INOS), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

27 Ogos 2026 | Universiti Malaysia Terengganu

Susulan Majlis Menandatangani Memorandum of Agreement (MOA) antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), satu Lawatan Rasmi ke Institute Oseanografi & Sekitaran (INOS), UMT telah diadakan pada 27 Ogos 2026.

Lawatan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri Johor dan UMT, khususnya dalam meneroka potensi kerjasama yang lebih luas meliputi aspek penyelidikan, kepakaran, inovasi, kelestarian alam sekitar serta pengurusan sumber marin.

Sepanjang lawatan, delegasi berkesempatan meninjau kemudahan dan fasiliti penyelidikan INOS serta mendapatkan perkongsian berkaitan kepakaran dan bidang penyelidikan yang berpotensi untuk dimanfaatkan dalam agenda pembangunan negeri.

Kerjasama strategik antara kerajaan dan institusi pengajian tinggi seumpama ini amat penting dalam memastikan setiap dasar dan inisiatif pembangunan dapat disokong oleh ilmu, kepakaran serta penyelidikan yang berimpak.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkasakan serta memberikan manfaat kepada pembangunan negeri, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.

MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) DAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAA...
01/09/2026

MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) DAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

KUALA NERUS, 27 Ogos 2026 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuh jaringan strategik bersama pihak kerajaan melalui Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MOA) antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang berlangsung pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Jamuan Senat, Universiti Malaysia Terengganu.

Majlis bersejarah ini menjadi manifestasi komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik, khususnya menerusi penggemblengan kepakaran akademik, penyelidikan dan pengalaman pengurusan sumber manusia bagi menyokong agenda pembangunan modal insan yang berdaya saing serta berimpak tinggi.

Mewakili Yang Berhormat Dato' Haji Nasri bin Md. Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) dan Tuan Haji Ab. Razak bin Khalid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, ialah Puan Hairulnisha binti Rabon, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan diiringi oleh Puan Norzamfiza binti Kamaros Zaman K.B;P.A, Ketua Pegawai Psikologi, Unit Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor serta 6 orang delegasi.

Dalam majlis tersebut, Puan Hairulnisha binti Rabon turut menyampaikan ucapan bagi mewakili Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Ucapan tersebut menzahirkan penghargaan terhadap jalinan kerjasama yang terjalin serta menekankan kepentingan kolaborasi strategik antara institusi pengajian tinggi dan kerajaan dalam memperkukuh pembangunan bakat, pengurusan sumber manusia serta penghasilan penyelesaian berasaskan penyelidikan.

Kerjasama melalui MOA ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang merangkumi penyelidikan dan pembangunan, perkongsian ilmu dan kepakaran, pembangunan kapasiti serta pemerkasaan kompetensi modal insan, selaras dengan keperluan semasa sektor awam dan aspirasi pembangunan negeri serta negara.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Nazli bin Aziz, Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, serta barisan pengurusan fakulti, iaitu Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Azwadi bin Ali, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar); Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Zarihin binti Abdul Halim, Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan); dan Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Nik Hazimah binti Nik Mat, Timbalan Dekan (Siswazah). Turut terlibat dalam menjayakan kerjasama ini ialah kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Raja Zirwatul Aida binti Raja Ibrahim**, bersama To’ Puan Profesor Madya Prof. Dr. Siti Nazilah binti Mat Ali dan Dr. Mazidah binti Mohd. Dagang, yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan agenda penyelidikan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Pertukaran MOA ini bukan sekadar melambangkan komitmen bersama antara UMT dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, malah menjadi satu langkah strategik ke arah membina ekosistem kerjasama yang lebih kukuh, dinamik dan berorientasikan impak. UMT optimis bahawa jalinan kerjasama ini akan terus diperkasakan melalui pelaksanaan program dan inisiatif yang memberi nilai tambah kepada organisasi, memperkasa modal insan serta menyumbang kepada penghasilan penyelidikan yang relevan dan berimpak kepada masyarakat.

Semoga kerjasama yang terjalin ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, pengukuhan tadbir urus, pemerkasaan bakat dan pembangunan modal insan, sekali gus memperkukuh peranan universiti sebagai rakan strategik kepada kerajaan dalam mendepani cabaran pembangunan masa hadapan.

Address

Bangunan Dato' Jaafar Muhammad
Kota Iskandar
70900

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 16:00
Friday 07:30 - 00:30

Telephone

+60192022807

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor:

Shortcuts

Share