Sedut Septik & Tar Jalan Kelantan

Sedut Septik & Tar Jalan Kelantan Servis Septik dan Tar Jalan seluruh Kelantan

Perkongsian yang baik
07/06/2026

Perkongsian yang baik

Dalam bab septik ni kan, sebenarnya banyak tukang yang buat sistem septik tanpa mengira jenis tanah yang ada dikawasan itu.. Terutama di kampung.

Untuk lubang resapan, banyak kes yang hanya gali lubang, letak culvert dalam tu dan isi pasir batu, then kira jadi lubang resapan dah.. Dalam kebanyakan kes tiada masalah..

Tapi yang menjadi isu bila dekat tanah sawah/paya atau tempat yang tinggi water table macam tapak studio saya.. Korek lubang je jumpa air, tak boleh guna cara itu..

Jika rujuk SPAN, dasar tempat resapan itu minimum 0.6m-1.2m dari ketinggian air bawah tanah. Kalau kita buat lubang juga, memang habis effluent dari tangki septik masuk kat air bawah tanah.

Mengotorkan air bawah tanah satu hal.. Satu lagi, sistem serapan itu tak berfungsi baik pun.. Nak nak bagi air tu serap ke mana sebab bawah tu ada air dah.. Tak efisyen..

Itu yang menyebabkan banyak rumah kampung yang water table tinggi ni toilet problem.. Belakang rumah busuk.. Bila musim hujan tokleh flush..

Sebab itu saya explore kaedah mound system. SPAN pun ada bagi panduan sistem mound ni. Kita tinggikan sistem septik kita dan timbus semula.. Jadi berbukit.

Dalam kes saya, untuk kurangkan kawasan timbunan tu terhakis dek air hujan dan optimumkan ruang tanah, saya buat naikkan dinding sikit dan timbus dalam tu.

Tambah lagi tujuan saya buat projek ini untuk educational video yang memudahkan orang nampak jelas struktur septik, ada part saya design sendiri untuk nampak struktur. Macam kita pergi Petrosains, ada part tersembunyi tapi buat bagi nampak.

Saya boleh tanam tangki septik ni dalam bawah tanah, kemudian gunakan pam untuk pam effluent pergi ke kawasan resapan yang ditinggikan (mound leach field), tapi orang tak nampak strukturnya sebab kat bawah tanah. Susah nak buat sharing.

Dan ya, ada komen kata mengarut sistem septik guna pam.. Tapi ini wujud dan SPAN ada bagi panduan. Boleh go download je kat https://www.span.gov.my/article/view/malaysian-sewerage-industry-guidelines-msig

Download MSIG Jilid V kat link atas..

Saya seronok explore ilmu-ilmu baru begini.. Saya sangat terbuka pada kritikan membina sebab itu salah satu sumber laluan ilmu yang saya dapat.

Saya harap korang juga turut seronok belajar ilmu baru walaupun mungkin ada yang sudah berpuluh tahun kerja tukang.. Sampai mati kita boleh explore ilmu :)

09/04/2026

Lepas buang air, kita pun tekan pam. Basuh tangan, jeling cermin sekejap, lepas tu keluar.

Nampak macam rutin biasa yang bersih, kan? Tapi tunggu dulu.

Kalau anda pam mangkuk tandas TANPA turunkan penutupnya, anda sebenarnya sedang menembak 'bunga api' najis ke seluruh ruang bilik air!

Bunyi macam meloyakan, tapi inilah hakikat sains yang dipanggil 'Toilet Plume' (Letusan Tandas).

Bila anda tekan pam, daya pusaran air yang kuat itu bukan sahaja menarik sisa kumuhan ke bawah, tetapi ia turut mencetuskan letusan zarah mikroskopik (aerosol) air yang bercampur dengan kuman, sisa kencing, dan najis.

Zarah ini tak nampak dek mata kasar. Tapi ia boleh terbang laju ke udara sejauh 1.5 meter dan terapung selama beberapa jam!

Cuba tengok apa yang ada di sekeliling mangkuk tandas anda dalam radius 1.5 meter tu:
• Berus gigi kesayangan anda di tepi sinki.
• Tuala mandi yang digantung.
• Sabun pencuci muka yang penutupnya terbuka.

Ya, letusan mikroskopik najis tadi perlahan-lahan akan mendarat di atas semua barang ini. Dan esok paginya, anda akan masukkan berus gigi tersebut ke dalam mulut.

Penyelesaiannya tak perlukan modal pun:

1. TUTUP penutup mangkuk tandas SEBELUM anda tekan pam.
2. Jauhkan berus gigi dari kawasan mangkuk tandas, atau simpan di dalam kabinet cermin yang tertutup.

Ubah tabiat kecil ini bermula hari ini. Tolong kongsikan post ini dan tag rakan serumah (*housemate*) atau keluarga anda. Beritahu mereka supaya tutup penutup tandas, kesian kat berus gigi orang lain!

22/12/2025

• "Biarlah tanganmu kasar kerana mencari rezeki yang halal, daripada tanganmu halus tetapi memikul dosa hasil menzalimi hak orang lain."

wasap.my/60179273388/sedutseptiktarjalan

• "Biarlah tanganmu kasar kerana mencari rezeki yang halal, daripada tanganmu halus tetapi memikul dosa hasil menzalimi ...
22/12/2025

• "Biarlah tanganmu kasar kerana mencari rezeki yang halal, daripada tanganmu halus tetapi memikul dosa hasil menzalimi hak orang lain."
wasap.my/60179273388/sedutseptikdantarjalankelantan

"Dunia ini hanya persinggahan sementara. Letih dalam bekerja itu biasa, namun jangan sampai letih itu sia-sia. Biarlah w...
22/12/2025

"Dunia ini hanya persinggahan sementara. Letih dalam bekerja itu biasa, namun jangan sampai letih itu sia-sia. Biarlah wajah kita bersinar kerana hasil kerja yang ikhlas, bukan gelap kerana mengejar dunia dengan cara yang salah."

“Masalah septik ni senyap, tapi bila ‘meletup’ dia tak bagi amaran.”“Kalau rumah anda lebih 3 tahun tak pernah sedut sep...
18/12/2025

“Masalah septik ni senyap, tapi bila ‘meletup’ dia tak bagi amaran.”

“Kalau rumah anda lebih 3 tahun tak pernah sedut septik, post ni untuk anda.”

Pernah tak…
✔️ Tandas lambat turun
✔️ Bau pelik datang balik
✔️ Air naik lepas flush

Itu bukan masalah kecil.
Itu tanda tangki septik perlu disedut.

Kami sedia bantu – cepat, kemas & berpengalaman.
📲 017-927 3388 (WhatsApp)

wasap.my/60179273388/sedutseptik

Cuba teka
14/12/2025

Cuba teka

05/12/2025

Address

Lagenda Tunjong, Bandar Baru Tunjong
Kota Bharu

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+60179273388

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sedut Septik & Tar Jalan Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share