Hiyaz Community

Call Directions

Hiyaz Community Community Update ElectRiz Product & Service
We Build, We Help

25/10/2026

Sebelum memulakan pemasangan, memastikan kawasan bebas tanah debu dan cat lusuh adalah relevan✅.

Sudah lama hentian bas ni bertapak sekarang kita bakal serikan dengan teknologi PTB.

Dulu cari public phone, sekarang cari ruang pengecas. 📱⚡Zaman berubah, keperluan pun berubah.PTB akan dilaksanakan secar...
20/10/2026

Dulu cari public phone, sekarang cari ruang pengecas. 📱⚡

Zaman berubah, keperluan pun berubah.

PTB akan dilaksanakan secara berfasa bermula 1 November, membawa kemudahan yang lebih dekat dengan kehidupan masyarakat, di samping menerangi laluan pejalan kaki untuk menghidupkan suasana malam di Kota Bharu.

Kita bawa perubahan, satu kemudahan pada satu masa. 🌃

18/10/2026

TBP:Laluan yang lebih jelas, persekitaran yang lebih selamat.
(SK Merbau & SMK Zainab 2 Ep.02)

Usaha kecil demi keselamatan dan keselesaan pelajar serta guru. Semoga setiap langkah mereka lebih terpelihara. 🤍

17/10/2026

Pokok yang terlampau senget, menandakan amaran bahaya kepada pengguna yang lalu.

16/10/2026

Komuniti yang selesa dan aman adalah ruang yang bebas dari PATI & dikuasai oleh rakyat yang bersatu.

2 Tahun Keadaan Sampah di Laluan Pejalan Kaki Sekolah BerlarutanHari ini, wakil komuniti telah turun ke lokasi bagi memb...
15/10/2026

2 Tahun Keadaan Sampah di Laluan Pejalan Kaki Sekolah Berlarutan

Hari ini, wakil komuniti telah turun ke lokasi bagi membuat pemerhatian, siasatan dan catatan berkenaan keadaan sisa sampah sarap yang terdapat di laluan pejalan kaki pelajar sekolah rendah.

Perbualan dan rujukan turut dibuat bersama beberapa pengawal keselamatan di dua buah sekolah bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas berkenaan keadaan tersebut.

Menurut maklum balas yang diterima, longgokan sampah ini telah berlaku hampir 2 tahun, dipercayai sejak berlakunya kerosakan pada jentera troli di SJK(C) Chung Hwa.

Keadaan ini bukan sahaja boleh menjejaskan imej kawasan bandar, malah menyebabkan pelajar sekolah rendah dan ibu bapa berdepan gangguan bau serta kehadiran anjing liar yang menyelerakkan sampah di sekitar luar pagar sekolah. Keadaan ini juga menyukarkan pihak kebersihan dan kontraktor bandar untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan lebih teratur.

Wakil komuniti daripada Hiyaz akan menyalurkan maklumat serta aduan ini kepada pihak sekolah dan pihak berkaitan, di samping mencari penyelesaian yang bersesuaian bagi mengembalikan kebersihan, keceriaan dan keselesaan pelajar ketika hadir dan pulang dari sekolah.

Dalam masa yang sama, masyarakat berhampiran juga dinasihatkan agar tidak membuang sampah di laluan pejalan kaki, demi keselamatan, kebersihan dan keselesaan bersama.

📍TBP: SJK Chung Hwa , SMJK Chung Chen

Transformasi Bandar Pendidikan
“Membina Bersama Komuniti”

Bahagian Aduan & Siasatan
Hiyaz Komuniti Kota Bharu

12/10/2026

TBP: Luar pagar tempat datang dan pulang, jom jadikan ia lebih baik.
(SK Merbau & SMK Zainab Ep.01)

Hari ini, pihak komuniti melancarkan satu inisiatif rakyat untuk anak-anak pelajar melalui Transformasi Bandar Pendidikan (TBP) di sekitar Kota Bharu — satu usaha bersama untuk menjadikan kawasan luar pagar sekolah lebih baik buat pelajar ketika datang dan pulang.

Sekolah demi sekolah kita jadikan yang terbaik.


Waktu balik tadi , sempat berbual dengan saudara ni…Pada mulanya ingatkan kontraktor lantikan atau petugas bandar yang b...
09/10/2026

Waktu balik tadi , sempat berbual dengan saudara ni…
Pada mulanya ingatkan kontraktor lantikan atau petugas bandar yang bersihkan kawasan parking hadapan lot kedai serbeneka.

Rupanya staf kedai tu sendiri atas arahan atasan untuk kekemasan dan keceriaan kawasan kedai dijadikan rutin mereka.

Selalu kita akan nampak pekerja-pekerja serbeneka ni hanya sapu, mop kotoran, susun barang dan jaga kaunter dalam radius perniagaan sahaja, rupanya dalam diam mereka yang mengambil inisiatif sendiri di ruang kotak parking awam🫡

Mereka tiada mesin, jadi kaedah manual tangan perlu dilakukan.

Terima kasih

08/10/2026

Walau gambar tak sama dengan hasil rekaan, janji fungsi tetap sama😂
Semoga dapat dimanfaatkan bagi kerja komuniti akan datang.

🗣️: Bang tak rasa kejam ke misi baru ni?🗣️: Kau ni saja nak burukkan orang , benda boleh je adu dulu.🤍: 1 Diselesai = Ri...
07/10/2026

🗣️: Bang tak rasa kejam ke misi baru ni?
🗣️: Kau ni saja nak burukkan orang , benda boleh je adu dulu.

🤍: 1 Diselesai = Ribuan terbela✅
🤍:Aduan berbulan lalu✅

Kata-kata sinis dan prejudis daripada orang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke hentian bas.🙂‍↔️

Mereka bercakap dari zon selesa, tanpa perlu menoleh kiri kanan dengan rasa takut, menahan bau, atau berdepan ancaman keselamatan setiap kali menunggu bas.

Address

Kota Bharu
15050

Telephone

+601111005764

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hiyaz Community posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share