20/07/2026
Jom Join Persatuan
Banyak fardahnya
ANDA KONTRAKTOR BINA RUMAH / RENO / HIASAN DALAMAN YANG BERJUANG SENDIRIAN?
Kalau selama ini anda menjalankan perniagaan seorang diri, kadang-kadang rasa buntu, sunyi dan tidak tahu hendak berkongsi masalah dengan siapa, kami menjemput anda menyertai Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM).
PKPM menghimpunkan kontraktor yang menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan rumah atas tanah sendiri, renovasi dan hiasan dalaman. Kita mungkin tidak ramai, tetapi kita saling menyokong, berkongsi pengalaman dan memperjuangkan kepentingan industri bersama.
PKPM turut menyatukan kontraktor di seluruh Malaysia melalui persatuan di setiap negeri. Dengan adanya jaringan ini, ahli dapat berkongsi pengalaman, saling membantu dan membawa isu-isu industri daripada peringkat negeri sehingga ke peringkat kebangsaan.
Jangan tanya sama ada masuk persatuan boleh dapat projek atau tidak.
PKPM bukan platform mendapatkan projek, tetapi sebuah platform untuk membina jaringan profesional, menyuarakan isu industri dan memperjuangkan hak serta kepentingan kontraktor.
Antara isu yang telah berjaya dibantu oleh PKPM di beberapa negeri ialah:
✅ Bekalan elektrik TNB bagi rumah yang dibina.
✅ Penilaian hartanah bersama JPPH.
✅ Sokongan dan penyelarasan bersama CIDB negeri.
✅ Pertikaian antara kontraktor dan pemilik rumah.
✅ Isu percukaian dan pematuhan cukai.
✅ Serta pelbagai lagi isu yang dihadapi oleh kontraktor.
Berniaga bukan sekadar mencari pelanggan. Kita juga memerlukan rakan industri untuk berkongsi pengalaman, mendapatkan pandangan dan saling memberi semangat agar terus maju bersama.
Jom jadi sebahagian daripada keluarga PKPM. Bersama kita memperkukuhkan suara kontraktor perumahan Malaysia.
📋 Borang Keahlian:
https://shorturl.at/nJz58
🌐 www.pkpm.com.my