MSD INDAH BINA RESOURCES telah ditubuhkan untuk memajukan hartanah diseluruh negeri Kelantan dan bertapak di pejabat yang beralamat di PT1086, Tingkat 2, Jalan Long Yunus 15200 Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan sebuah syarikat pengubahsuaian rumah dan pembinaan rumah yang berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai sebuah syarikat yang juga menjalankan perkhidmatan menguruskan pinjaman perumahan kerajaan untuk kakitangan kerajaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan juga pinjaman perumahan bagi kakitangan swasta. Aktiviti utama perniagaan syarikat ini adalah kontraktor kerja-kerja pengubahsuaian rumah dan pembinaan rumah mengikut citarasa pelanggang. Syarikat ini diuruskan sepenuhnya oleh Mohd Shahipollah Dollah selaku pengarah utama syarikat dan dibantu beberapa kakitangan yang berpengalaman luas serta berkebolehan dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman perumahan supaya dapat melaksanakan kerja-kerja dengan lebih berkualiti dan pantas. Selain itu syarikat mempunyai tenaga pekerja yang mahir serta terlatih dalam menjalankan kerja-kerja di tapak bina. Dengan kemampuan dan pengalaman sedia ada, Syarikat ini mampu untuk mengendalikan dan menguruskan kerja-kerja pengubahsuaian rumah dan pembinaan rumah sebagaimana mengikut kehendak pelanggan dan tempoh yang telah ditetapkan dengan memberi keutamaan kepada mutu kerja yang terbaik. Matlamat syarikat adalah untuk memberi kepuasan pelanggan dalam kualiti kerja dalam pengubahsuaian dan pembinaan rumah pada harga yang bersesuaian disamping memastikan bahawa projek yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dan diselesaikan pada tahap yang terbaik serta memenuhi kehendak pelanggan. Syarikat ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi syarikat ke taraf yang lebih membanggakan agar syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mencapai Visi dan Misi syarikat.