14/05/2024
Bil air tinggi??
Meter gerak laju??
Tak tahu nk buat apa??
Saya kongsikan sedikit sebanyak apa yang anda perlu buat.
1. Semak bil anda, kadang pembaca meter salah baca. Buat aduan pada operator bekalan air negeri, diorang akan sahkan dan buat semula pelarasan bil.
2. Semak bacaan bil semasa. Terkadang bil dibaca untuk 2 bulan. Mungkin sebab bulan yang dilangkau bacaan tu tarikh dia jatuh hari cuti public holiday. Unit billing pun nak cuti juga.
3. Utk lain² bil yg tinggi, owner boleh buat aduan bil tinggi dekat operator bekalan air negeri. Nt akan ada pegawai dtg buat siasatan di tapak. Apa yg disiasat, sekiranya ada pergerakan pada dial meter walaupun owner x pakai air kemungkinan ada masalah paip dalaman. Logiknya, ada aliran air yg menyebabkan meter bergerak.
4. Masalah paip dalaman ni ada macam² punca antaranya tangki overflow, paip dalaman bocor, kepala paip dekat sinki leaking atau air menitis, tangki pam jamban melimpah, keluar air dalam mangkuk tandas dll.
5. Tangki overflow - tukar float valve.
6. Paip dalaman bocor - lay pipe baru terus. Kalau boleh biar expose. Lps ni senang nk detect bagi kerja² maintenance.
7. Kepala paip sinki leak / air menitis - tukar valve pili air (bahagian dalam) atau tukar kepala paip satu set.
8. Tangki toilet melimpah / keluar air dalam mangkuk tandas - cek dalam cistern takut pelampung terpusing atau getah valve dia dah rosak. Kena tukar.
9. Sekiranya disahkan memang masalah paip dalaman, owner boleh mohon pengurangan dengan operator bekalan air negeri (bermula bil bulan yang tinggi). Kebiasaannya pengurangan bermula 10%. Bergantung atas budi bicara operator bekalan air negeri. Buat surat rayuan.
10. Sekiranya tiada masalah paip dalaman, owner boleh mohon uji meter dgn pihak operator bekalan air negeri. Sekiranya meter disahkan over register, pihak operator bekalan air negeri akan buat pelarasan semula mana² caj bil yang tinggi. Jangan takut, pihak operator bekalan air negeri akan invite owner utk witness semasa uji meter dijalankan.
11. Kalau dah buat kerja² pembaikan, pastikan tiada pergerakan pada dial meter ketika tiada penggunaan air.
12. Untuk makluman sekiranya tunggakan terlalu tinggi dan pengguna tak makpu bayar disebabkan bil tinggi, pengguna boleh membuat permohonan bayaran tunggakan secara ansuran. Tertakluk kepada budi bicara operator bekalan air negeri.
*p/s :
Untuk makluman, tanggunggjawab operator bekalan air negeri adalah sampai meter sahaja. Sekiranya apa² masalah yg berlaku selepas meter adalah di bawah tanggungjawab owner premis.
Contoh operator bekalan air negeri : Negeri Sembilan - SAINS, Johor - Ranhill SAJ, Melaka - SAMB, Kelantan - AKSB, Perak - Lembaga Air Perak, Kedah - SADA, Selangor - AIR Selangor, Terengganu - SATU. Lain² tu boleh google.