20/04/2026
Penyertaan kami di ASIAWATER yang berlangsung pada 7–9 April di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) merupakan satu langkah strategik bagi memperkukuh kedudukan kami sebagai sebuah syarikat penyelenggaraan fasiliti yang menyediakan perkhidmatan berkaitan sistem air dan kumbahan.
Sepanjang penganjuran acara ini, kami berpeluang berinteraksi serta membina jaringan profesional bersama pelbagai pihak, sama ada dari industri berkaitan mahupun sektor lain, sekali gus membuka ruang kepada potensi kerjasama dan peluang perniagaan baharu.
Paparan gambar dan video yang dikongsikan ini merangkumi momen sepanjang acara tersebut.
Kami merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah meluangkan masa mengunjungi booth kami dan berharap dapat menjalinkan kerjasama yang berterusan pada masa akan datang.