19/09/2026
Kalau kau tahu ada anai-anai sedang makan tiang rumah kau⦠kau akan biarkan?
Atau kau tunggu sampai bumbung jatuh atas kepala?
Sebab anai-anai tak perlu merobohkan rumah dalam sehari.
Ia cuma perlu dibiarkan.
Hari demi hari, ia makan dari dalam.
Tiang nampak masih teguh.
Bumbung masih berdiri.
Rumah masih nampak sempurna.
Sampailah satu hariβ¦
GEDUBRAK!
Baru kita sedar, yang rosak sebenarnya bukan rumah itu semata-mataβ¦
tetapi struktur yang selama ini kita sangka masih kuat.
Begitu juga sebuah negara.
Yang merosakkan tidak semestinya datang dengan bunyi yang kuat.
Kadang-kadang ia datang perlahan, senyap dan sedikit demi sedikitβ¦
menghakis dari dalam.
Sebab itu, jangan tunggu sampai semuanya runtuh baru mahu mencari puncanya.
Anai-anai yang dibiarkan hari ini,
mungkin menjadi sebab kita kehilangan seluruh rumah esok.