Reseller UNIFI Installer CCTV

Reseller UNIFI Installer CCTV Kami Authorised Reseller Wakil TM UNIFI, juga Installer CCTV di Daerah Pendalaman Sabah

Direct Call dan Whatsapp 016-8200588

Promosi Simcard Unifi Mobile 5G Rm45 @ Kuota 550GBRm75 @ Kuota 1000GB Daftar disini 016-8200588
13/08/2026

Promosi Simcard Unifi Mobile 5G
Rm45 @ Kuota 550GB
Rm75 @ Kuota 1000GB

Daftar disini 016-8200588

Satelit Internet terus ke Handphone
11/08/2026

Satelit Internet terus ke Handphone

INTERNET SATELIT TERUS KE TELEFON AKAN DIUJI DI SABAH

KOTA KINABALU – Pelaksanaan teknologi Internet satelit terus ke peranti akan diuji di beberapa lokasi di Sabah menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Dua, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata beberapa lokasi bersesuaian di Sabah akan dikenal pasti bagi pelaksanaan proof of concept (POC) teknologi direct-to-device, yang membolehkan Internet dipancarkan terus ke telefon bimbit melalui satelit tanpa bergantung sepenuhnya kepada menara telekomunikasi.

“Ini kita akan lakukan mengikut JENDELA Fasa Dua. Kita akan cari lokasi di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk buat percubaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata projek JENDELA Fasa Dua akan bermula tidak lama lagi dengan melibatkan lebih 300 lokasi masing-masing di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata sebahagian lokasi berkenaan akan melibatkan pemasangan menara telekomunikasi, manakala lokasi lain akan menggunakan Internet satelit atau teknologi yang tidak memerlukan pemasangan menara.

“Bagi kawasan lebih terpencil tapi ada penduduk, kita menggunakan strategi berbeza kali ini,” katanya.

Fahmi berkata kerja pemasangan menara telekomunikasi lazimnya memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun serta berdepan pelbagai cabaran, justeru teknologi alternatif diperlukan bagi mempercepatkan penyediaan capaian Internet.

Sementara itu, beliau berkata inisiatif Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) akan menjadi antara pemangkin pembangunan ekonomi digital di Sabah melalui penyediaan perkhidmatan Internet yang lebih pantas dan stabil.

Katanya, inisiatif berskala besar itu akan menghubungkan beberapa lokasi strategik termasuk Sedili, Kuching dan Miri di Sarawak serta Tanjung Aru, Sandakan dan Tawau di Sabah.

“Ini satu inisiatif baharu yang kita percaya amat bermakna untuk membangunkan ekonomi digital di Sabah,” katanya.

Fahmi berkata sebelum ini titik pendaratan kabel dasar laut berada di Tanjung Aru, namun perkembangan baharu itu menyaksikan keperluan untuk kabel dasar laut dipasang sepanjang pesisir pantai sehingga ke Tawau.

Beliau berkata kerajaan akan memastikan semua inisiatif, khususnya berkaitan prasarana digital di Sabah, dilaksanakan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan selain memperkukuh tahap celik digital dalam kalangan masyarakat.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesan lebih 2,000 akaun palsu di seluruh negara dalam tempoh lima hingga enam minggu kebelakangan ini.

Katanya, akaun berkenaan antara lain digunakan untuk menyebarkan berita palsu, kandungan 3R serta hantaran berkaitan penipuan dan judi dalam talian.

“Ini satu perkara yang agak membimbangkan termasuk bagi Sabah. Kita lihat tidak mustahil akaun-akaun palsu juga banyak beroperasi di Sabah.

“Saya telah maklumkan kepada TYT bahawa pihak MCMC akan melipatgandakan usaha untuk membanteras akaun-akaun palsu terutama yang dibangunkan, diwujudkan untuk melakukan aktiviti jenayah dalam talian,” katanya.

11/08/2026

11-Ogos-2026 @ Jendela Fasa 2 di Sabah

PROMOSI BULAN MERDEKARm59 (10M) @ Rm129 300mbps FREE CCTV 1 BijiRm79 (10M) @ Rm149 500mbps FREE CCTV 1 Bijiboleh daftar ...
08/08/2026

PROMOSI BULAN MERDEKA
Rm59 (10M) @ Rm129 300mbps FREE CCTV 1 Biji
Rm79 (10M) @ Rm149 500mbps FREE CCTV 1 Biji

boleh daftar disini 016-8200588

Aug-2026Siap Kerja Maintanace Camera CCTV di Pejabat sini Bingkor, Keningau
08/08/2026

Aug-2026
Siap Kerja Maintanace Camera CCTV di Pejabat sini Bingkor, Keningau

Aug-2026Siap Kerja Penambahan Drop Fiber, Splicing dan pasang WiFi Router... Speed Test Ok!
06/08/2026

Aug-2026
Siap Kerja Penambahan Drop Fiber, Splicing dan pasang WiFi Router... Speed Test Ok!

Aug-2026Jarang-jarang panjat setinggi begini... Siap Tambahan Network Cat6 Cable untuk Pejabat
06/08/2026

Aug-2026
Jarang-jarang panjat setinggi begini...
Siap Tambahan Network Cat6 Cable untuk Pejabat

Aug-2026Siap Kerja Maintenance CCTV di Keningau
02/08/2026

Aug-2026
Siap Kerja Maintenance CCTV di Keningau

26-Julai-2026Program Jualan Rahmah disini Dewan Kg Pinipi Lanas, Sook
26/07/2026

26-Julai-2026
Program Jualan Rahmah disini Dewan Kg Pinipi Lanas, Sook

Address

Kg Barai Biah, Jalan Nabawan
Keningau
89008

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00
Sunday 09:00 - 12:00

Telephone

+60168200588

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Reseller UNIFI Installer CCTV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Reseller UNIFI Installer CCTV:

Shortcuts

Share