05/10/2026
Dalam episod pertama saya cerita bagaimana saya mula masuk dalam bidang construction.
Tapi saya tak cerita satu perkara.
Permulaan saya sebagai kontraktor sebenarnya bukanlah satu kejayaan.
Saya pernah gagal.
Dan kegagalan pertama saya memang teruk.
Masa itu saya masih bekerja di kilang dengan gaji lebih kurang RM2,000 sebulan.
Dalam masa yang sama, saya cuba ambil projek renovation sendiri.
Saya ambil 4 projek.
Saya fikir saya dah boleh buat.
Rupanya saya silap kira.
Daripada 4 projek itu, hanya 1 yang untung.
3 lagi rugi.
Masalahnya, keuntungan daripada 1 projek itu pun tak mampu nak cover kerugian 3 projek yang lain.
Nak tak nak, saya kena siapkan juga rumah pelanggan.
Saya guna duit gaji.
Saya guna kredit kad.
Duit yang sepatutnya untuk keluarga pun habis untuk siapkan projek orang.
Sampai satu tahap saya terduduk.
Saya fikir...
“Macam mana aku nak selesaikan semua ni?”
Saya memang down.
Stres.
Tapi dalam keadaan saya tengah jatuh itu, ada p**a pelanggan yang masih hubungi saya daripada marketing Facebook yang saya buat.
Orang masih nak buat renovation dengan saya.
Cuma masa itu saya dah tak berani nak ambil.
Saya pass pelanggan kepada kawan yang pernah ajar saya construction dulu.
Saya ambil commission sahaja.
Daripada commission itu, perlahan-lahan saya bayar balik hutang kredit kad dan tutup masalah kewangan saya.
Dekat situ saya mula nampak.
Rupanya saya bukan tak boleh buat bisnes. Saya yang belum cukup ilmu untuk mengurus projek sendiri.
Saya tahu di mana saya silap.
Saya belajar.
Kemudian datang p**a COVID dan PKP.
Masa ramai orang takut kehilangan kerja, saya buat keputusan yang lebih besar.
Saya berhenti kerja.
Saya nekad nak buat construction secara full-time.
Saya join semula dengan kawan saya.
Saya fokus marketing.
Saya cari pelanggan.
Saya pass projek kepada dia.
Saya dapat commission.
Alhamdulillah, masa itu pendapatan saya mula meningkat.
Ada bulan RM6,000.
Ada RM7,000.
Ada RM8,000.
Bagi saya masa itu, jumlah tersebut memang besar.
Yang paling saya s**a bukan duit semata-mata.
Saya mula rasa saya ada sesuatu yang saya cari selama ini.
Masa dengan keluarga ada.
Pendapatan pun ada.
Tapi perjalanan saya belum habis.
Lebih kurang setahun kemudian, company tempat saya bekerja itu p**a menghadapi masalah kewangan dan akhirnya collapse.
Sekali lagi saya hilang sumber pendapatan.
Jadi saya buat keputusan.
Saya keluar.
Saya bina company sendiri.
Saya buat marketing sendiri.
Saya uruskan pekerja sendiri.
Saya mula ambil projek sendiri.
Daripada renovation kecil-kecilan, saya mula masuk projek yang lebih besar.
Termasuk bina rumah.
Saya fikir selepas kegagalan pertama, saya dah belajar.
Rupanya...
Saya kena belajar sekali lagi.
Kali ini saya buat kesilapan yang lebih besar.
Saya terlalu fokus kepada marketing.
Saya dapat banyak projek.
Sampai lebih kurang 30 projek.
Saya p**a serahkan banyak kerja kepada subcontractor.
Subcontractor cakap:
“Boleh.”
Saya bagi projek.
Cakap boleh lagi.
Saya bagi lagi.
Sampai saya terlalu percaya.
Saya fikir kalau saya dah dapat pelanggan, subcontractor akan uruskan kerja.
Rupanya tidak.
Bila saya mula periksa satu-satu projek...
Banyak masalah.
Kualiti kerja bermasalah.
Progress bermasalah.
Rumah pelanggan bermasalah.
Dan akhirnya...
Saya juga yang kena tanggung semuanya.
Bayangkan hampir 30 projek perlu saya betulkan semula.
Saya terpaksa hentikan subcontractor tersebut.
Saya ambil balik projek-projek itu.
Saya berhenti fokus kepada marketing buat sementara waktu.
Saya fokus kepada operasi.
Saya turun sendiri.
Saya pantau.
Saya betulkan.
Saya siapkan satu demi satu.
Perlahan-lahan.
Satu rumah.
Satu rumah.
Satu rumah.
Alhamdulillah, akhirnya semua dapat diselesaikan.
Tetapi kosnya bukan sedikit.
Saya rugi ratusan ribu ringgit.
Kalau orang tanya...
“Tak rasa rugi ke duit sebanyak itu?”
Memang sakit.
Tapi hari ini saya melihatnya dengan cara yang berbeza.
Saya anggap itu sebagai yuran pembelajaran.
Saya bayar mahal untuk belajar sesuatu yang tak boleh diajar hanya melalui buku.
Saya belajar tentang kiraan projek.
Saya belajar tentang operasi.
Saya belajar tentang pekerja.
Saya belajar tentang subcontractor.
Saya belajar tentang kawalan kualiti.
Saya belajar tentang tanggungjawab kepada pelanggan.
Dan paling penting...
Saya belajar supaya saya tak ulang kesilapan yang sama.
Dulu saya fikir kontraktor cuma perlu pandai cari pelanggan.
Sekarang saya tahu...
Cari pelanggan itu baru separuh daripada perjalanan.
Yang lebih penting ialah bagaimana kita urus projek itu sampai pelanggan terima rumahnya dengan baik.
Sebab itu hari ini, saya sendiri lebih banyak turun dan pantau projek.
Saya tak kata saya dah sempurna.
Saya masih belajar.
Sampai sekarang pun saya masih belajar.
Cuma bezanya...
Dulu saya belajar melalui kesilapan.
Hari ini saya cuba belajar sebelum kesilapan itu berlaku.
Dan saya tak buat construction ini semata-mata untuk jadi kaya.
Matlamat saya sebenarnya lebih sederhana.
Saya nak survive.
Saya nak keluar daripada zon selesa.
Saya nak kebebasan masa.
Saya nak kebebasan kewangan.
Saya nak bila keluarga perlukan sesuatu, saya ada kemampuan untuk bantu.
Saya tak mahu bila berlaku masalah kewangan, saya terpaksa pergi pinjam duit daripada adik-beradik atau orang lain.
Sebab saya tahu...
Masing-masing pun ada kehidupan dan masalah sendiri.
Kalau Allah bagi saya rezeki lebih daripada yang saya perlukan suatu hari nanti, saya juga berharap saya boleh bantu orang lain yang sedang susah.
Itulah sebab saya masih buat sampai hari ini.
Bukan sebab saya nak nampak kaya.
Saya cuma nak hidup yang lebih tenang.
Dan kalau pengalaman saya yang penuh dengan kegagalan ini boleh membantu orang lain supaya tak buat kesilapan yang sama...
Bagi saya, itu pun sudah cukup bermakna.