29/07/2021
*5 Punca Kenapa Aircond Tak Sejuk Walaupun Suhu 16c*
Sekarang musim panas dan PKP pasti pengunaan Aircond agak kerap lebih dari biasa bukan?
Adakah Anda Rasa Aircond Tak Sejuk ?
Ramai yang tak tahu,jika aircond tak sejuk dibiarkan βOnβ boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk.Antaranya ialah compressor aircond.
dinasihatkan kalau anda rasa aircond tak sejuk anda perlu 'Turn Off' aircond dan hubungi Technician
https://wa.link/1crs0v
*Sebab sebab Kenapa Aircond Tak Sejuk*
Masalah Pemasangan
Pemasangan tidak mengikut standard yang ditetapkan.
Unit outdoor dipasang di tempat yang tidak sesuai.Tiada pengaliran udara yang baik, dan pengunaan copper pipe yang salah.
Aircond Gas Habis Atau Tidak Mencukupi
Masih ramai yang tidak faham,bahawa gas aircond tidak akan kurang sekiranya tiada kebocoran.Sekiranya aircond anda kurang gas,ini bermakna ada kebocoran.Antara sebab bocor ialah:-
1) Nut Tak Ketat
2) Nut Pecah Semasa Pemasangan
3) Sambungan copper pipe pecah
4) Service Valve Rosak
5) Cooling Coil bocor.
Sebab-sebab diatas berkait rapat dengan kurangnya pengalaman dalam pemasangan aircond.Banyak kes terjadi,client complaint aircond tak sejuk walaupun tak sampai sebulan dipasang.Selepas diperiksa,aircond tersebut tiada gas atau tidak mencukupi.
Horse Power(HP) Aircond Tidak Cukup
Bilik yang perlu aircond 2hp jika dipasang aircond 1hp sudah tentu bilik tersebut tidak sejuk.Untuk menentukan bilik tersebut perlu dipasang aircond berapa horse power(HP),anda perlu panggil technician aircond yang bertauliah.
Ini kerana,terdapat beberapa formula untuk menentukan kapasiti aircond yang bersesuaian.Bukannya sekadar agak-agak sahaja.Aircond yang tidak cukup horse power(HP) bukan sahaja tak sejuk,malah menyebabkan bil elektrik tinggi.
Tidak Cuci Filter Setiap Bulan
Tahukah anda,filter pada aircond itu perlu dicuci setiap bulan.Caranya sangat mudah,anda hanya perlu tanggalkan dan cuci.Selepas itu keringkan dan pasang semula.
Filter yang dipenuhi habuk akan menyebabkan aircond tak sejuk.Perlu diingatkan juga,setahun sekali aircond anda perlu buat service chemical cleaning.
Capacitor Atau Compressor Yang Rosak
Compressor aircond ini macam jantung pada aircond.Jika ianya rosak,aircond anda akan menjadi tidak sejuk.Compressor aircond tidak boleh dibaiki,ianya hanya boleh ditukar ganti dengan yang baru.Tetapi selalunya capacitor compressor sahaja yang rosak.Kos tukar capacitor jauh lebih murah berbanding kos tukar compressor.Jadi,untuk memastikan part apa yang rosak,anda perlu panggil technician aircond yang berpengalaman.
jadi sedikit sebanyak anda faham?
nak service aircond atau nak buat pemasangan Elektrik?
rojer kam click link ini sekarang https://wa.link/1crs0v