BINA Impian Construction

BINA Impian Construction Kami menyediakan perkhidmatan Bina Rumah Idaman ANDA Dari DESIGN sehingga BINA SAMPAI SIAP

20/01/2024

Santai santai Hujung Minggu

31/12/2023

24 Nasihat arkitek untuk yang nak buat rumah 2024 ni.
1. Beli rumah siap, senang tapi kena redha berapa area yang dapat dan design sedia ada. Nak ubah, ready lah kos renovation. Nak buat rumah dari kosong memang susah tapi end up anda akan dapat design yang anda idamkan.
2. Nak buat rumah sendiri, cari tanah kosong, lokasi cantik, panggil arkitek untuk design. Bukan cari kontraktor dulu ya. Arkitek akan guide dari design, submission, proses cari kontraktor dan CCC. Engineer juga diperlukan untuk buat rumah dari tanah kosong.
3. Peranan setiap pihak:
Arkitek - Design to construction
Engineer - Design to construction
Contractor - Construction to DLP ( 1 year after handover )
Klien - Ready duit + design requirement
4. Arkitek boleh tolong estimate harga construction. Nak lebih detail, kena engage QS atau kontraktor terus SELEPAS ada design. Jangan tekan arkitek tanya kos padahal design pun belum ada lagi.

5. Pada pendapat saya, RM 250/sqft ke atas adalah ok. Bawah dari RM 200/sqft pada saya bahaya, memang murah tapi ada risiko kalau harga barang naik, kontraktor boleh lari. Ikut negeri juga, ada negeri RM 160/sqft masih boleh buat.
6. Nak buat rumah, dapat kan kebenaran dari PBT melalui proses submission. Jangan berani-berani buat tanpa kebenaran. Takut kena sita.
7. Bila buat rumah, jangan lupa kos untuk interior design dan kos diluar jangkaan. Ada benda tak dapat capture ketika design stage, pastikan ada wang kecemasan dalam 10-20% daripada estimate construction cost. Kalau rumah RM 1,000,000 construction kos, ID tambah 30-40% ( RM 300,000-400,000 ).
8. Nak mencari kontraktor, bukan cari paling murah. Tengok track rekod mereka, hasil kerja, buat lawatan hasil kerja, tengok sosial media, company profile. Buat tender untuk pilih kontraktor.
9. Bila design dah siap, drawing detail dari arkitek dan engineer dah ada, boleh guna ini untuk mencari harga dari kontraktor yang dah kena shortlist tadi.
10. Buat rumah jangan gopoh, nak laju ke nak kemas? Pilih salah satu.
11. Sebelum buat kerja, inform jiran dulu. Ada banyak kes jiran tak nak beri kerjasama, ini akan kacau proses construction nanti. Baik-baiklah dengan jiran dari sekarang.
12. Kerja struktur boleh jadi lebih mahal dari estimate awal. Kadang kala keadaan tanah, air dalam tanah, lereng bukit, ini semua faktor yang boleh memberi kesan harga struktur.
13. Ingat, kontraktor, konsultan bukan kuli anda. Mereka buat kerja secara professional, layan macam professional. Layanan macam tahi, anda akan dapat tahi balik. OK?
14. Bayar ikut progress, jangan terlalu baik bayar 50% terus. Walaupun sedara atau kawan-kawan adalah kontraktor anda. Progress payment kena selari dengan progress di tapak.
15. Kalau ada perubahan dari segi design, ada benda yang tak clear dalam quotation, kontraktor ada hak untuk meminta kos tambahan atau Varitaiton Order (VO). Nak ubah, kena ready bayar. Kalau nak buat rumah tapi ada perangai cheapskate, better jangan buat.
16. Waktu construction nanti, surely akan ada delay. Ada delay dari kontraktor, ada juga delay dari anda lambat buat keputusan dalam sesetengah isu di tapak. Ubah design, masa akan bertambah.
17. Pilih material yang berkualiti, bukan yang paling murah.
18. Kejar functional, bukan aestatik.
19. Tak semua kontraktor perfect. Apa yang penting adalah kerjasama dan komunikasi. Ada benda tak kena, inform untuk betulkan. Simple. Tak perlu tantrum.
20. Selepas rumah siap akan ada Defect Liability Period. Ini ikut agreement dengan kontraktor. Boleh jadi 6 bulan, boleh jadi 1 tahun.
21. Perlu ada wang tahanan / retention sum. Biasa dalam 5% dari construction cost. Wang ini anda pegang sehingga habis tempoh DLP. Kalau kontraktor tak nak repair defect, boleh tolak dekat retention sum ni. Kalau defect semua dah setel, boleh release wang ini kepada kontraktor.
22. Engage interior designer seawal design stage. Bukan di hujung rumah nak siap.
23. Ingat, rumah adalah hasil titik peluh anda. Jadi bekerjalah dengan orang yang anda rasa boleh bertolak ansur, boleh bantu anda. Bina kepercayaan antara arkitek, engineer dan kontraktor. Tanpa kepercayaan, proses buat rumah akan jadi tak seronok untuk semua pihak.
23A. Building a house is a memorable process. Capture it and make the most of it! :)

Ar.Sab of Sabirin Rosli Arkitek
Selamat datang tahun 2024!

Design Rumah Rumah Kecil
08/11/2023

Design Rumah Rumah Kecil

Kita Olah Sikit Mengikut Kesesuaian Cuaca Malaysia... Diolah tanpa Menggunakan Slab Concrete Simen + Waterproofing untuk...
22/09/2023

Kita Olah Sikit Mengikut Kesesuaian Cuaca Malaysia... Diolah tanpa Menggunakan Slab Concrete Simen + Waterproofing untuk bumbung.... kos sbb rumah Pun Dah diBesarkan Sehingga 1900sqft ...Kos RM380k
Kalau ada yg nk kecikkan keluasan pun boleh ..

1 Master bedroom
2 Bilik Untuk Anak
1 bilik tetamu

Layout Modern seperti Layout Condo... Kenapa Besar sebab bilik tidur yang luas Dan Selesa...
www.wassap.my/+60165570046/BinaImpianConstruction

Aksesori tu X murah Jugakkk tu ....
24/07/2023

Aksesori tu X murah Jugakkk tu ....

Small House 2 Bedroom Only ...
24/07/2023

Small House 2 Bedroom Only ...

Tidak Murah Bila Bermain Dengan LoFT
23/07/2023

Tidak Murah Bila Bermain Dengan LoFT

Rumah Pencen
23/07/2023

Rumah Pencen

Rumah paling Glamer di Malaysia Tahun Ini...
22/07/2023

Rumah paling Glamer di Malaysia Tahun Ini...

Simple Barn / Cottage House
22/07/2023

Simple Barn / Cottage House

Rumah Hutan
22/07/2023

Rumah Hutan

Kredit MB Design Thai
22/07/2023

Kredit MB Design Thai

Address

Jalan Chengal Baru PAHANG . . , Dan , Jalan Jenjarom
Jenjarom
42600

Telephone

+60165570046

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BINA Impian Construction posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share