Konkrit Melaka

Call Directions

Konkrit Melaka Professional Ready-Mix Concrete Supplier
Serving Melaka, Negeri Sembilan & Johor
Fast Delivery | Reliable Service
WhatsApp: 014-9676881

Selesai dengan jayanya kerja-kerja pembekalan Ready-Mix Concrete di beberapa lokasi sekitar kawasan Tampin dan Jasin, Me...
29/09/2026

Selesai dengan jayanya kerja-kerja pembekalan Ready-Mix Concrete di beberapa lokasi sekitar kawasan Tampin dan Jasin, Melaka.

Hari ini sedikit mencabar dan agak memenatkan kerana turut menguruskan proses penyediaan concrete cube untuk tujuan penghantaran dan ujian makmal seperti yang diminta oleh pihak tapak.

Bagi kami, concrete cube bukan sekadar prosedur biasa. Ia merupakan salah satu bahagian penting dalam kawalan kualiti konkrit. Keputusan ujian membantu pelanggan dan pihak kontraktor mendapatkan keyakinan terhadap kekuatan serta kualiti concrete yang dibekalkan.

Apabila keputusan ujian memenuhi keperluan projek, ia bukan sahaja memberikan kepuasan kepada pelanggan, malah membantu membina kepercayaan dan keyakinan untuk kerjasama jangka panjang.

Kerja selesai, cube siap dihantar untuk testing, dan yang paling penting, pelanggan berpuas hati dengan pembekalan hari ini.

Supply Readymix NS | Melaka | Johor

014-967 6881 (Sales)
Link : https://www.wasap.my/60149676881/onestop_konkrit

PROJEK SUPPLY KONKRIT | BANDAR MELAKAHari ini kami berpeluang mengendalikan supply Ready-Mix Concrete untuk sebuah proje...
28/09/2026

PROJEK SUPPLY KONKRIT | BANDAR MELAKA

Hari ini kami berpeluang mengendalikan supply Ready-Mix Concrete untuk sebuah projek pembinaan Dewan di Bandar Melaka. Dalam masa yang sama, jadual hari ini agak padat kerana terdapat beberapa site yang perlu diuruskan serta urusan perjalanan yang perlu diselesaikan. Walaupun begitu, setiap penghantaran tetap dipantau dan diselaraskan dengan teliti supaya perjalanan kerja di tapak dapat berjalan seperti yang dirancang.

Bagi kami, supply konkrit bukan sekadar menghantar konkrit ke site. Masa penghantaran, koordinasi antara plant, lori dan pihak kontraktor serta kualiti konkrit semuanya memainkan peranan penting dalam memastikan kerja di tapak berjalan lancar. Hari ini, konkrit berjaya sampai mengikut jadual dan keseluruhan proses penghantaran dapat diselesaikan dengan baik dan teratur.

Alhamdulillah, kerja hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang complaint daripada pihak customer mahupun kontraktor. Yang paling penting, mereka berpuas hati dengan supply dan servis yang diberikan kepada site.

Setiap projek mungkin berbeza dari segi lokasi, jadual dan keperluan di tapak, tetapi prinsip kami tetap sama β€” memastikan setiap supply dikendalikan dengan teliti, dihantar pada masa yang diperlukan dan memberikan kualiti serta servis yang boleh dipercayai.

Kepercayaan customer dan kontraktor adalah sesuatu yang kami hargai dalam setiap projek. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Ready-Mix Concrete Supply | Negeri Sembilan | Melaka | Johor
Harga OK β€’ Servis Cepat β€’ Supply On Time
014-967 6881

SUPPLY READY-MIX CONCRETE | PULAU GADONG, MELAKAKerja supply Ready-Mix Concrete Gred 25 sebanyak 12mΒ³ telah dilaksanakan...
23/09/2026

SUPPLY READY-MIX CONCRETE | PULAU GADONG, MELAKA

Kerja supply Ready-Mix Concrete Gred 25 sebanyak 12mΒ³ telah dilaksanakan hari ini bagi kerja konkrit di tapak projek di Pulau Gadong, Melaka.

Kerja yang pada asalnya dijadualkan semalam telah ditangguhkan berikutan hujan lebat dan diteruskan hari ini apabila keadaan tapak mengizinkan.

Penghantaran dan proses supply telah selesai dengan lancar mengikut keperluan kerja di tapak.

Terima kasih kepada pihak kontraktor atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan.

Ready-Mix Concrete Supply
Melaka | Negeri Sembilan | Johor

Untuk quotation dan tempahan, sila hubungi kami.

Hari ni settle satu lagi kerja konkrit. Semua dibuat ikut volume dan spesifikasi yang customer minta. Alhamdulillah, ker...
03/09/2026

Hari ni settle satu lagi kerja konkrit. Semua dibuat ikut volume dan spesifikasi yang customer minta. Alhamdulillah, kerja berjalan lancar dan hasil pun memang padu.

Yang paling penting, customer puas hati dengan kerja yang dibuat. 😊

Terima kasih banyak kepada Tuan Rumah, En. Izzan, sebab sudi percayakan kami. πŸ™πŸ»


29/08/2026

πŸ™πŸ»πŸ˜‡

Hari ini selesai supply konkrit untuk projek-projek sebanyak 450mΒ³. Memang penat β€” dari pagi sampai petang bergerak dari satu site ke satu site.

Ada beberapa disruption sepanjang perjalanan dan ada juga customer yang kurang puas hati. Kami terima semua teguran dengan hati terbuka. πŸ’ͺ🏻

Yang penting bagi kami, kualiti tetap menjadi keutamaan. Hari ini mungkin ada yang marah, kecewa atau tidak puas hati dengan service kami. Tetapi kami percaya, apabila konkrit sudah kuat dan kukuh, hasil kerja yang baik akan membuktikan semuanya.

Hari ini mungkin customer marah, tetapi suatu hari nanti mereka akan gembira melihat konkrit yang kukuh dan berkualiti. ❀️

Apa-apa pun, ribuan terima kasih kepada semua customer yang terus percaya dan memilih kami untuk supply konkrit projek mereka. πŸ™πŸ»

Kami akan terus belajar, improve dan memberikan service yang lebih baik dari hari ke hari.

Terima kasih atas kepercayaan anda. 🀝🏻
Kualiti kami, tanggungjawab kami. πŸ—οΈπŸ’ͺ🏻


Hari ini kami supply konkrit sebanyak 12mΒ³ ke tapak Kesang Laut, Muar. Esok cuti, hari ini p**a banyak order masuk. Wala...
29/08/2026

Hari ini kami supply konkrit sebanyak 12mΒ³ ke tapak Kesang Laut, Muar.

Esok cuti, hari ini p**a banyak order masuk. Walaupun kami cuba susun supply untuk site ini, perjalanan agak jauh dan keadaan agak sibuk. Tapi customer sangat memahami situasi kami dan tetap sabar menunggu lori sampai.

Kami sangat berterima kasih atas kesabaran dan pemahaman customer.

Kadang-kadang bila berlaku kelewatan seperti ini, ada customer yang kurang senang. Tapi bila customer boleh memahami keadaan dan sama-sama bertolak ansur, memang senang untuk kami arrange supply dengan lebih baik.

Ini salah satu pengalaman kami hari ini. Cuma nak share sikit. πŸ™‚

Terima kasih atas kepercayaan dan kesabaran semua customer. Kami akan cuba berikan servis yang terbaik untuk setiap site.

19/08/2026

SUPPLY KONKRIT DI UMBAI, MELAKA | TAPAK KEDAI

Hari ini kami menjalankan kerja-kerja supply konkrit ready-mix di kawasan Umbai, Melaka bagi pembinaan tapak sebuah kedai.

Perjalanan ke tapak hari ini sedikit mencabar apabila terdapat roadblock di pertengahan jalan, menyebabkan lori kami mengalami kelewatan kira-kira 30 minit. Dari lokasi roadblock tersebut, perjalanan ke tapak juga mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Walaupun berlaku sedikit kelewatan di luar jangkaan, kami amat menghargai sikap Tuan Rumah yang sangat memahami dan bertolak ansur dengan situasi yang berlaku.

Kami sentiasa berusaha memastikan setiap penghantaran konkrit berjalan dengan lancar, mengikut perancangan dan sampai ke tapak secepat mungkin.

Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama anda. 🀝

πŸ—οΈ Ready-Mix Concrete Supply
πŸ“ Melaka β€’ Negeri Sembilan β€’ Johor
πŸš› Supply untuk rumah, kedai & projek pembinaan
πŸ“² WhatsApp: 014-967 6881

Supply Lancar, Kualiti KeutamaanHari ini kami berjaya menguruskan 5 tapak projek berbeza dengan lancar dan teratur.Semua...
14/08/2026

Supply Lancar, Kualiti Keutamaan

Hari ini kami berjaya menguruskan 5 tapak projek berbeza dengan lancar dan teratur.

Semua lori bergerak mengikut perancangan
Tiada gangguan pada rantaian supply
Semua pesanan dihantar tepat pada masa yang ditetapkan
Cuaca yang baik turut membantu kelancaran kerja-kerja concreting hari ini

Bagi kami, kualiti konkrit sentiasa menjadi keutamaan utama. Kualiti bukan sahaja memastikan ketahanan sesuatu projek, tetapi juga mencerminkan kepercayaan antara pelanggan dan pihak kami.

Kami komited untuk membekalkan konkrit berkualiti tinggi yang memenuhi spesifikasi projek serta keperluan pelanggan.

Alhamdulillah, setakat ini kami percaya setiap supply yang dihantar telah memberikan kepuasan kepada pelanggan serta membantu memastikan kelancaran kerja di tapak projek.

Kualiti Kami Jaga. Supply Kami Usaha. Kepercayaan Pelanggan Kami Hargai.

Untuk tempahan & sebut harga:
014-967 6881
Whatapp Link: https://www.wasap.my/60149676881/onestop_konkrit

Satu lagi projek berjaya disiapkan! πŸ’ͺAlhamdulillah, kali ini kami diberi kepercayaan untuk membekalkan Special Spec Impr...
05/08/2026

Satu lagi projek berjaya disiapkan! πŸ’ͺ

Alhamdulillah, kali ini kami diberi kepercayaan untuk membekalkan Special Spec Imprint Concrete bagi sebuah rumah di Kempas, Johor.

Bagi kami, setiap projek bukan sekadar menghantar produk. Apa yang paling penting ialah memastikan bekalan sampai tepat pada masanya, kualiti sentiasa terjaga dan kerja pelanggan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Syukur, kontraktor sendiri memaklumkan bahawa sepanjang proses, tiada sebarang masalah dengan pengeluaran dan bekalan kami. Kepuasan pelanggan adalah penghargaan terbesar buat pasukan kami.

Hari ini ramai yang menawarkan harga terlalu rendah sehingga menjejaskan kualiti, malah ada yang memberi maklumat yang mengelirukan. Kami memilih untuk kekal dengan prinsip kami – menawarkan harga yang adil, berpatutan mengikut pasaran Malaysia, tanpa mengorbankan kualiti produk dan perkhidmatan.

Kami percaya, hubungan jangka panjang dengan pelanggan lebih bernilai daripada keuntungan semata-mata.

Jangan risau, kami sentiasa bersedia memahami keperluan anda dan memberikan penyelesaian yang terbaik.

One Stop Solution – daripada perancangan, pembekalan hingga sokongan di tapak, kami berusaha memudahkan kerja anda.

Terima kasih kepada semua pelanggan dan kontraktor yang terus memberi kepercayaan kepada kami. 🀝

Address

Jasin

Telephone

+60149676881

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Konkrit Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share