Badrul Hisham Architect

Badrul Hisham Architect Badrul Hisham Architect :
Architectural and Interior Architecture
@ Ipoh, Perak
&
Project Management

SERVICES

BADRUL HISHAM ARCHITECT [BHA] offers Architectural & Interior Architecture Design consultancy. With its Kuala Lumpur-based associate firm, BADRUL HISHAM SOLUTIONS [BHS], BHA also complements its architectural consultancy work with Property Research, Development and Project Management advisory services. The combined experience and resources of the firm enables BHA to offer a comprehensive

development consultancy services. BHA has been providing Architectural & Interior Architecture Design Services in the Office, Retail, Leisure, Education, Industrial and Housing sectors. The firm has special interest in Technical Design & Project Management Services for Mixed & Multi-Storey Developments and Highly Mechanised Buildings & Specialised M&E Plants.

30/07/2026

Golf dan Senibina

Quote of the day by Tiger Woods
"Talent is something you are born with, and a skill is something you develop. Ninety-nine percent of what you need to succeed in golf are skills."

Terjemahan saya dari mutiara kata Tiger Woods.

Sama juga di dalam senibina.
Ramai dikalangan kita berbakat dalam konsep rekabentuk.
Tetapi, jika bakat tersebut tidak diasah dengan praktis, penambahan ilmu dan kecekalan dan pada saya amat penting didorong oleh minat yang mendalam atau 'passion' di dalam senibina, selain sebagai arkitek, kita adalah 'technical artists', bakat tersebut mungkin kekal bagai mutiara yang tidak digilap.

Banyak kali saya dapati, malah dalam praktis saya sendiri, konsep yang baik, malah dengan dokumentasi yang baik juga, tidak dapat menghasilkan konsep ysng baik menjadi kenyataan yang baik apabila tiada penambahan 'skillset' dalam diri dan 'passion' untuk menghasilkan rekabentuk yang bukan sahaja berfungsi baik, tetapi juga menyenangkan mata dan memudahkan pengguna.

Sebagaimana di dalam sukan golf amat perlu ada 'follow through' dalam hayunan kayu golof agar bola sampai di lokasi padang dituju, kesinambungan usaha rekabentuk yang berterusan dari peringkat konsep sehingga siap sesuatu bangunan amat penting agar bangunan impian menjadi kenyataan.

Bila berkurang 'skillset' dan 'passion' di mana² peringkat senibina, maka gugurlah peluang konsep yang baik menjadi kenyataan yang membanggakan.

30/07/2026

PEPERIKSAAN BAHAGIAN III LAM [PART III] @ OKTOBER 2026..
Setiap tahun LAM mengadakan 2 kali Peperiksaan Bahagian III ini, pada bulan Mac/Apr dan Sep/Okt untuk menentukan siapa yang layak untuk memegang tanggungjawab sebagai Arkitek Berdaftar dan Orang Utama Yang Mengemukakan Pelan [PSP].
Sudah beberapa tahun yang saya bersama Panel Peperiksaan, saya dapati semasa berbincang dengan ahli panel menanda kertas jawapan, saya dapati komen-komen yang sama asyik berulang.
Harapnya antara poin-poin yang saya senaraikan di bawah ini tidak berlaku pada calon-calon September / Oktober 2026.
Antara komen-komen yang selalu berulang ialah:..
1.
Ramai Calon tidak membaca soalan dengan teliti.
Apabila calon tidak mengambil masa 15 minit awal peperiksaan untuk membaca dan menandakan / gariskan poin-poin utama yang diminta soalan, apa yang terjadi ialah jawapan calon mungkin tersasar keluar dari poin-poin utama yang diminta oleh soalan.
Rugi markah bila poin-poin utama soalan tidak disentuh. Kalau jawapan tersasar jauh, langsung hilang markah begitu sahaja...
2.
Ramai Calon menggunakan jawapan skema.
Calon dapat jawapan standard dari mana, kami tidak tahu tetapi jawapan skema ini akan diberi oleh lebih seorang calon.
Selalunya tidak semua jawapan yang disenarai adalah relevan.
Kalau pun telah membaca soalan dengan teliti dan cermat, tetapi calon memilih untuk menggunakan jawapan skema, calon akan kerugian masa dan poin kerana tidak menapis jawapan seperti yang diminta soalan...
3.
Senarai jawapan melebihi diminta soalan.
Bila soalan meminta satu jumlah jawapan, katakan soalan meminta 3 jawapan, tetapi calon menjawap lebih dari itu, katakan 6 jawapan; tidak semestinya pemeriksa akan mengambil kira jawapan ke 4 hingga ke 6 sebab ia boleh dianggap bagai calon "menembak" kot kena jawapan, dan calon tidak benar-benar tahu atau faham kehendak soalan.
Daripada rugi masa menulis panjang-panjang senarai, lebih baik gunakan masa untuk fikir apa sebenarnya soalan minta dan jawap sebanyak mana yang diminta sahaja...
4.
Persediaan Ulangkaji.
Dari jawapan-jawapan yang diberikan, pemeriksa tertanya samada calon telah bersedia dan telah membuat ulangkaji topik-topik yang ditanya atau hanya menduduki peperiksaan kerana ingin mencuba nasib.
Sewajarnya sebelum tekad hendak menduduki peperiksaan, setiap calon bersedia diri dengan ilmu-ilmu yang patut dipelajari, difahamkan dan sedikit perkara perlu dihafal.
Saya sarankan calon-calon bertukar-tukar pendapat mengenai jawapan-jawapan masing-masing agar dapat disemak bersama samada jawapan menepati soalan. Juga, perkongsian pengalaman kerja terutama semasa menangani hal kontrak amat berharga.
Seperkara yang penting ialah calon-calon juga merujuk pekeliling, nota praktis dan panduan serta buku rujukan terkini yang dikeluarkan oleh LAM dan PAM dan agensi/badan berkenaan seperti BOMBA, CIDB dan JKKP mengenai perkara yang disoal. Pastikan juga rujukan calon adalah kepada Akta-Akta terkini juga.
Praktis senibina juga adalah profesion yang dinamik. Perkara-perkara semasa yang melibatkan praktis juga boleh ditanya, jadi sentiasa berkongsi maklumat antara calon mengenai perkembangan terkini dunia senibina...
5.
Usaha untuk dapatkan Khidmat Nasihat atau Pendapat dari Arkitek yang berpengalaman dengan senario-senario yang sering ditanya di dalam peperiksaan ini. Hati-hati juga, sebab ada perkara-perkara yang selalu dibuat atau dipraktikkan kadangkala adalah tidak berdasarkan cara sewajarnya. Sebab itu pentingnya membuat rujukan kepada Arkitek yang berpengalaman dalam perkara atau topik yang berkenaan.
Kalau Arkitek berpengalaman pun perlu dipilih untuk menjadi Pakar Rujuk, calon perlu ambil maklum bahawa pendapat seorang Arkitek yang baharu lulus peperiksaan tidak semestinya betul atau tepat kerana markah lulus ialah 50% dan kebanyakan calon lulus antara 50-60% sahaja dan amat ramai, 80% atau lebih, tidak lulus soalan pencegahan kebakaran. Peratusan lulus saban tahun juga tidak la tinggi sangat.
Malah saya sendiri tidak boleh mengaku amat arif semua topik soalan walaupun telah lebih 30 tahun di dalam praktis.
Tetapi, yang bagusnya acap kali soalan-soalan peperiksaan adalah mengenai topik-topik yang sama tapi ditanya dari sudut berlainan - contohnya mengenai hal-hal kontrak, sijil kemajuan, pencegahan kebakaran - untuk mengesahkan kefahaman calon mengenai isu-isu dalam topik tersebut.
Sebagai persediaan, usahakan menjawap soalan-soalan tahun terdahulu, fahamkan soalan, bincangkan jawapan bersama teman-teman 'study group' dan rujuk kepada Arkitek yang arif mengenai topik berkenaan. Ramai sahaja Arkitek yang akan ke depan membantu.
Selamat membuat persediaan sebaiknya dan semoga kalian mendapat keputusan cemerlang nanti dan berganding bahu dengan orang lama-lama untuk membangunkan negara. InShaAllah.

Architects and Engineers should put priorities on the needs of the population over the resource hungry technology develo...
07/06/2026

Architects and Engineers should put priorities on the needs of the population over the resource hungry technology developments.
Architects are part of social development team. Not just place makers but social influencers. Architects must be a very responsible party in a sustainable human-centric development team.

This is what a data center actually does to the place you live.

"Following the addition of a photo gallery to our website, we received this concerning image from Austin Newsom of Louisa, VA. The photo depicts his tap water. Mr. Newsom’s residence is located directly across from a data center under construction." - Erin Brockovich

As AI data centers mushroom across the country, environmental advocate Erin Brockovich warns that the race for tech dominance is already contaminating local water supplies.

Renowned consumer advocate Erin Brockovich is sounding the alarm on the hidden environmental costs of the rapid artificial intelligence boom, pointing to a stark warning sign in Virginia.

After launching a crowdsourced national database and interactive map to track the development of massive AI data centers, Brockovich received a shocking photo of contaminated tap water from Austin Newsom, a resident of Louisa, Virginia. Newsom’s home sits directly across from a data center currently under construction, raising immediate and alarming questions about how these heavy infrastructure projects are impacting local water tables and municipal supplies.

The situation in Virginia highlights a growing nationwide backlash as communities confront the voracious resource demands of the tech sector. Brockovich warns that the current "race to achieve something at all costs" prioritizes corporate GDP and dominance over the health of residents and nature.

As data centers consume millions of gallons of water daily for cooling and put immense strain on local electrical grids, grassroots resistance is mounting. Dozens of towns across the United States have already paused construction, demanding stricter regulations and greater corporate transparency before these massive facilities can be built near residential neighborhoods.

source: Newsweek. (2026). Erin Brockovich Thanks Americans As Data Center Photos Start Coming In.

26/05/2026
Hopefully our architects don't do this.In our office, we forbade anyone to even write "Refer to engineers drawings".We a...
15/05/2026

Hopefully our architects don't do this.
In our office, we forbade anyone to even write "Refer to engineers drawings".
We ask our design and documentation team to actually check the engineers drawings - which should refer to the architect's drawings. We found, in many instances the engineers drawings actually differed from architect's drawings or they worked on superseded drawings.

The key word is architects to coordinate all consultants drawings to ensure they tally with our design intent and our latest design and detail drawings.

Government right now.

Back to Uni.Spent about 2 hours at Taylors University Lakeside to talk about Street, Drainage and Building Act 1974 to M...
14/05/2026

Back to Uni.
Spent about 2 hours at Taylors University Lakeside to talk about Street, Drainage and Building Act 1974 to Masters of Architecture students on the invite of Ar Hj Zahari Zubir.

Salaam Aidilfitri تقبل الله منا ومنكم “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”
20/03/2026

Salaam Aidilfitri
تقبل الله منا ومنكم
“Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”

Masterclass on 2026 March 14 @ APU University.About 6 hours standing to share some 'ilmu' on Street, Drain and Building ...
15/03/2026

Masterclass on 2026 March 14 @ APU University.
About 6 hours standing to share some 'ilmu' on Street, Drain and Building Act 1974 and Uniform Building By-Laws 1984, especially on Fire Protection Requirements in the By-Laws.
Hopefully of some benefits to the 19 participants.

Tentative Programme for LAM Part III Revision.Will keep all posted.
20/02/2026

Tentative Programme for LAM Part III Revision.
Will keep all posted.

Address

Pekan Razaki
Ipoh
31350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badrul Hisham Architect posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Badrul Hisham Architect:

Shortcuts

Share