PBLT Sdn Bhd

Call Directions Website Contact the business

PBLT Sdn Bhd PBLT Sdn Bhd is a company owned by the Minister of Finance Incorporated (MKD)

AL-FATIHAH BUAT ALMARHUMAH YABHG. TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALIPBLT Sdn Bhd merakamkan ucapan takziah atas pemergian Alma...
29/09/2026

AL-FATIHAH BUAT ALMARHUMAH YABHG. TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI

PBLT Sdn Bhd merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali pada usia 100 tahun.
Seluruh warga PBLT menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhumah.
Semoga segala jasa dan bakti Almarhumah menjadi amal jariah serta roh Almarhumah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Tahniah kepada YDH. DIG Dato' Sri Abdul Aziz Bin Abdul Majid di atas perlantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
16/09/2026

Tahniah kepada YDH. DIG Dato' Sri Abdul Aziz Bin Abdul Majid di atas perlantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Selamat Menyambut Hari Malaysia!
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

3 September 2026 – Berlangsung Majlis Penyerahan Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Tok Bali, Kelantan kepada...
05/09/2026

3 September 2026 – Berlangsung Majlis Penyerahan Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Tok Bali, Kelantan kepada Kementerian Dalam Negeri dan seterusnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Majlis penyerahan Markas Pasukan Polis Marin (PPM) ini berlangsung di antara Ketua Pegawai Operasi PBLT Sdn Bhd, Sr Nor Khairiah Abdul Halim dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi yang disaksikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin dengan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ts. Noor Azman Bin Embi, Pengurus Besar Kanan Bahagian Projek PBLT Sdn Bhd, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Kemudahan baharu ini menyediakan infrastruktur operasi yang lebih lengkap dan teratur bagi menyokong kesiapsiagaan aset, rondaan serta tindakan penguatkuasaan yang lebih pantas dan berkesan di perairan Pantai Timur.

Pada masa sama, kebajikan anggota turut diberi perhatian menerusi penyediaan penempatan dan persekitaran kerja yang lebih selesa, selamat serta kondusif. Pendekatan ini penting bagi memastikan anggota sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik dalam menjalankan amanah menjaga keselamatan negara.

Kewujudan markas ini turut memperkukuh perlindungan sempadan maritim, meningkatkan keselamatan komuniti pesisir dan menyokong operasi penguatkuasaan yang lebih bersepadu, sekali gus memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi setempat.

Sumber: Sidang Media Kementerian Dalam Negeri, Tok Bali, Kelantan, 3 September 2026.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69. Malaysia Madani Kesejahteraan Dinikmati.
28/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69. Malaysia Madani Kesejahteraan Dinikmati.

✨ 21 TAHUN PBLT SDN BHD: A LEGACY OF EXCELLENCE ✨28 Julai 2026 — Genap 21 tahun PBLT Sdn Bhd menyumbang bakti demi pemba...
31/07/2026

✨ 21 TAHUN PBLT SDN BHD: A LEGACY OF EXCELLENCE ✨

28 Julai 2026 — Genap 21 tahun PBLT Sdn Bhd menyumbang bakti demi pembangunan negara! Majlis sambutan ulang tahun ke-21 telah berlangsung meriah bersama seluruh kakitangan dan kepimpinan tertinggi syarikat.

Turut menyerikan majlis adalah Pengerusi, YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan Bin Lazim, bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah iaitu YBhg. Datuk Hj Anwari Bin Suri, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, YBhg. Datin Sabrina Ainie, dan YS KP(B) Tuan Abdul Kadir Rais.

Satu majlis penghargaan khas turut diadakan bagi memperingati jasa, sumbangan, dan dedikasi luar biasa Pengarah PBLT Sdn Bhd, YBhg. Datuk Hj Anwari Bin Suri.

"Semoga PBLT terus maju dengan inovasi dan dedikasi serta menempa kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan!"

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja PBLT! 🥳👏

22 Julai 2026, Ketua Pegawai Operasi (COO), Sr Nor Khairiah Abdul Halim telah mengetuai satu sesi lawatan tapak bagi mel...
31/07/2026

22 Julai 2026, Ketua Pegawai Operasi (COO), Sr Nor Khairiah Abdul Halim telah mengetuai satu sesi lawatan tapak bagi melihat sendiri perkembangan terkini pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nabawan, Sabah.

Lawatan ini turut disertai oleh Ts. Noor Azman Embi, pegawai-pegawai PBLT, serta rakan rakan kontraktor dan perunding projek.

Sesi turun padang ini penting bagi memantau kelancaran kerja-kerja pembinaan, memastikan kualiti piawaian dipatuhi, serta menyelesaikan sebarang isu teknikal secara terus di tapak demi menjayakan projek IPD Nabawan ini.

Pengerusi, Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh Warga PBLT Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi ucapan t...
03/06/2026

Pengerusi, Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh Warga PBLT Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran “Tan Sri” oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi atas jasa, kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memperkukuh tadbir urus kewangan negara.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas pencapaian yang amat berprestij ini.

Pengerusi, Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh Warga PBLT Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi ucapan t...
03/06/2026

Pengerusi, Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh Warga PBLT Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YDH IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Ahli Lembaga Pengarah PBLT Sdn. Bhd., atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran “Tan Sri” oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang bakti dengan cemerlang kepada agama, bangsa dan negara.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas pengiktirafan yang amat berprestij ini.

Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Per...
31/05/2026

Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan mengurniai Kebawah Duli Tuanku kesejahteraan, kekuatan serta kebijaksanaan.

Address

D-3-5 Block D CBD Perdana 3, Jalan Perdana, Cyber 12
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBLT Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PBLT Sdn Bhd:

Shortcuts

Share