25/08/2026
29 TAHUN KOPERASI UTHM BERHAD: KEJAYAAN KITA BERSAMA
Selamat Ulang Tahun ke-29
Koperasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan TAHNIAH diucapkan kepada seluruh Ahli Koperasi UTHM Berhad. Koperasi ini adalah milik anda, dan setiap kejayaan yang diukir sepanjang 29 tahun ini adalah hasil sokongan, kepercayaan, serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi daripada setiap seorang daripada anda.
Setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Ahli Lembaga Koperasi, pihak pengurusan, dan barisan warga kerja yang sentiasa berdedikasi memacu kecemerlangan serta memastikan tadbir urus koperasi sentiasa berdaya saing dan berintegriti.
Tanpa sokongan padu daripada seluruh ahli, Koperasi UTHM Berhad tidak mungkin berada di tahap ini. Semoga koperasi kita terus berkembang mekar, memperkasa ekonomi warga universiti, dan membawa pulangan serta kesejahteraan yang berpanjangan buat kita bersama.
29 tahun melakar kejayaan,
daripada ahli, oleh ahli, untuk ahli terus melangkah menuju kecemerlangan.
Ikhlas daripada,
Prof. Ts. Dr. Razali Bin Hassan
Pengerusi,
Koperasi UTHM Berhad
“Jihad Ekonomi Bersama Koperasi UTHM Berhad”