NM Legacy Sdn Bhd

Call Directions Website

NM Legacy Sdn Bhd "Crafting Homes, Building Dreams"
A construction company
NM LEGACY SDN BHD (201301004997)
CIDB Reg. No: 0120130621-SL150870 (Gred G5)
Reg.

validity : 24/10/2023 - 30/01/2027
Ahli Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia NM Legacy Sdn Bhd adalah syarikat pembinaan 100% milik bumiputera. Merupakan anak syarikat milik penuh kumpulan NM Legacy Group untuk memenuhi objektif kumpulan dalam mengembangkan perniagaan dalam divisyen pembinaan yang merangkumi projek besar ataupun renovasi rumah. Pengalaman pengurusan syarikat dalam industri pembinaan melebihi 10 tahun dan syarikat telah menyiapkan pelbagai projek pembinaan dengan nilai terkumpul melebihi RM 5 juta. NM Legacy Sdn Bhd merupakan kontraktor pembinaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia)

Maklumat pendaftaran bersama CIDB Malaysia
No. pendaftaran : 0120130621-SL150870
Tempoh sah perakuan CIDB : 8 Jan 2021 - 31 Jan 2024
Gred : G5

Dugaan mengajar kita sabar, sabar mendidik kita kuat. Teruskan melangkah, Allah tahu setiap lelah.Salam Jumaat ๐Ÿค
16/10/2026

Dugaan mengajar kita sabar, sabar mendidik kita kuat. Teruskan melangkah, Allah tahu setiap lelah.

Salam Jumaat ๐Ÿค

PROGRES TERKINI | PROJEK BANGLO @ BANGI๐Ÿ  Banglo @ Bangi, Selangor Darul Ehsanโœ… Luas Binaan: 6,292 sqftโœ… Ciri-Ciri: 6 Bil...
14/10/2026

PROGRES TERKINI | PROJEK BANGLO @ BANGI

๐Ÿ  Banglo @ Bangi, Selangor Darul Ehsan
โœ… Luas Binaan: 6,292 sqft
โœ… Ciri-Ciri: 6 Bilik Tidur, 6 Bilik Air
๐Ÿ“… Tarikh: 22 September 2026
Alhamdulillah, pembinaan banglo klien kami di Bangi terus menunjukkan kemajuan dengan siapnya tiga skop kerja utama:
๐Ÿ  Pemasangan Bumbung โ€“ Bumbung telah siap dipasang, melengkapkan perlindungan utama kediaman daripada panas dan hujan.
๐Ÿšฐ Pemasangan Paip (Piping) โ€“ Kerja pemasangan paip telah disiapkan sebagai persediaan untuk kelengkapan sanitari pada peringkat seterusnya.
๐Ÿงฑ Kerja Melepa Dinding (Plastering) โ€“ Kerja melepa masih rancak dilaksanakan, membentuk permukaan dinding yang lebih rata dan kemas untuk menerima kemasan berikutnya.
Sedikit demi sedikit, ruang yang dirancang kini semakin menyerlah sebagai sebuah kediaman untuk pemiliknya.
Di NM Legacy Sdn Bhd, setiap peringkat pembinaan dilaksanakan dengan teliti dan dipantau bagi memastikan mutu kerja menepati spesifikasi yang ditetapkan. InsyaAllah
NM Legacy Sdn Bhd
Crafting Homes, Building Dreams

13/10/2026

[VIDEO] DARIPADA IMPIAN KEPADA KEDIAMAN ๐Ÿกโœจ

Mempersembahkan banglo klien kami di Lot 21838, Laman Jasmin, Kota Seriemas, Negeri Sembilan โ€” kini siap dan diserahkan.

Alhamdulillah
Hasbunallah Wanikmal Wakeel

MAJLIS SERAHAN KUNCI | BANGLO LOT 21838 @ KOTA SERIEMAS, NILAI๐Ÿ  Lot 21838 @ Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilanโœ… Luas ...
13/10/2026

MAJLIS SERAHAN KUNCI | BANGLO LOT 21838 @ KOTA SERIEMAS, NILAI

๐Ÿ  Lot 21838 @ Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan
โœ… Luas Binaan : 2,445 sqft
โœ… Ciri-Ciri : 4 + 1 bilik, 3 bilik air
๐Ÿ‘ค Pemilik : Encik Mohammad Yusaimi Bin Mohamad Yusoff & Puan Nur Azreen Binti Hashim
๐Ÿ“… Tarikh : 08 September 2026

Setiap kunci yang diserahkan membawa makna sebuah amanah yang telah ditunaikan dan bermulanya lembaran baharu buat pemilik kediaman.
Alhamdulillah, majlis serahan kunci bagi projek banglo di Lot 21838, Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan telah disempurnakan bersama pemilik, Encik Mohammad Yusaimi Bin Mohamad Yusoff dan Puan Nur Azreen Binti Hashim.
Dengan keluasan binaan 2,445 kaki persegi serta dilengkapi 4 + 1 bilik dan 3 bilik air, kediaman ini dibina dengan perhatian terhadap kualiti kerja, keselesaan dan spesifikasi yang telah dipersetujui bersama pelanggan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohammad Yusaimi dan Puan Nur Azreen atas kepercayaan yang diberikan kepada NM Legacy Sdn Bhd untuk merealisasikan kediaman ini. Kerjasama, kesabaran dan sokongan sepanjang proses pembinaan amat kami hargai.
Semoga kediaman baharu ini menjadi tempat berteduh yang penuh ketenangan, keberkatan dan kebahagiaan, serta ruang untuk mencipta kenangan indah bersama keluarga.
Tahniah dan selamat menikmati kediaman baharu daripada seluruh warga NM Legacy Sdn Bhd.

Built with Integrity. Delivering Quality.

04/09/2026

๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐‹๐๐๐’๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ‘‰ Penambahbaikan Had Kelayakan Pembiayaan Perumahan LPPSA Berdasarkan Kemampuan Bayaran Balik Sehingga RM1 Juta
*๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Info lanjut, sila rujuk poster tertera.

KENAPA KOS PEMBINAAN BOLEH BERUBAH WALAUPUN HARGA SIMEN & BESI TIDAK BANYAK BERUBAH? ๐Ÿ Dalam industri pembinaan, diesel m...
03/09/2026

KENAPA KOS PEMBINAAN BOLEH BERUBAH WALAUPUN HARGA SIMEN & BESI TIDAK BANYAK BERUBAH? ๐Ÿ 
Dalam industri pembinaan, diesel memainkan peranan yang lebih besar daripada yang ramai sangka.
Diesel digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk pengangkutan bahan binaan, lori tanah dan concrete mixer, excavator serta jentera berat, penghantaran pasir, batu dan besi serta operasi rantaian bekalan.
Carta ini menunjukkan diesel refining margin di Amerika Syarikat meningkat ke paras yang sangat tinggi, ketika stok bahan api distillate berada pada paras bermusim yang rendah.
Apa kaitannya dengan seseorang yang merancang untuk membina rumah di Malaysia?
Pergerakan pasaran tenaga global tidak semestinya menyebabkan harga diesel Malaysia naik serta-merta. Namun, tekanan berpanjangan terhadap kos tenaga dan pengangkutan boleh akhirnya memberi kesan kepada kos logistik, bahan binaan dan operasi kontraktor.
Sebab itu di NM Legacy Sdn Bhd, kami sentiasa menggalakkan bakal pemilik rumah membuat perancangan bajet lebih awal dan menyediakan contingency yang munasabah.
Contohnya, untuk projek pembinaan bernilai RM500,000, perubahan kos keseluruhan sebanyak 5% sahaja sudah bersamaan RM25,000.
Perancangan yang baik bukan sekadar mencari harga pembinaan paling murah.
Ia adalah tentang memahami apa yang boleh menyebabkan kos projek berubah sebelum pembinaan bermula.
NM Legacy Sdn Bhd
Membina dengan perancangan. Membina dengan keyakinan.

PROJEK BAHARU DIMETERAI, LANGKAH BAHARU BERMULAAlhamdulillah, hari ini NM Legacy Sdn Bhd, diwakili oleh En Muazan Mohsin...
28/07/2026

PROJEK BAHARU DIMETERAI, LANGKAH BAHARU BERMULA
Alhamdulillah, hari ini NM Legacy Sdn Bhd, diwakili oleh En Muazan Mohsin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif telah secara rasmi menandatangani Construction Agreement bersama klien bagi projek membina sebuah Banglo 1 Tingkat di Labu, Daerah Sepang, Selangor.
Majlis menandatangani perjanjian telah berlangsung secara kecil-kecilan di Pejabat Tanah dan Galian Sepang hari ini dengan kehadiran pihak peguam yang mewakili urusan dokumentasi, menandakan bermulanya satu lagi kerjasama yang dibina atas asas kepercayaan, ketelusan dan komitmen.
Setiap projek yang diamanahkan kepada NM Legacy bukan sekadar sebuah pembinaan, tetapi satu tanggungjawab untuk merealisasikan kediaman impian pelanggan dengan kualiti kerja, pengurusan projek yang sistematik dan penyampaian yang profesional.
Terima kasih kepada klien atas kepercayaan yang diberikan. Insya-Allah, kami akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan lancar, mengikut spesifikasi yang dipersetujui dan mencapai standard kualiti yang terbaik.

PROJEK SIAP DAN SERAH | BANGLO LOT 21838 @ KOTA SERIEMAS, NILAI๐Ÿ  Lot 21838 @ Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilanโœ…๏ธ Lua...
24/07/2026

PROJEK SIAP DAN SERAH | BANGLO LOT 21838 @ KOTA SERIEMAS, NILAI

๐Ÿ  Lot 21838 @ Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan
โœ…๏ธ Luas Binaan : 2,445 sqft
โœ…๏ธ Ciri-Ciri : 4 + 1 bilik, 3 bilik air
๐Ÿ“… Tarikh : 21 Julai 2026

Setiap projek yang disiapkan bukan sekadar sebuah rumah, tetapi merupakan amanah yang diterjemahkan menjadi sebuah kediaman berkualiti untuk pelanggan.
Alhamdulillah, projek banglo di Lot 21838, Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan kini telah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pemilik.
Dengan keluasan binaan 2,445 kaki persegi, kediaman ini dibina dengan penekanan terhadap kualiti kerja pada setiap perincian serta pematuhan kepada spesifikasi yang telah dipersetujui bersama pelanggan.
Sepanjang proses pembinaan, pelbagai koordinasi bersama pihak berkaitan telah dilaksanakan bagi memastikan setiap peringkat kerja memenuhi piawaian yang ditetapkan sehingga ke proses penyerahan siap.
Terima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan yang diberikan kepada NM Legacy Sdn Bhd. Kepercayaan anda menjadi komitmen kami untuk terus membina kediaman yang berkualiti, selamat dan mampu memberi nilai untuk jangka masa panjang.

Built with Integrity. Delivering Quality.

PROGRES TERKINI | PROJEK BANGLO @ BANGI๐Ÿ  Banglo @ Bangi, Selangor Darul Ehsanโœ…๏ธ Luas Binaan : 6,292 sqftโœ…๏ธ Ciri-Ciri : 6...
24/07/2026

PROGRES TERKINI | PROJEK BANGLO @ BANGI

๐Ÿ  Banglo @ Bangi, Selangor Darul Ehsan
โœ…๏ธ Luas Binaan : 6,292 sqft
โœ…๏ธ Ciri-Ciri : 6 Bilik Tidur, 6 Bilik Air
๐Ÿ“… Tarikh : 23 Julai 2026
Setiap rumah yang berkualiti bermula dengan asas yang kukuh, diikuti dengan pelaksanaan kerja yang teliti di setiap peringkat pembinaan.
Kini, projek banglo kami di Bangi ini sedang giat melaksanakan dua skop kerja utama secara serentak:

๐Ÿงฑ Kerja-kerja pemasangan dinding bata (Bricklaying) โ€“ Membentuk ruang demi ruang yang bakal menjadi tempat terciptanya pelbagai kenangan indah buat pemiliknya.

๐Ÿ—๏ธ Kerja-kerja pemasangan Roof Truss โ€“ Struktur utama bumbung yang memainkan peranan penting dalam memastikan kekuatan, kestabilan dan ketahanan rumah untuk jangka masa panjang.
Di NM Legacy Sdn Bhd, kami percaya bahawa kualiti bukan sekadar hasil akhir, tetapi bermula daripada cara setiap proses pembinaan dilaksanakan.
Setiap kerja dipantau dengan teliti bagi memastikan spesifikasi, keselamatan dan mutu pembinaan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Built with Integrity. Delivering Quality.

Address

Ampang
68000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60132403955

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NM Legacy Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category