29/08/2026
Tahukah anda,
Kelihatan banyak waris yang minta kontraktor dapur kubur buat “bangku” berasingan untuk kegunaan warga emas yang menziarah. Bangku-bangku seperti ini tidak disyorkan oleh NEA kerana NEA anggapkan ia sebagai halangan lalu lalang antara kubur, dan mengikut pengetahuan, NEA berhak meminta pihak waris / kontraktor untuk mengalih bangku tersebut. Untuk lebih maklumat, sila rujuk ke pejabat NEA.
Atas sebab ini, sejak dari dulu, kami mencadangkan bangku didirikan sebagai sebahagian dari dapur kubur arwah (tercantum seperti 2 gambar terakhir dibawah).
Kelihatan juga kotak “slab nama” (rupa 3 segi), yang diletak atas tapak kubur yang merupakan halangan. Biar pepatah “harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama”. Nama arwah patut dijunjung dan tidak dibiarkan begitu atas tapak lantai kubur (mungkin ditendang / dipijak orang lalu-lalang). Biarlah nama arwah diletak atas dapurnya (tanda hormat - lihat gambar 3 dari akhir).
Sekian wabilah taufiq, assalamualaikum wr wb.