11/09/2026
π 10 September 2026 | Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
MyDigital Kontraktor Terus Melangkah β Membawa Lebih Banyak Project Owners ke Dalam Ekosistem
Semalam, CIDB Digital, diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi (COO), Roslan Ezhar Abdul Karim, bersama pasukan telah mengadakan sesi kunjungan dan libat urus bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Sesi ini memberi fokus kepada usaha untuk membawa PKNS sebagai salah satu Project Owner ke dalam ekosistem MyDigital Kontraktor, serta memperkenalkan penggunaan AI Smart Match dan Call for Interest (CFI) dalam membantu mengenal pasti kontraktor yang bersesuaian berdasarkan keperluan projek.
Melalui CFI, Project Owners boleh membuka peluang kepada kumpulan kontraktor yang lebih luas, manakala AI Smart Match membantu mengenal pasti kontraktor yang relevan berdasarkan kriteria CFI dan maklumat dalam Digital Portfolio, termasuk pengalaman projek, kepakaran, kategori kerja dan keupayaan syarikat.
MyDigital Kontraktor terus bergerak ke hadapan.
CIDB Digital akan terus memperluaskan engagement bersama GLC, pemaju dan Project Owners untuk membawa lebih banyak organisasi ke dalam ekosistem. Matlamatnya jelas β lebih ramai Project Owners, lebih banyak Call for Interest (CFI), dan lebih banyak peluang untuk kontraktor Malaysia dipertimbangkan bagi projek yang relevan serta penyertaan dalam vendor pool.
Pada masa yang sama, kontraktor digalakkan untuk terus melengkapkan Digital Portfolio dan mengemaskini Project Experience, supaya keupayaan syarikat dapat dipaparkan dengan lebih menyeluruh apabila peluang CFI yang relevan tersedia.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada PKNS atas kesudian menerima kunjungan dan meneroka potensi kerjasama bersama CIDB Digital dan MyDigital Kontraktor.
Lebih ramai Project Owners. Lebih banyak CFI. Lebih luas peluang untuk Kontraktor Malaysia.