19/03/2024
08 Ramadan 1445H Bersamaan 19 Mac 2024. Selasa. Alhamdulillah. Tengahari Tadi Bersama2 Ummul dan Yasmin Diberi Kesempatan Oleh Allah SWT Utk Kami Mengadakan Site Meeting Bersama2 AF Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim dan AF Ustaz Mohd Amir Utk Berbincang Progress Pembangunan Projek Pondok Pengajian Turath Amanullah (PPTA) di Sungai Choh, Rawang.
Alhamdulillah. Berkat musyawarah, banyak perkara yang dapat dibincangkan dan diselesaikan secara persetujuan bersama disamping beberapa idea baru kami kemukakan utk tujuan pernambahbaikan.
Dengan kemampuan kewangan yang agak terbatas, pihak Ahli Lembaga Pengarah PPTA memberi tumpuan kepada Pembangunan Surau Itqan dan Pondok @ Chalet Kediaman utk Warga Emas. Pembinaan juga tertumpu kepada menyediakan binaan yang basic dahulu.
Kerja2 binaan ini banyak dilakukan oleh Ustaz Amir dan Ustaz Najhan sendiri termasuk permilihan dan pembelian bahan binaan berdasarkan sumber kewangan yang ada.
Tahniah kepada ALP PPTA kerana telah berjaya menyiapkan keperluan asas dan menghidupkan Surau Itqan ini serta menyiapkan 8 unit daripada 50 unit Pondok Kediaman.
Beberapa Pondok Kediaman telah ada penghuni utk mengimarahkan majlis ilmu yang diusahakan oleh pihak PPTA.
Sewaktu kami hadir, Kuliah Dhuha sedang berjalan di Surau Itqan dengan dipimpin oleh AF Ustaz Azhar Yahya.
Alhamdulillah.
Pembangunan Komplek ini masih di peringkat awal. Masih banyak kerja2 tanah dan pembinaan yang perlu dilakukan.
Sokongan dan sumbangan masih diperlukan utk mencapai objektif utama iaitu menyediakan kemudahan penginapan utk warga emas yang akan menjadi penuntut utama utk Pengajian Kitab Turath yang akan disediakan oleh Komplek ini nanti.
Kepada sahabat2 yang berhajat menyumbang utk bersama2 menjayakan Pembangunan Komplek PPTA ini, bolehlah menghujungi AF Ustaz Muhammad Najhan Halim atau AF Ustaz Ust Rozalie Zahari atau AF Ustaz Mohd Amir utk mendapat maklumat lanjut.
Terima kasih kepada ALP PPTA atas kesudian melibatkan saya selaku Design Architect utk pembangunan komplek ini.
Moga Allah swt merahmati dan memudahkan segala urusan pembangunan projek ini. Moga Allah swt menerima segala kerjabuat ini sebagai amalan soleh disisiNya.
Aamiin Allahumma Aamiin.