HAAZ Amanseena

Call Contact the business

HAAZ Amanseena syarikat kami merupakan syarikat pembinaan dimana kami mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman

21/09/2026

🏗️ PERJALANAN BERMULA…

Hampir 10 bulan proses yang dilalui untuk mendapatkan kelulusan bagi meroboh dan membina semula sebuah rumah teres kos rendah setingkat kepada rumah teres 2 tingkat.

Alhamdulillah, hari ini bermulalah perjalanan kami untuk merealisasikan projek pembinaan rumah ini. 🤲

🔨 Kerja hari ini dimulakan dengan:
• Kerja-kerja memecahkan dinding asal
• Persediaan tapak
• Seterusnya akan diteruskan dengan kerja-kerja sub-structure

Setiap projek ada cabaran dan prosesnya tersendiri. Dari peringkat kelulusan, perancangan, sehinggalah ke pembinaan — semuanya memerlukan kesabaran, ketelitian dan komitmen.

Semoga segala urusan kami dipermudahkan, dilancarkan dan diberikan hasil yang terbaik sehingga projek ini selesai. 🤲

Doakan perjalanan kami dalam melaksanakan projek ini.
Insya-Allah, dari sebuah rumah lama, kita bina sebuah rumah baharu yang lebih selesa dan berkualiti. 🏡✨

07/09/2026

PROJEK UBAH SUAI RUMAH — SIAP TANPA TERBENGKALAI

Alhamdulillah, satu lagi projek ubah suai rumah berjaya kami siapkan.

Kami telah melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf rumah, termasuk:

• Bilik Utama — diubah suai untuk lebih selesa dan praktikal.
• Dapur Baharu — dinaik taraf dengan reka bentuk yang lebih kemas dan moden.
• Perimeter Pagar — kerja naik taraf bagi meningkatkan keselamatan, kekemasan dan penampilan keseluruhan rumah.

Kami bukan sekadar mengubah suai rumah — kami menaik taraf ruang menjadi lebih selesa, cantik dan bernilai.

🤝 Amanah pelanggan, tanggungjawab kami.
🔨 Bina • Ubah Suai • Naik Taraf • Siap



25/08/2026

Transformasi Rumah Terbengkalai di Kelana Jaya
Alhamdulillah, satu lagi projek ubah suai di Kelana Jaya berjaya disiapkan tanpa terbengkalai. 🏠✨

Projek ini mengambil masa hampir 7 bulan kerana banyak kerja pembaikan perlu dilakukan semula, termasuk kerja perpaipan dalaman, kemasan dalaman dan leveling lantai yang sebelum ini tidak dilakukan dengan sempurna oleh kontraktor terdahulu.

Bagi memastikan rumah ini benar-benar selamat dan berfungsi dengan baik, semua kerja pembaikan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kemudian, pelbagai testing turut dilakukan kerana rumah ini telah lama terbengkalai sejak PKP 2020.

Bahagian dalaman rumah banyak diubah suai dan tidak ketinggalan bahagian porch yang turut diberikan nafas baharu.

Alhamdulillah, hasilnya sangat berbaloi. Dari rumah yang lama, terbiar dan berbau, kini berubah menjadi sebuah kediaman yang lebih kemas, selesa dan segar.

Rumah yang dulunya busuk dan terbengkalai, kini kami transformasikan menjadi rumah yang wangi, cantik dan selesa. ❤️

Setiap rumah ada ceritanya. Tugas kami adalah memberikan cerita baharu.





S I A P. T A N P A. T E R B E N G K A L A IALHAMDULILLAH Kami hanya memberikan pandangan dan cadangan, namun keputusan a...
08/07/2026

S I A P. T A N P A. T E R B E N G K A L A I
ALHAMDULILLAH
Kami hanya memberikan pandangan dan cadangan, namun keputusan akhir sentiasa di tangan owner.

Pada asalnya, kami ditawarkan untuk membaiki masalah kebocoran pada slab balkoni bahagian belakang rumah. Selepas berbincang, owner mengambil keputusan untuk turut menaik taraf bahagian hadapan, termasuk awning di balkoni hadapan dan porch.

Selain itu, tembok pagar turut dibesarkan bagi memudahkan parkir sehingga dua buah kenderaan. Di bahagian belakang rumah p**a, beberapa kerja tambahan turut dilaksanakan.

Alhamdulillah, keseluruhan projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh dua bulan, termasuk semua kerja tambahan.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Semoga hasil kerja ini memberikan manfaat, keselesaan, dan ketenangan kepada pemilik rumah untuk jangka masa yang panjang.




S I A P. T A N P A. T E R B E N G K A L A ICadangan Kerja Awning & Naik Taraf Luaran RumahKonsep awning menggunakan C-Ch...
08/07/2026

S I A P. T A N P A. T E R B E N G K A L A I
Cadangan Kerja Awning & Naik Taraf Luaran Rumah
Konsep awning menggunakan C-Channel untuk ruang porch dan balkoni, memberikan struktur yang kukuh serta kemasan yang lebih moden dan kemas.
Di bahagian balkoni, penggunaan breeze block dicadangkan bagi membolehkan pengudaraan semula jadi yang lebih baik, di samping menambah nilai estetik pada reka bentuk rumah.
Tempoh pelaksanaan kerja adalah sekitar 1 bulan, termasuk kerja-kerja mengecat semula bahagian luaran rumah. Hasilnya, rumah akan kelihatan lebih segar, moden dan seperti baharu dengan kemasan yang lebih rapi.

U B A H S U A I. T A M B A H A N. 2 T I N G K A T.✳️ R U A N G. D A P U R. B A S A H✳️T A N D A S✳️L A U N D R Y✳️T A M ...
04/04/2026

U B A H S U A I. T A M B A H A N.
2 T I N G K A T.
✳️ R U A N G. D A P U R. B A S A H
✳️T A N D A S
✳️L A U N D R Y
✳️T A M B A H A N. B I L I K. T I D U R
✳️R U A N G. T A M U. N O.2
✳️R U A N G A N. T E R A C C E
Alhamdulillah SIAP TANPA TERBENGKALAI.
Pertama sekali terima kasih kami ucapkan kepada rakan yang memperkenalkan kami pada pelanggan ini dan juga pada pelanggan ini kerana menggunakan khidmat kami.
Walaupun pemilik rumah ini bekerja di kerteh,terengganu namun kami sentiasa kongsikan kemajuan kerja melalui video Dan gambar yg di kongsikan di dalam group yang khusus diwujudkan utk pelanggan.
Rumah ini sebenarnya kami telah siapkan selepas seminggu berpuasa Dan sasarannya perlu disiapkan sebelum raya aidilfitri. Rumah
Ini juga melalui proses CCC.
Alhamdulillah kami siapkan lebih awal seperti yang disasarkan
Jaminan bagi kerja ubahsuai ini kami berikan 6 bulan jaminan untuk kecacatan(defect).
Semoga memberi keselesaan pada pelanggan hasil ubahsuai yang telah kami laksanakan






P A R T 2 : L O T E N G / P L A S T E R. C E I L I N G. L I V I N G. H A L LSebelum ini kami pernah berkongsi ubahsuai d...
16/02/2026

P A R T 2 : L O T E N G / P L A S T E R. C E I L I N G. L I V I N G. H A L L
Sebelum ini kami pernah berkongsi ubahsuai dibahagian dapur, tandas dan bilik tidur.
Kali ini customer ini ada meminta untuk tambaha. Skop kerja iaitu kerja plaster ceiling serta pendawaian ,loteng, ubah pintu utama ke security door dan sliding door lama ke folding door
Kerja-kerja ini mengambil masa 1 bulan juga..memandangkan customer ini Masih menginap dirumah. Jadi,kerja-kerja ini di jalankan agak teliti terutama kebersihan supaya tak menganggu rutin harian customer dirumah
Namun,kesabaran customer ini kami puji kerana memahami keadaan. Susah nak dikatakan 0% untuk tiada habuk berada dirumah jika ubahsuai rumah berjalan.kami hanya boleh cuba minimize kan sahaja utk elakkan habuj terlalu banyak.

Alhamdullliah Rumah ini telah kami siapkan sepenuhnya tanpa terbengkalai






S E B E L U M / S E L E P A S
02/02/2026

S E B E L U M / S E L E P A S

P A R T 1 : E X T E N D. K I T C H E N & B E D R O O M S. D O U B L E. S T O R E YAlhamdullliah kami telah siapkan rumah...
25/01/2026

P A R T 1 : E X T E N D. K I T C H E N &
B E D R O O M S. D O U B L E. S T O R E Y
Alhamdullliah kami telah siapkan rumah client ini bagi kerja ubahsuai rumah teres 2 tingkat dibangi.
Apa yang kami ubahsuai rumah ini adalah, luaskan kawasan dapur,pindah tandas lama Dan luaskan 2 unit bilik tidur beserta, 2 unit tandas baru.
Client seorang yang teliti dan mudah berbincang. kadang- kadang- memberikan idea yang baru terutama berkenaan pattern susunan tile pada dinding tandas..jika anda lihat gambar susunan tile dinding tandas, itulah idea client. Kami ikutkan sahaja jika ianya menepati citarasa client.
Satu lagi kerja kami siapkan tanpa terbengkalai. Tapi kerja kami tidak habis disitu..sekali lagi client minta kami buat loteng Dan plaster ceiling di bahagian hadapan..tunggu next kami UP..PART 2





05/12/2025

R E N O V A T I O N. U N D E R. L P P S A.
C O M P L E T E D
Alhamdullliah ALLAH permudahkan urusan kami untuk menyiapkan Rumah ini
Didalam video kami terangkan apa yang kami buat ubahsuai rumah ini. Insyaallah semoga memberi keselesaan Dan manfaat pada keluarga pemilik rumah ini.
Pada yang berhajat ubahsuai rumah menggunakan LPPSA blh hubungi kami ye..




Address

5-1, Jalan TPS 2/2, Taman Pelangi Semenyih 2, , Semenyih,
Selangor Darul Ehsan
43500

Telephone

+60123997351

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HAAZ Amanseena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HAAZ Amanseena:

Shortcuts

Share