14/03/2020
ADAT BERNIAGA.
Kadang kadang FAMILY sendiri tak support.
Jiran pandang semacam. Rakan rakan mula menjauh. Kadang kadang orang pandang sebelah mata. Kadang kadang kena ejek, kena hina, kena maki pun ada.Kadang kadang orang anggap kita ni TAMAK nak kaya.
ORANG TAK TAHU.
Kita orang yang sangat berimpian.
Kita nak sangat berubah.
Kita sungguh sungguh berusaha.
Kita ni sampai menangis kerana berusaha mengubah hidup.
TAPI,
Orang akan minta pinjam duit kita bila kita ada duit.
Orang akan pandang kita bila kita berjaya. Orang akan dengki bila kita senang sikit.
Orang ambik kesempatan untuk jatuhkan kita.
TRUST ME!
9/10 REZEKI ITU DATANGNYA dari BERNIAGA
Share rezeki bukan takat memberi, menyokong dan membeli pun dah kira share.
Apa sahaja buat asalkan berkat.
Hasil dari titik peluh kita sendiri, itu baru dinamakan REZEKI HALAL. Orang nampk luaran sahaja.Sometimes orang tak nampak macam mana pack nya masa kita. Terkejar sana sini. Memang penat.Tapi bila kita berusaha untuk berjaya akan nampak hasilnya.
Stay strong 💪