06/10/2026
SELAMAT DATANG, ROVERS HOTEL FC! β½π¨
Selepas selesai menggalas tugas mewakili Kelantan dalam Piala Emas Raja-Raja 2026, kami mengorak langkah untuk memastikan pemain terus aktif sementara menunggu cabaran seterusnya. Rovers Hotel FC diwujudkan untuk membawa cabaran kelab dalam pertandingan di peringkat komuniti, bermula dengan Nasrom Cup 2026 yang dijangka berlangsung pada bulan Oktober ini.
Nama Rovers Hotel FC dipilih sebagai penghargaan kepada Rovers Hotel, rangkaian hotel yang dibangunkan untuk membantu menyokong perjalanan bola sepak kami. Melalui pasukan ini, kami juga ingin memperkenalkan jenama dan perkhidmatan hospitaliti Rovers Hotel kepada lebih ramai orang.
Sebagai pasukan komuniti, Rovers Hotel FC memberi ruang kepada pemain untuk terus berlatih, meraih pengalaman perlawanan dan membina keserasian di atas padang. Pasukan ini juga menjadi platform untuk kami mengenal pasti pemain baharu yang berpotensi untuk dibangunkan ke peringkat yang lebih tinggi.
AZM Rovers FC kekal sebagai kelab induk, dengan matlamat untuk kembali bersaing dalam liga di bawah FAM/AFL pada masa hadapan, insya-Allah.
Respect All, Fear None. β€οΈπ€
ββββββββββ
π¨ Rovers Hotel ialah rangkaian hotel yang menawarkan penginapan selesa pada harga mampu milik. Rangkaian hotel ini dibangunkan untuk menyokong perjalanan dan pembangunan bola sepak AZM Rovers FC.
π Cawangan Rovers Hotel:
β’ Kubang Kerian, Kelantan
β’ Lembah Sireh, Kelantan
β’ Shah Alam (Seksyen 7), Selangor
Rest β’ Recharge β’ Relax.