05/07/2026
Selesai sudah perjuangan Crocz RC di Kejohanan Ragbi 1st Mayor Cup 2026 yang diadakan pada 4-5 Julai ini bertempat di Padang SMK Petagas
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami secara langsung mahupun tidak langsung
Walaupun perjalanan kali ini kandas di peringkat Semi Final Bowl sahaja, namun pengalaman berharga buat pemain-pemain muda kami ini pasti akan jadi pembakar semangat untuk mencapai tahap yang lebih baik kelak
Kami juga ingin menzahirka penghargaan khas kepada:
YB Dato’ Sr. Mohd Ishak bin Datuk Ayub
Pembantu Menteri Kewangan II Sabah
Merangkap ADUN N.40 Bingkor
YB Jordan Jude Ellron
Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi & Inovasi Sabah
Merangkap ADUN N.44 Tulid
C.O.BEY Service (Aircond Repair & Services)
Lot 11, Block 12C, Bornion Shophouse, 89000 Keningau, Sabah
Tuan Quincy
Tuan Teow
Semoga segala jasa baik, kemurahan hati dan sokongan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Pihak Crocz RC amat menghargai kepercayaan yang diberikan dan berharap hubungan baik ini akan terus terjalin pada masa akan datang.