Solusi Seni Jis Ajes

Call Contact the business

Solusi Seni Jis Ajes Fotografi Wedding & Event
Custom Album & Photobook
Solusi Seni Jis Ajes
Rakam Jiwa, Simpan Memori

Success doesn’t happen overnight.It takes a long journey, relentless effort, and the courage to keep going when giving u...
25/09/2026

Success doesn’t happen overnight.

It takes a long journey, relentless effort, and the courage to keep going when giving up feels easier.

In the end, every effort becomes part of a story worth telling.

Rakam Jiwa, Simpan Memori.




Orang sekarang guna prompt nak dapat vibes gambar lama…Aku tak perlu prompt. 😂Memang ini gambar lama. Original.Siap kere...
13/09/2026

Orang sekarang guna prompt nak dapat vibes gambar lama…
Aku tak perlu prompt. 😂

Memang ini gambar lama. Original.
Siap kereta, rumah, baju, rambut… semua sekali datang dalam pakej. 🤣

Masa dulu, gambar bukan beratus keping sehari.
Sekali kamera klik, sekeping gambar tu boleh simpan cerita berpuluh tahun.

AI boleh buat vibes lama.
Tapi kenangan lama, memang tak boleh generate balik. ❤️

“1, 2, 3…” 📸Itu mungkin bahagian yang orang nampak bila photographer bekerja.Tapi sebelum sampai kepada “1, 2, 3”, biasa...
09/09/2026

“1, 2, 3…” 📸

Itu mungkin bahagian yang orang nampak bila photographer bekerja.

Tapi sebelum sampai kepada “1, 2, 3”, biasanya aku dah tengok dulu keadaan majlis — cahaya, warna pelamin, kedudukan pengantin, jarak aku dengan mereka dan bagaimana aku nak cahaya flash jatuh pada subjek.

Untuk foto ini, inilah antara setting sebenar yang aku gunakan:

📷 Nikon Z6III + Nikkor 28–75mm f/2.8
• Manual Mode (M)
• 75mm
• 1/200s
• f/4
• Auto ISO — minimum ISO 100
• Matrix Metering
• AF-S + AF-ON Only (Back Button Focus)

⚡ Godox V860II-N
• TTL
• White bounce card
• Kamera dalam orientasi portrait
• Cahaya flash dari sisi — bukan bounce ke siling

Kenapa 75mm? Kenapa 1/200s? Kenapa f/4? Kenapa p**a ISO aku biarkan Auto?

Sebab setting bukan nombor yang aku hafal dan guna dari awal sampai habis majlis.

Aku pilih berdasarkan keadaan yang ada di depan mata. Bila keadaan berubah, setting dan cara aku mengendalikan cahaya pun boleh berubah.

Sebab tu bagi aku, kerja wedding photographer bukan sekadar angkat kamera…

“1, 2, 3… 1, 2, 3… 1, 2, 3…” sampai habis nafas. 😄

Banyak keputusan sebenarnya dah dibuat sebelum shutter ditekan.

Bila pengantin dah berada di depan kamera, aku nak mereka selesa. Aku tak mahu sibuk terkial-kial mencari setting sampai momen dan ekspresi mereka terlepas.

Teknik hanyalah alat.

Yang akhirnya aku mahu simpan ialah rasa pada momen itu sendiri.

Dan untuk foto kali ini, rasanya sedikit berbeza buat aku.

Di sebalik kamera, aku seorang photographer.

Tapi di hadapan kamera kali ini… puteri kesayangan aku sendiri, NURWANI NADIAH, bersama suaminya, HARITH. ❤️

Satu lagi perjalanan hidup seorang anak yang sempat aku rakam sendiri — kini sebagai seorang isteri.

Semoga Allah merahmati dan memberkati perjalanan rumah tangga kalian berdua hingga ke syurga.

Rakam Jiwa, Simpan Memori.
Solusi Seni Jis Ajes

POV: Bila orang lain sedang menikmati majlis, aku sedang mencari moment yang patut disimpan. 📷Kadang-kadang moment yang ...
07/09/2026

POV: Bila orang lain sedang menikmati majlis, aku sedang mencari moment yang patut disimpan. 📷

Kadang-kadang moment yang paling bermakna bukan yang dirancang. Ia datang sekejap — dan tugas aku, pastikan ia tak terlepas.

Sebab setiap majlis ada cerita yang tersendiri.

Rakam Jiwa, Simpan Memori.
Solusi Seni Jis Ajes

03/09/2026

Ada perpisahan yang terjadi bila hati akhirnya sedar… ada sesuatu yang sudah tak mampu dipertahankan lagi.

Cuma sampai satu ketika, kita sedar…
tak semua yang kita sayang ditakdirkan untuk terus bersama.

Apa yang pernah berlaku, biarlah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup.
Yang baik aku hargai.
Yang menyakitkan aku jadikan pengajaran.

Aku tak mahu kembali ke belakang untuk mencari apa yang sudah hilang.
Kerana ada masanya, melepaskan bukan bererti kalah…
tetapi memilih untuk terus berjalan tanpa menoleh lagi.

Lagu ini cuma mengingatkan aku tentang satu perkara:

Ada cerita yang tak perlu disambung.
Cukup kita belajar daripadanya… kemudian teruskan hidup.

29/08/2026

Ada gambar yang kita simpan dalam telefon.
Ada p**a kenangan yang rasanya terlalu berharga untuk sekadar berada di dalam skrin.

Bila dicetak dan disusun menjadi sebuah album, kita bukan sekadar melihatnya semula — kita boleh memegang kembali sebahagian daripada cerita itu. 🤍

**Ada kenangan yang sepatutnya boleh disentuh.**

Rakam Jiwa, Simpan Memori.
Solusi Seni Jis Ajes

24/08/2026

Jangan biarkan kenangan tenggelam dalam galeri. 📱

Beribu gambar kita simpan dalam telefon, tapi berapa kali kita kembali melihatnya?

Ada kenangan yang lebih indah bila dicetak, disusun dan boleh dibuka semula bersama orang tersayang. 🤍

Rakam Jiwa, Simpan Memori.





08/08/2026

Gambar merakam sebuah hari.
Album menyimpannya untuk bertahun-tahun.

Sebuah kenangan yang boleh dipegang, dibuka dan dilihat kembali.
Rakam Jiwa, Simpan Memori.

Solusi Seni Jis Ajes

29/07/2026

Address

Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Telephone

+60192917320

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Solusi Seni Jis Ajes posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Solusi Seni Jis Ajes:

Shortcuts

Share