06/10/2026
6 Oktober 2026 – Malaysia Rapid Transit System (MRTS) telah
bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang bagi menjayakan UiTM-MRTS Interactive Student Hub. Inisiatif ini memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam pembangunan, aspek kejuruteraan, serta kemajuan projek RTS Link yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.
Program ini diseri dengan sesi perkongsian oleh Profesor
Adjung Ir. Zulkifli Mohamed, Pengarah Projek RTS Link, yang berkongsi pandangan dan pengalaman beliau sepanjang pembangunan projek tersebut. Sesi tersebut merangkumi aspek kejuruteraan, kemajuan pembinaan, serta usaha merealisasikan sistem rel rentas sempadan yang moden dan efisien.
Turut hadir menjayakan majlis ialah Dr. Siti Khadijah Binti
Alias, Penolong Rektor UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, yang mewakili pihak pengurusan tertinggi UiTM. Sesi ini mendapat sambutan hangat daripada kira-kira 1,200 pelajar pelbagai fakulti yang berpeluang mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai projek infrastruktur rel berskala besar serta peranan kepakaran kejuruteraan dalam pengangkutan masa hadapan.
Melalui inisiatif ini, MRTS terus memperkukuh hubungan
strategik dengan institusi pendidikan di samping memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai projek RTS Link dan peluang kerjaya dalam industri rel.