KCK KD Empire Renovation Plumbing Electical & Aircond

KCK KD Empire Renovation Plumbing Electical & Aircond Your Trusted Partner for Plumbing, Electrical, Air Conditioning, Coring & Renovation Services.

Providing reliable solutions across Penang, Kedah, Selangor & Kuala Lumpur.

Kerja Repair & Penyelenggaraan RumahKerja-kerja yang dilakukan:• Cat semula bingkai cermin• Tukar lampu dan socket baru•...
09/05/2026

Kerja Repair & Penyelenggaraan Rumah

Kerja-kerja yang dilakukan:
• Cat semula bingkai cermin
• Tukar lampu dan socket baru
• Tukar cermin tingkap
• Tukar tank toilet bowl
• Tukar drain pipe sinki

Kerja Tukar Paip Bawah Tanah BocorPaip bawah tanah mengalami kebocoran yang menyebabkan air keluar secara berterusan di ...
09/05/2026

Kerja Tukar Paip Bawah Tanah Bocor

Paip bawah tanah mengalami kebocoran yang menyebabkan air keluar secara berterusan di bawah permukaan jalan dan lantai.

Antara tanda paip bawah tanah bocor:
• Bil air meningkat secara tiba-tiba
• Kawasan lantai atau jalan sentiasa basah
• Tekanan air dalam rumah menjadi perlahan
• Air bertakung walaupun tiada hujan
• Berlaku mendapan atau rekahan pada permukaan simen/jalan

Proses kerja yang dilakukan:
• Kenal pasti kawasan/bahagian paip rosak
• Korek kawasan paip yang bocor
• Tukar paip baru dan sambungan baru
• Buat testing tekanan air selepas pemasangan
• Tutup semula kawasan dengan simen dan premix

Pemeriksaan awal sangat penting supaya kebocoran kecil tidak menjadi lebih serius dan menyebabkan kerosakan lebih besar pada masa akan datang.

Pemasangan Water Filter Selepas MeterWater filter dipasang terus selepas meter air bagi menapis kotoran sebelum masuk ke...
09/05/2026

Pemasangan Water Filter Selepas Meter

Water filter dipasang terus selepas meter air bagi menapis kotoran sebelum masuk ke dalam sistem paip rumah.

Tujuan pemasangan water filter:
• Menapis pasir, lumpur dan karat dari bekalan air
• Mengurangkan kotoran masuk ke dalam tangki dan paip rumah
• Membantu menjaga water heater, washing machine dan kepala paip lebih tahan lama
• Air lebih bersih untuk kegunaan harian
• Mengurangkan risiko paip tersumbat akibat kotoran terkumpul

Kelebihan pemasangan selepas meter:
• Semua air yang masuk ke rumah ditapis terlebih dahulu
• Sistem paip lebih bersih dan kemas
• Mudah untuk kerja maintenance dan cuci filter
• Membantu memanjangkan jangka hayat sistem plumbing rumah

Maintenance filter secara berkala sangat penting supaya aliran air sentiasa lancar dan penapisan kekal efektif.

Kerja Tukar Paip Sinki BaruPaip sinki lama mengalami masalah tersumbat akibat pengumpulan lemak dan kotoran dalam salura...
09/05/2026

Kerja Tukar Paip Sinki Baru

Paip sinki lama mengalami masalah tersumbat akibat pengumpulan lemak dan kotoran dalam saluran paip, menyebabkan air lambat turun dan mudah bertakung.

Kami telah menukar paip sinki baru bagi memastikan aliran air lancar kembali.

Antara punca sinki mudah bertakung:
• Minyak dan lemak dibuang terus ke dalam sinki
• Sisa makanan terkumpul dalam paip
• Paip lama sudah sempit atau rosak
• Saluran paip tidak mengalir dengan baik
• Kotoran dan sabun terkumpul terlalu lama

Kerja Tukar Clean Out Cap / Inspection CapCustomer mengalami masalah pada bahagian sambungan paip sanitary yang rosak da...
09/05/2026

Kerja Tukar Clean Out Cap / Inspection Cap

Customer mengalami masalah pada bahagian sambungan paip sanitary yang rosak dan berisiko menyebabkan kebocoran serta susah untuk kerja maintenance.

Kami telah menukar clean-out cap LAMA dengan clean-out cap BARU bagi memastikan sistem saliran lancar dan mudah dibuka untuk kerja pemeriksaan atau unclog pada masa akan datang.

Kerja Waterproofing & Repair CrackCustomer mengalami masalah air meresap berpunca daripada crack dan permukaan yang suda...
09/05/2026

Kerja Waterproofing & Repair Crack

Customer mengalami masalah air meresap berpunca daripada crack dan permukaan yang sudah rosak.

Kami menjalankan kerja repair crack dan waterproofing untuk mengelakkan kebocoran air daripada menjadi lebih teruk serta melindungi struktur lantai dalam jangka masa panjang.

Kelebihan waterproofing:
• Mengurangkan risiko kebocoran air
• Melindungi lantai dan dinding daripada rosak
• Mengelakkan kulat dan dinding lembap
• Lebih tahan lama dan mudah maintenance
• Sesuai untuk kawasan exposed hujan dan panas

Kemasan lebih kemas dan selamat untuk penggunaan jangka panjang.

Penukaran Paip Air & Baiki KebocoranCustomer mengalami masalah paip bocor tersembunyi di dalam rumah yang menyebabkan te...
09/05/2026

Penukaran Paip Air & Baiki Kebocoran

Customer mengalami masalah paip bocor tersembunyi di dalam rumah yang menyebabkan tekanan air rendah dan kebocoran berterusan.

Kami upgrade paip lama yang rosak kepada paip PVC baru untuk sistem air yang lebih selamat dan tahan lama.

Kelebihan paip PVC:
• Lebih tahan lasak dan kurang risiko bocor
• Tidak berkarat atau hakisan
• Tekanan air lebih baik
• Kos penyelenggaraan lebih rendah
• Sesuai untuk penggantian paip rumah lama

Pemasangan lebih kemas dan mudah untuk penyelenggaraan pada masa akan datang.

Upgrade Paip Luar ke Tangki Air (PE Pipe)Untuk rumah bertingkat, paip luar yang supply ke tangki atas sangat penting.Kal...
14/04/2026

Upgrade Paip Luar ke Tangki Air (PE Pipe)

Untuk rumah bertingkat, paip luar yang supply ke tangki atas sangat penting.
Kalau line ni bocor atau lemah, satu rumah akan terjejas.

📸 Gambar menunjukkan pemasangan paip baru dari bawah hingga ke tangki atas.

Kerja dilakukan:
1. Tukar paip lama kepada PE pipe
2. Baiki laluan paip dari meter ke tangki
3. Kemaskan pemasangan sepanjang dinding luar
4. Pastikan sambungan lebih kukuh & selamat

Masalah asal:
1. Paip lama bocor / berkarat
2. Tekanan air tak cukup naik ke tangki
3. Risiko bocor sepanjang laluan luar

Kenapa guna PE pipe untuk luar?
1. Tahan cuaca & panas
2. Flexible (tak mudah crack)
3. Kurang risiko bocor pada jangka panjang

Hasil:
1. Air naik ke tangki dengan lebih stabil
2. Tiada lagi kebocoran dalaman
3. Mudah kenal pasti masalah nanti
4. Sistem lebih kemas & tahan lama

Line ke tangki ni kalau bermasalah, satu rumah akan rasa.
Sebab tu penting buat betul dari awal.

FULL HOUSE REPIPEKalau paip dah bocor bawah tanah dan dalam dinding, itu bukan lagi masalah kecil… itu tanda sistem dah ...
13/04/2026

FULL HOUSE REPIPE
Kalau paip dah bocor bawah tanah dan dalam dinding, itu bukan lagi masalah kecil… itu tanda sistem dah sampai hujung hayat.

Gambar menunjukkan pemasangan paip baru di seluruh rumah dengan menggunakan paip PE – bilik air, luar rumah & kawasan dapur.

Masalah asal:
• Bocor dalam dinding (tak nampak, tapi rosakkan struktur)
• Paip bawah tanah leaking
• Tekanan air tak stabil
• Risiko kerosakan berulang

Kenapa buat full repipe?
✔ Elak repair berulang kali, costing keluar banyak.
✔ Selesaikan semua punca masalah sekaligus
✔ Sistem lebih tahan lama & reliable

Hasil:
✔ Tiada lagi kebocoran
✔ Tekanan air stabil
✔ Laluan paip jelas
✔ Low maintenance in future
✔ Rumah lebih selamat dari kerosakan air

Full repipe mungkin nampak besar dari segi kos…
tapi jauh lebih jimat berbanding repair sikit-sikit setiap bulan.

Address

Bukit Jambul
George Town
11900

Telephone

+60143044774

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KCK KD Empire Renovation Plumbing Electical & Aircond posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KCK KD Empire Renovation Plumbing Electical & Aircond:

Share