Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu

Call Website

Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu “Sustainable Forest Manager” of a long term forest concession in Terengganu

feel free to contact us for any question or complaint

05/10/2026

Karnival Warisan Budaya Benteng Rasuah

KENYATAAN TENDERAssalamualaikum & Salam Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu ingin menaw...
05/10/2026

KENYATAAN TENDER

Assalamualaikum & Salam

Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu ingin menawarkan tender untuk pengeluaran dan penjualan kayu balak yang masih berdiri dan sedia dipasarkan (standing and marketable timber) yang telah bertag di kawasan tender. Semua hasil pengeluaran kayu balak ini akan menjadi hak milik penender yang berjaya.

Tender ini adalah terbuka kepada syarikat-syarikat Sendirian Berhad/ Berhad/ perniagaan perseorangan/ perkongsian yang pendaftarannya disahkan masih berkuatkuasa.

Maklumat ringkas kawasan pembalakan yang terlibat adalah sebagaimana berikut :-

📮BILANGAN 03/2026
- Kompartmen 126 (362.46ha) HS Jengai

🗒️Borang-borang sebutharga boleh dibeli di Pejabat KUMPULAN PENGURUSAN KAYU KAYAN TRENGGANU SDN BHD, bermula 15 Oktober 2026 (Khamis)

🎙️Taklimat dan lawatan tapak juga akan diadakan pada 15 Oktober 2026 (Khamis) Jam 10 pagi.

🗂️Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dipenjuru atas kiri sampul ditulis No. Sebutharga dimasukkan ke dalam peti tender di Pejabat KUMPULAN PENGURUSAN KAYU KAYAN TRENGGANU SDN BHD Jalan Kalsium, Bukit Besi, 23200 Dungun, Terengganu.

⏰Tarikh tutup bagi sebutharga ini adalah pada 29 Oktober 2026 (Khamis) jam 2.00 petang.

Pihak KPKKT tidak terikat untuk menerima tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +609-833 7245
Terima Kasih.

KARNIVAL WARISAN BUDAYA BENTENG RASUAHDUNGUN – Karnival Warisan Budaya Benteng Rasuah telah diadakan di Padang Awam, Seb...
04/10/2026

KARNIVAL WARISAN BUDAYA BENTENG RASUAH

DUNGUN – Karnival Warisan Budaya Benteng Rasuah telah diadakan di Padang Awam, Seberang Pintasan, Dungun, dengan menghimpunkan masyarakat setempat serta pelbagai pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Penganjuran karnival ini menjadi platform untuk mengetengahkan kepelbagaian warisan dan budaya masyarakat setempat, di samping menyemai kesedaran mengenai kepentingan integriti serta membudayakan nilai antirasuah dalam kehidupan seharian.

Program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama meraikan warisan budaya serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.

KPKKT merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Karnival Warisan Budaya Benteng Rasuah.

03/10/2026
🍌 POKOK DOK JADI? NAK ILMU TANI PERCUMA? PAKAT MARI BELAJAR!📢 KLINIK PERTANIAN SAYOSEGO🎭KARNIVAL WARISAN BUDAYA BENTENG ...
01/10/2026

🍌 POKOK DOK JADI? NAK ILMU TANI PERCUMA? PAKAT MARI BELAJAR!

📢 KLINIK PERTANIAN SAYOSEGO
🎭KARNIVAL WARISAN BUDAYA BENTENG RASUAH

Dapatkan khidmat nasihat pertanian secara PERCUMA bersama pakar tani! Pelbagai pameran produk, jualan anak pokok, baja organik, dan kerepek pisang turut menanti anda.

📅 3 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 Pagi – 5.00 Petang
📍 Padang Awam Seberang Pintasan, Dungun

Mari pakat hadir tambah ilmu sambil sokong produk tani tempatan kita! ✨
Jumpa anda di sana! 🌱🍌

🪵 MINAT KOLEKSI KAYU RARE? PAKAT MARI CUCI MATA SINI!📿📢 PAMERAN & JUALAN KAYU AURA🎭 KARNIVAL WARISAN BUDAYA BENTENG RASU...
01/10/2026

🪵 MINAT KOLEKSI KAYU RARE? PAKAT MARI CUCI MATA SINI!📿

📢 PAMERAN & JUALAN KAYU AURA
🎭 KARNIVAL WARISAN BUDAYA BENTENG RASUAH

Diterbangkan khas bersama Mukmin Alkayu! Datang saksikan sendiri keindahan hasil kraftangan kayu berkualiti tinggi seperti tasbih, gelang, dan tongkat tradisional.

📅 3 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 Pagi – 5.00 Petang
📍 Padang Awam Seberang Pintasan, Dungun

Mari pakat hadir terokai keunikan khazanah kayu alami kita! 🌳✨
Jumpa anda di sana! 🪵

📢 JUALAN RAHMAH MADANI @ SEBERANG PINTASAN sempena KARNIVAL WARISAN BUDAYA, BENTENG RASUAH 📢Berita baik untuk warga Dung...
30/09/2026

📢 JUALAN RAHMAH MADANI @ SEBERANG PINTASAN sempena KARNIVAL WARISAN BUDAYA, BENTENG RASUAH 📢

Berita baik untuk warga Dungun dan kawasan sekitar!

Jom beramai-ramai dapatkan barangan keperluan harian dengan harga istimewa di Jualan RAHMAH Madani yang dianjurkan bersempena dengan Karnival Warisan Budaya Benteng Rasuah.

Berikut adalah butiran program:

Tarikh: 3 Oktober 2026
Masa: 8:00 Pagi - 2:00 Petang
Tempat: Seberang Pintasan, Rantau Abang, Dungun

Pelbagai barangan dapur menanti anda. Jangan lepaskan peluang untuk berjimat sambil menyokong kempen antirasuah. Datang awal sebelum kehabisan stok!

Mohon sebarkan mesej ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Jumpa di sana! 🛒✨

30/09/2026
29/09/2026

🚨 CERITA BAWAH MEJA! 🚨

Pernah dengar 'Cerita Bawah Meja'? 🤔 Jom kupas isu ini bersama-sama di Karnival Warisan Budaya Benteng Rasuah (Terbang Tinggi, Perangi Rasuah)!

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti sesi perkongsian ilmu yang padat dan istimewa bersama tokoh agamawan kita.

Berikut adalah butiran program:

🎙️ Penceramah: Ustaz Kamaruzaman Abdullah (Pengarah i-MiTS)
🗓️ Tarikh: 3 Oktober 2026
⏰ Masa: 8.30 Pagi
📍 Lokasi: Seberang Pintasan, Rantau Abang

Karnival ini dianjurkan oleh Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn. Bhd. (KPKKT) bersama Golden Pharos Berhad dan pelbagai agensi lain.

Pakat ajak keluarga, jiran, dan rakan-rakan hadir beramai-ramai.

Sama-sama kita tambah ilmu dan sokong kempen perangi rasuah! 💪✨

-MITS

HEBAHAN | BICARA KHAS TERENGGANUKARNIVAL WARISAN BUDAYA BENTENG RASUAHJom saksikan Bicara Khas Terengganu bersama:🎙️ Enc...
29/09/2026

HEBAHAN | BICARA KHAS TERENGGANU

KARNIVAL WARISAN BUDAYA BENTENG RASUAH

Jom saksikan Bicara Khas Terengganu bersama:

🎙️ Encik Ahmad Bazli bin Razali
Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn. Bhd. / Pengarah Program

🎙️ Encik Rosmadi bin Abdul Rahim
Artis Budaya
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu

📅 30 September 2026 (Rabu)
⏰ 10.00 pagi
📺 Siaran Langsung Eksklusif di FB Info Terengganu & UPDI

Ayuh bersama-sama menghayati warisan budaya sambil menyemai nilai integriti dan membudayakan masyarakat bebas rasuah. 🇲🇾✨

Jangan lupa saksikan!

🔗 https://www.facebook.com/share/1ChCZtLLQS/?mibextid=wwXIfr

Address

Jalan Kalsium Bandar Bukit Besi
Dungun
23200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098337245

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share