Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan

Call Contact the business

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan Selamat Datang Ke Laman Rasmi Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan. Wadah Perkongsian Maklumat dan Perkembangan Terkini.

"SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA"

Di suatu petang dalam keadaan jerebu yang entah bila akan reda. En. Akhyar & En. Nazri, rakan SONS kita dengan santai fl...
23/10/2026

Di suatu petang dalam keadaan jerebu yang entah bila akan reda. En. Akhyar & En. Nazri, rakan SONS kita dengan santai fly drone untuk meninjau keadaan sekitar Bandar Seremban sambil membelek dan menggentel butang yang ada pada alat kawalan.

Harapnya SONS di PDT seluruh NS tak simpan aje dalam almari lah ya. Kalau fly boleh la kongsi² gambar dengan masyarakat. 1 lagi jangan lupa update!

Jangan lupa juga Al-Kahfi dan memperbanyakkan sedekah di hari jumaat ni. 😶‍🌫️

22/10/2026

Assalamualaikum Malaysia. 😶‍🌫️👀

PPPTNS menyokong penuh usaha dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB MBNS diatas kesudian dan perhatian yang dibe...
08/09/2026

PPPTNS menyokong penuh usaha dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB MBNS diatas kesudian dan perhatian yang diberikan

Semoga usaha kita diredhai dan kepada Allah S.W.T kita berserah.

PPPTNS
“SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA”

🌙 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H 🌙بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِSeluruh warga PPPTNS mengucapkan Selamat Menyam...
24/08/2026

🌙 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H 🌙

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Seluruh warga PPPTNS mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H kepada seluruh umat Islam.

Sambutan Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita mengenang dan menghayati perjuangan, akhlak serta keperibadian mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam kehidupan.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW serta berusaha mengamalkan sunnah dan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian, khususnya dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan menjadi pemangkin untuk membentuk masyarakat yang lebih berintegriti, penyayang dan bersatu padu.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

🌹 Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H
🕌 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

PPPTNS
SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA

06/08/2026

Assalamualaikum semua warga PPPTNS,

Kita baru sahaja selesai PRN-16 untuk negeri kita yang tercinta ni. Ada yang min tgk jadi petugas, ada yang sekadar memerhati dan yang paling penting, semuanya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan pergi mengundi.

Jadi bersempena bulan kebangsaan ni 🇲🇾, min nak ajak kita semua rangkul kembali semangat kebersamaan dan menjadikan perbezaan ini untuk memupuk semangat kekitaan antara kita sesama anak negeri.🟡🔴⚫️

Kita ada sebuah negeri untuk dimajukan, diusahakan dan ditadbir dengan penuh berhemah untuk generasi masa depan. Tidak dilupa jua, SONS ada misi untuk disempurnakan pada tahun hadapan. Jadi gerak kerja akan bermula dari sekarang.

Tunggu sahaja makluman dalam masa terdekat. 😌

TERIMA KASIH TAN SRI KSN!PPPTNS merakamkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri KSN Shamsul Azri bin Abu Bakar diatas kesu...
06/08/2026

TERIMA KASIH TAN SRI KSN!

PPPTNS merakamkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri KSN Shamsul Azri bin Abu Bakar diatas kesudian meluangkan masa bersama barisan kepimpinan Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM) bagi berkongsi sama pandangan bagi memperkasakan peranan Penolong Pegawai Tanah dalam sektor awam di Malaysia.

Diharap pertemuan ini memberikan nilai tambah dalam memperhebatkan lagi mutu perkhidmatan awam di Malaysia.

PPPTNS
“SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA”
“BERKESATUAN MEMBAWA PERPADUAN “





🟡🔴⚫️
🇲🇾

TAHNIAH YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN!Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan (PPPTNS) merakamkan setinggi-...
02/08/2026

TAHNIAH YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN!

Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan (PPPTNS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan berikutan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan, integriti dan iltizam demi meneruskan pembangunan, kemajuan serta kesejahteraan Negeri Sembilan Darul Khusus.

PPPTNS menzahirkan komitmen untuk terus memberikan kerjasama yang padu dalam menyokong segala usaha memperkukuh sistem pentadbiran tanah negeri, memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam serta merealisasikan agenda pembangunan demi kemakmuran rakyat Negeri Sembilan.

PPPTNS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, atas segala jasa, sumbangan, kepimpinan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menerajui pentadbiran negeri. Segala usaha dan khidmat bakti beliau dalam memacu pembangunan serta menjaga kebajikan rakyat Negeri Sembilan amat dihargai dan akan terus dikenang.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah.

PPPTNS
“SATUKAN ORGANISASI, NILAI SEJAHTERA”




🟡🔴⚫️
🇲🇾

Address

Wisma KOPSO
Ampangan
70400

Telephone

+601156814355

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Penolong Pegawai Tanah Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share

Category