28/06/2020
PENIAGA vs USAHAWAN
PENIAGA
Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai matlamat peribadi.
Ciri-ciri Peniaga.
1) Membeli barang untuk dijual semula.
2) Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula, selalunya lebih tinggi.
3) Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan sistematik.
4) Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari usahawan untuk dijual.
5) Berfikir di dalam kotak kemampuan.
6. Tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir.
7) SOP dalam perniagaan amat sedikit atau tiada.
8) Team yang tidak mahu berfikir, hanya menunggu arahan.
USAHAWAN
Usahawan menurut buku Prinsip-prinsip Keusahawanan bermaksud memikul tugas atau mencuba. Istilah usahawan di dalam Bahasa Inggeris iaitu Enterpreneur berasal daripada Bahasa Perancis iaitu entreprendre. Usahawan ialah seorang individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan. Secara amnya, usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakaan sesuatu perniagaan yang bermotifkan keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategi untuk terus berjaya. Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.
Ciri-ciri Usahawan
1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara.
2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru.
3) Tidak mudah putus asa dan bijak dalam menyelesaikan masalah.
4) Proaktif
Proaktif merupakan satu sikap yang positif dengan merangka dan mengawal sesuatu tindakan yang dilakukan lebih awal daripada jangkaan. Orang yang mempunyai proaktif yang tinggi mampu mencari peluang dan kesempatan, seterusnya mempunyai daya usaha mengambil tindakan yang tepat untuk memanfaatkan kesempatan tersebut
5) Lokus Kawalan Dalaman
Lokus kawalan dalaman merupakan kepercayaan bahawa peristiwa boleh dipengaruhi oleh tingkah laku peribadi dan tidak akan dipengaruhi oleh faktor luaran.
6) Kecekapan Masa
Kecekapan masa dikaitkan dengan mengurus masa dengan baik dalam menjalankan aktiviti perniagaan untuk berjaya.
7)Kerja Berpas**an
Perniagaan yang menekankan semangat kerja berpas**an dan kerjasama boleh memberi kelebihan keatas kekuatan individu pekerja mereka. Sekiranya perniagaan melakukan kerja berpas**an dalam menghasilkan sesuatu produk, produk yang dihasilkan akan lebih berkualiti daripada hasil kerja individu. Kerja berpas**an boleh dipupuk dengan cara keinginan untuk mencapai kesepakatan dan melibatkan orang lain dalam membuat keputusan, berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara rakan sekerja, prihatin tentang ahli pas**an rakan-rakan, bertanggungjawab terhadap masalah dan cuba memahami pandangan orang lain. Selain itu, setiap ahli pas**an perlu memberi kekuatan dan kelebihan apabila ingin melakukan sesuatu projek supaya projek yang dihasilkan lebih cekap dan cekap serta berkualiti.
8)Berpandangan Jauh
Berpandangan jauh boleh ditakrifkan sebagai suatu kebolehan untuk menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada adalah memiliki sifat berpandangan jauh. Usahawan yang mempunyai sifat foresight atau berpandangan jauh ini adalah seorang yang pandai merancang, menganalisis dan mempunyai sikap merebut peluang yang ada di depan mata.
9) Budaya Keterbukaan
Budaya adalah topik yang sering diperkatakan di kalangan syarikat-syarikat korporat dan keusahawanan. Ia adalah sesuatu yang semua orang bincangkan, sesuatu yang membawa kepada keuntungan, sesuatu yang menarik dan mengekalkan pekerja dalam sesebuah syarikat. Bagi sesetengah syarikat, sebuah pekerjaan bukanlah sekadar tugas semata-mata, tetapi ia merupakan sebuah cara hidup.
Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan. Selain dari mencari keuntungan usahawan juga berkhidmat untuk masyarakat.
Semuanya terletak pada diri kita sendiri untuk memilih menjadi PENIAGA atau USAHAWAN.
JUNAIDI CHE OMAR ✌🏼